*keesokan harinya...
Ya allah letihnya badan ni, nasiblah hari ini dan esok aku tiada kelas kalau tidak confirm aku skip je kelas tu. Jam menunjukkan pukul 9:30 pagi, aku terus berlalu ke bilik mandi untuk bersiap-siap ke rumah mama. Malam tadi aku sempat menghubungi mama dan memberitahunya yang aku akan datang ke rumahnya hari ini.
*Setengah jam kemudian
Dah siap mandi ni, nak kene kemas rumah dulu lepas tu jemur kain, masak tengah hari baru boleh keluar. Eh depan rumah ni dah ada orang duduklah, wah ada jiran barulah tapi mesti dah berkeluarga ni, ya lah mana ada orang bujang nak duduk rumah banglo melainkan aku. Eh jap, aku pon dah kawenlah Cuma tinggal dengan mia je, takde rezeki nak tinggal lama dengan abang. Pang!! "oh mak kau"-latah zati apabila sahaja pasu bunga di tepi rumahnya tiba-tiba terjatuh ke lantai lalu pecah. 'ceh! Macam mana pulaklah pasu ni boleh jatuh'-omel zati didalam hati. Miaw miaw miaw... seekor kucing yang bulunya lebat macam kucing siam menghampiri zati. "oh awak ya yang pecahkan pasu bunga kita, hah! Nak kene babap ontot iye ni. Biasa ya.. mummy tak ajar ke suruh duduk diam-diam kat rumah?"-bebel zati kepada kucing tersebut. Zati mendukung kucing yang berada dihadapannya , bulunya sangat bersih dan wangi seperti dijaga rapi. "nasib baik awak comel tau, kalau tak kita dah babap ontot awak ni"-bebel zati lagi.
"assalamualaikum, maafkan saya. Kucing saya dah pecahkan pasu bunga awak ke?"- tegur satu suara dari arah luar pagar.
"waalaikumusalam, oh haah. Ni kucing encik ke?"-zati
"haah, maaflah sebab dah menyusahkan awak ya."-balas lelaki yang berada di hadapan zati. Berbadan tegap, berkulit cerah memakai baju kemeja berwarna ungu dan lenganya dilipat hingga ke paras siku. Wajahnya sangat kacak macam james reid pun ada jugak.
*psst mesti tak kenalkan sape james reid. Author ni minat pelakon Philippine . kalau awak semua layan cerita cinta Philippine mesti awak semua kenal dia :D
"ayah cu, ambiklah cat tu dari auntie. Iffa nak cat"-baru aku perasan yang dibelakang lelaki tu ada sorang budak kecik perempuan yang berumur dalam lingkungan 6 atau 7thn.
"hai awak, awak nak kucing ni ke?"- aku menghulurkan kucing itu kepada anak kecil tadi.
"aceh auntie"- ya kucing tu selamat mendarat ke dakapan anak kecil yang comel tu.
"btw, nama saya Muhammad Daniel asyraff bin HJ kamaruddin. Boleh panggil saya asyraff. Saya dan keluarga saya baru berpindah ke sini."-asyraf
"oh okay. Saya zati"-entah aku pon tak tahu apa yang aku patut intro dekat mamat ni.
"pasal pasu awak tu, nanti saya gantikan dengan yang baru. Sekali lagi saya mintak maaf, kucing saya ni tak biasa dengan tempat ni lagi. Tapi anak buah saya nilah degil pergi lepaskan dia dari sangkarnya."-asyraff
"pasal pasu tu tak apalah. Tak perlu ganti pon. Saya masuk dululah ya, ada kerja nak disiapkan dekat dalam. Assalamualaikum."-zati berlalu masuk ke dalam rumah kerana dia baru teringat yang dia sudah terlambat untuk ke rumah mama dan papanya.
"bye bye auntie. Nanti tite upe agi ya"- jawap si comel yang petah berkata-kata
"Bye bye awak, nanti auntie jumpa awak lagi ya."-zati
"waalaikumusalam. Hmm, cantik orangnya"-balas asyraff ringkas tanpa ada sesiapa yang mendengarinya kerana suaranya yang diperlahankan.
