BAB 3

41 0 0
                                    

Hari yang di tunggu-tunggu oleh setiap student ahahaah apa lagi kalau bukan hari jumaat. nak tahu sebab apa? sebab setiap hari jumaat aku takde kelas so bolehlah aku rehat je dekat rumah sementara tunggu waktu petang sebab nak kene jemput adik aku. Aku berlalu ke ruang dapur untuk menyiapkan sarapan pagi. Hari ini aku nak masak bihun goreng ingat lagi dulu waktu aku mula-mula kawin dengan abang *suami aku* abang cakap dia suka sangat dengan bihun goreng yang aku masak, sebab rasa dia tak sama dengan bihun yang pernah dia rasa sebelum ni. padahal tu semua auta dia je, saja nak membodek aku, ingat aku tak tahu. "hoi makcik masak apa ni, dari dalam bilik aku boleh bau tau" "aku masak bihun goreng je Mia" mia ni pon sama suka buat ayat dramatis, konon boleh bau dari dalam bilik, padahal aku masak bihun goreng je. "wah, sedapnya nampak. boleh makan tak ni?" lah mia ni, ketuk kepala kang. tak kan lah aku masak untuk tengok--' "Kau buat muka macam tu kenapa zati? ngumpat atulah tu kan". "hahaha, mana kau tahu aku ngumpat kau? makanlah Mia, aku buat air kejap ye". Mia, sahabat baik aku since aku sem satu. kami roomate tapi lain caurse, aku ambil islamic banking and finance tapi mia ambil multimedia. Lepas kematian arwah suami aku, Mialah yang jadi peneman setia aku. kami ni dah macam adik-beradik ke sana ke sini mesti berdua.

"Mia, kau ada kelaskan hari ni?" "haah, pukul 10:30 karang. Lepas habis kelas aku terus balik rumah mak aku tau" "okay, nak aku hantarkan ?" "tak payahlah zati, lagipon kau nak jemput adik kau kan? aku drive sendiri je" "okaylah kalau macamtu". Mia nia anak perempuan tunggal kepada seorang ahli koprat terkenal dekat Malaysia ni. Tapi sikap dia yang suka merendah diri tu yang membuatkan ramai orang suka berkawan dengan dia termasuk aku. Selepas kematian suami aku, dialah yang banyak bantu aku dan selalu ada dengan aku. Aku berkahwin seawal umur 18tahun *gatalkan* hehe. Waktu tu umur abang 24Tahun, sangat muda. Tapi ayah percaya yang abang boleh jaga aku.  Abang anak kepada salah seorang ahli perniagaan yang boleh di katakan terkenal lah jugak dekat Malaysia ni. Keluarga abang boleh di kategorikan sebagai keluarga yang berada. Perkenallan yang singkat, aku waktu tu jadi pengapit untuk kak Liya iaitu kakak sepupu aku, manakala abang menjadi pengapit kepada pengantin lelaki iaitu kawannya Farid. Selepas dari pertemuan tu abang terus berhasrat nak jadikan aku isteri dia. pada mulanya aku memang tak setuju, manakan tidak aku baru berumur 18tahun banyak benda yang aku tak tahu lagi. usia perkahwinan aku dan abang tak lama, abang terlibat dalam kemalangan sewaktu kami hendak pulak dari berjogging. allah saja yang tahu betapa peritnya aku saat itu. Alhamdulillah aku terima segala takdir yang telah allah tetapkan untukku. sehingga saat ini aku masih setia dengan cinta abang, cinta yang tak kan pernah ada gantinya.

Aku dan Mia jarak umur hanya setahun, Mia berumur 20 manakala aku 21, tetapi kami berada di semestar akhir yang sama, cuma jurusan yang berbeza. aku sambung belajar lewat, almaklumlah lepas kawin aku goyang kaki selama setahun di rumah selepas itu baru aku sambung belajar. Aku ambil jurusan kewangan dan perbankan islam manakala Mia mengambil jurusan multimedia. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
JODOH DARI ILLAHIWhere stories live. Discover now