Bab 11 : Adakah ini cinta sebenar

44 5 5
                                    

Farra tak tahu apa yang dia rasa , setiap saat Farra cuba rasai perasaan cinta itu tetapi tak dapat hingga cikgu sedang mengajar didepan pun dia masih berfikir. Hari ini Maria tak hadir ke sekolah kerana demam jadi tak ada orang lah yang akan tegur Farra bila dia termenung, walaupun waktu rehat, Farra tidak turun ke kantin , Farra masih duduk dan berfikir lagi , apabila kawan kawan Farra masuk ke kelas , mereka pergi ke meja nya untuk menanyakan apa yang berlaku,
"Woi....Farra"jerit Ilyani
"Kenapa ni....datang datang terus jerit ....sakit telinga aku ,tau tak"marah Farra lalu pergi meninggalkan mereka.

"Kenapa Farra tu, tiba tiba je ,selalu kita buat dia macam tu okay je"kata Ilyani

"Tu lah sapa suruh kau jerit kat telinga dia ,"balas Suhada

"Hmm, aku cuma nak tanya jer dia pergi tak rumah Maria petang ni ,"Jawab Ilyani

"Kau nak pergi ke ,"tanya Aishah kepada Ilyani

"Nak, aku pergi ngan Nazmi lepastu kitorang terus nak pergi tengok wayang sekali"jawab Ilyani dengan bangga

"Ish kau ni ... kita nak tengok kawan sakit kau sebok nak dating..."balas Suhada

"Alah sekali sekala apa salahnya,"kata Ilyani

"Yani aku nak join boleh tak,"kata Aishah

"Sebuklah kau ... "marah Ilyani

"Pless lah ...tak pa, aku pergi ngan Suhaimi, boleh?"rayu Aishah

"Haa , yang tu takpa"jawab Ilyani lagi

"Untung lah orang yang ada Boyfriend ,kita ni takde sapa nak ajak keluar ,"perli Suhada

"Ajak lah Syafiq, "cadang Ilyani

"Syafiq nak ke dia keluar dengan aku?"tanya Suhada

"Jap aku tanya, Syafiq kau nak tak join kitorang, "Tanya Ilyani kepada Syafiq

"Join pergi mana"balas Syafiq

"Wayang"Kata Ilayani

"Sapa lagi yang ikut?"tanya Syafiq lagi

"Aku, kau, Aishah, Suhaimi, Nazmi, Farra ngan Suhada tapi kita pergi rumah Maria dulu, tengok dia okay ke tak,"kata Ilyani lagi

"Okay lah ...aku join,"jawab Syafiq

"Kau ambik Suhada yer"suruh Ilyani pada Syafiq

"Suhada...haa okay"jawab Syafiq. Farra yang baru masuk ke kelas dan mendengar perbualan mereka terus bertanya

"Habis aku ,pasangan dengan siapa,"

"Kau? Aiman nak? jap aku tanya dia"Ilyani berkata

"Ehh....."belom sempat Farra ingin menghalang , Ilyani terus memanggil Aiman

"Aiman kau free tak malam ni,"tanya Ilyani

"Free kenapa ,"balas Aiman

"Sebenarnya, macam ni malam ni kitorang rancang nak pergi tengok wayang, kau nak ikut"terang Ilayni

"Nak.... "jawab Aiman

"Okay, cantik..tapi kau tolong ambil Farra kat rumah dia boleh,?"tanya Ilyani,

"Ohh... boleh jer,"Aiman dengan selamba berkata boleh walaupun dia rasa agak gugup bila Yani suruhnya pergi mengambil Farra,

"Pukul berapa?"tanya Aiman

Jodoh Aku Adalah Kau!(slow update)Where stories live. Discover now