*pada pukul 12:30 tghari
Zati tiba dirumah mama dan papanya. 'eh banyaknya kereta ada siapa je hari ni kat rumah ya?'-omel zati sendiri sambil berlalu ke muka pintu.
Ting tong.. bunyi loceng ditekan...
"assalamualikum"-zati
"waalaikumusalam. zati, sampai pon ingatkan tak jadi datang sayang"-sambut mama didepan pintu.
"jadilah ma, mana boleh tak jadi. Mama sihat, maaflah zati dah lama tak singgah dirumah mama."-zati
"sihat sayang. Takpe mama faham zati sebok sekarang nak dekat finalkan. Jom masuk, mama nak kenalkan zati dengan saudara mama. Kebetulan dorang baru balik dari Australia minggu lepas, hari ni baru dapat singgah rumah mama"-mama
"baik mama"-balas zati ringkas sambil tersenyum.
"maaf semua, ni mak ngah nak kenalkan dengan isteri arwah nizam ataupun menantu kesayangan mak ngah, Azfar Nurizzati"-mama
"ayah cu tu auntie kat depan rumah kan?"-tiba-tiba suara anak kecil entah dari arah mana aku tak pasti telah memecah kesunyian rumah itu.
"eh asyraff kamu kenal ke zati ni?"-tanya mama yang agak hairan
"oh ni baru jumpa tadi. Kami duduk berjiran dekat rumah yang mummy baru pindah tu"-balas asyraff
"oh lah, dah kenallah ni ya zati?"-mama
"eh, haah kenal macam tu je ma"-zati
Aku terus berlalu untuk bersalaman dengan saudara mara mama yang berada disitu. Ramai juga rupanya ahli keluarga abang yang aku masih tak kenal. Selepas berbual ringkas, bertukar tukar cerita, akhirnya mama mengajak kami untuk makan tengahari bersama. Sewaktu makan di ruang makan suasana agak meriah, manakan tidak sudah berkumpul ramai-ramai ni pasti ada je cerita yang hendak diluah. Mama kata papa outstation selama seminggu sebab tu hari ini papa takde.
Selepas siap makan tengahari kami semua solat berjemaah di ruang solat yang disediakan di dalam rumah itu. Asyraff yang menjadi imam, jujur aku katakan suara dia memang sedap, macam suara arwah abang. Selesai solat aku masuk ke bilik arwah abang dengan ke izinan mama. Bilik ini masih rapi macam dulu, susun atur perabot pon tidak sikit pun berubah, mama kata dia lebih sukakan keadaan bilik yang sama seperti arwah tinggalkan dulu. Di meja itu terletak frame yang di letakkan gambar abang sewaktu dia graduate. Selepas sebulan aku dan abang berkahwin kami terus berpindah ke rumah yang aku menetap sekarang, katanya nak hidup berdikari, padahal rumah kami bukannya jauh dengan rumah mama, Cuma selang satu taman. Dan seminggu tu tiga empat kali jugalah kami akan pulang ke rumah mama. Haha, berdikari sangatlah tu kan. Tiba-tiba ada seseorang masuk ke dalam bilik tanpa aku duga.
"eh maaf-maaf saya ingatkan takde orang tadi maafkan saya"-asyraff
Dia berlalu pergi, nasib baiklah aku dah siap pakai tudung tau kalau tidak naya je.
*psstt bosankan bab ni. Hmm maaf ya awak-awak sekalian, saya takde idea yang bernas petang-petang ni. Almaklumlah dah pukul 5:30ptg. Ada masa saya sambung lagi ya. Nak pergi jogging dulu. Assalamualaikum :D
YOU ARE READING
JODOH DARI ILLAHI
RomanceMizi seorang Yang tetap pendirian Dan tegas dalam segala hal. Namun sejak mengenali gadis yang bernama Zati hatinya bagai terdetik cinta hakiki. "Apa lagi dia ni nak? Ada je benda yang tak kena aku buat dekat mata kau zati!" - Mizi 'Sebab cinta...