BAB 6

19 0 0
                                    


"belanga tu pi letak balik dalam stor, hang jangan biar kan kat belakang tu nanti di curi orang kang" perh, mulut mak kalau bebel boleh bernanah telinga ni. Majlis hari ini berjalan dengan lancar, Alhamdulillah. Dah kawen dah sepupu yang sorang ni . angah dengan along ni bayang makwe pon takde acane aku nak ada geng perempuan kat rumah tu. Harapkan ummi je lah yang boleh jadi geng aku, itu pun kalau ummi larat nak layan. Ummi, abah, along, angah dengan adik tengah rancak berbual dengan sedara mara yang dari jauh kat ruang tamu, aku? Hah apa lagi cuci periuk kat dapur. Tapi okay juga lagu tu, kalau aku dok kat depan pon buka tau nak borak dengan dorang, aku dok sengih je adalah huhu.

"hang tolong cuci periuk ni sekali dengan cucu opah ni ya, dia ni kuat ngelamun ja kalau sorang. Lambat keja jadinya"-emak

Eh emak ni ada pulak kutuk kita L cubalah puji sikit cucu mu yang comel ni ahaha k tak tak gurau je.

"boleh je opah"-ustaz mizi

"terima kasihlah ya ustaz. Banyak sangat dah tolong hari ni"-mak

"takde apalah opah, sikit je ni"-ustaz mizi

Opah berlalu ke depan, tinggal aku, ustaz dengan beberapa orang mak cik dekat dapur ni. Berdekatan dengan pintu dapur ada beberapa orang pak cik sedang berbual kosong di bawah khemah dengan bertemankan kopi panas,

"sedapnya minum kopi panas malam malam ni"-zati

"erk, awak nak kopi ke?"-ustaz mizi

'eh lah, aku tercakap kuat ke tadi? Bukan bebel dalam hati ke?'-omel zati didalam hati

"eh tak tak. Tak nak pun."-zati

Hanya bunyi air paip yang mengalir dan periuk yang berlaga setiap kali aku hendak menirapnya sahaja, berborak? Aku bukan pandai nak ajak orang borak, lagi lagi ustaz ni mahu kena tarbiah aku kejap lagi.

"hamboi pengantin basuh periuk sama sama, macam zaman dulu dulu pulak"-ci kiah

"haahlah, teringat zaman kita masa kawen muda muda dulu. Kalau dah siap majlis malam tu pengantin mesti kena basuh belanga yang hitam pekat kat dapur. Hahaha"-cik esah

Bila masa pulak aku jadi pengantin ni? Dengan ustaz ni pulak ish. Memang tak lah, simpang malaikat empat puluh empat lah ye. Kebetulan mak dan angah ada di dapur waktu itu.

"bila masa pulak pengantin yang basuh belanga, tu kan cucu aku dengan ustaz tu"-mak

"ya ka. Ingat pengantin tadi, haha takpa lah aih. Mana tau nanti jadi bakal pengantik ka"-cik esah

"hahaha, macam macamlah cik esah ni"-angah

Wah memasing sedapnya gosipkan aku dengan ustaz ni, aku dah kawen tau. Abang tu ada ja tunggu aku... ya, abang akan tunggu aku nanti... dekat syurga. Air mata jernih aku mengalir tanpa diminta, pilu rasanya bila sebutkan perihal itu. Aku berlalu pergi sambil tangan mengesat air mata yang berbaki. Aku duduk di pangkin berdekatan dengan pokok manggis, menanggis semahunya, menanggis tanpa suara tapi cukup menyatakan yang aku sedang sakit, sakit menahan rindu yang tidak terluah. Ya allah, aku rindukan abang, bantu aku untuk kuat ya allah, bantu aku. Bahuku di peluk erat oleh seseorang dari tepi, kelihatan ada along di sisi di ikuti oleh adik.

"kalau rindu, doakan jangan meratapi. Kalau nizam ada sekarang mesti dia sedih tengok adik menanggis macam ni. Abang tahu adik masih sakit lagi atas pemergian arwah tapi adik kena ingat dua tahun dah berlalu, walau sukar macam mana pun adik nak lepaskan, adik kena redha juga. Adik berutung sebab adik pernah rasa hidup bahagia dengan dia, adik orang terakhir yang dia cintakan, adik orang terakhir yang bersama dengan arwah sebelum arwah pergi. Betapa allah sayangkan adik sampai akhir sisa waktu hidup dia pun allah masih beri adik kesempatan untuk bersama dengan dia. Tabah ya adik, abang tahu adik mampu"-along

"kak biy kan kuat, janganlah macam ni. Nanti muka macam kakak cantik (kak Pontianak) takde sape nak dekat dengan akak"-lukman

Kami gelak berirama, hahaha. Wah budak ni sambil memujuk sambil mengutuk tau, nasiblah adik tau. Aku masih dalam esakan kecil yang belum terhenti, along dan adik sangat memahami begitu juga dengan yang lain. Terima kasih ya allah kerana kau bagi aku orang yang selalu berada bersama dengan aku waktu aku susah dan senang.

"kau nak tanya kenapa dia menanggis tiba tiba?"-tembak angah kepada ustaz mizi

"erk hah"-ustaz mizi

"adik aku tu pernah berkahwin sewaktu umur dia 18tahun. Selepas dua tahun perkahwinan suami dia meninggal akibat kemalangan sewaktu balik dari berjogging dengan adik aku. Waktu tu umur dia baru belasan tahun lagi manalah dia mampu nak terima hakikat yang dia telah kehilangan suami dan cinta pertama dia. Dah dua tahun berlalu dia masih tetap begitu, masih susah nak terima kehilangan suami tercinta. Kau Nampak dia kuat, kau Nampak dia gembira tapi hakikatnya bila dia sendiri dia akan tiba-tiba teringat peristiwa tu"-angah

'ya allah, beratnya ujian hidup dia'-bisik hati keci ustaz mizi

"aku ingat bila dia sambung study dia akan lupakan semuanya tapi aku silap dia tetap macam tu Cuma tidaklah seteruk dulu. Alhamdulillah dari masa ke semasa dia semakin pulih, Cuma kenangan tu je dia susah nak lupakan"-sambung angah lagi.

Perit saat kenangan itu terimbas kembali, rasa hati ini sangat sukar untuk di pulihkan. Ya allah bantu aku untuk terus bangkit menempuhi hari hari yang akan mendatang meski sakit itu pasti aku tahu hanya dengan pertolongan-Mu aku mampu.

JODOH DARI ILLAHIWhere stories live. Discover now