mataku meliar mencari kelibat minah senget sebaik saja aku keluar dari perkarangan rumah aku.
tak ada. ceh.
"pshh," aku memasukkan telapak tanganku ke dalam poket dan menyambung langkahku menuju sekolah. tiba-tiba, ada seorang perempuan sebaya aku berjalan dengan selamba bersebelahan aku sambil menegurku, "hi yoongi," dan meninggalkan aku.
jariku segera menggengam tali beg si yeoja tersebut sambil menariknya ke belakang. aku memandang mukanya lalu dia tersengih kambing.
"ha nak pergi mana?" soalku.
"pergi sekolah lah. pe bendalah salad ni."
"lupa ke kau ada hutang dengan aku," aku menjongketkan keningku.
"hutang? hutang? huuuuuutang- oh hehehehehe mianhae mianhae mak jemah-," dia mula nyanyi lagu mata,hidung, bibir dengan suara yang menyakitkan telinga.
"kau ingat kau taeyang, ha? dahlah sumbang. suara namjoon lagi sedap dari kau," aku mencebik. dia menjeling dan memandang tanganku yang masih memegang tali begnya, "uhhh aku nak chau dulu, boleh?"
"tak sampai kau delete gambar aku dan terangkan macam mana kau boleh masuk dalam studio tu semalam."
"alahhhhh kau ni. al kisah bermula pabila- eh dah lambat lah salad byeeeeeeeee," dia tetiba berlari meninggalkan aku dengan mulut terlopong dan begnya di dalam peganganku.
"ya-YAHHH HARA!" jerit aku dan otak aku masih blank, tak dapat nak memahami situasi.
"tOLONG BAWA MASUK KELAS YA SALAD GUMAWOOO!!" sempat lagi dia menjerit dan kemudian membelok kiri. aku terkebil-kebil dan memandang jalan dan begnya bersilih ganti. aku mengeluh dan kemudian berjalan menuju ke sekolah sambil menjinjit beg hijau muda milik si hara jung.
-
sesi pembelajaran untuk subjek kedua sudah bermula dan batang hidung hara tak muncul-muncul. yang peliknya, park seongsangnim tak hairan hara takda masa ambil kedatangan pagi tadi. dia just angguk dan cakap terima kasih.
dan aku baru tahu dua minggu sekali hara datang lewat. tu pun sebab aku tanya jaebum, orang yang duduk depan dia.
sejak bila kau ambil kisah pasal dia ni, min yoongi?
sejak dia jadi tutor aku? mungkin.
"min yoongi!" suara lee seongsangnim mengejutkan aku dari lamunan aku. bahuku terjongket sedikit akibat terkejut. aku cepat-cepat bangun dan mengambil buku teks biologiku lalu berjalan ke hadapan kelas.
lee seongsangnim memandang aku sambil tersenyum senget. budak-budak kelas aku pun dah tersengih-sengih, memandang aku yang masih mamai. aku menelan air liur dan melihat di slide powerpoint yang lee seongsangnim dah paparkan di skrin.
"so yoongi, mulakan."
ok pasal perut lembu ok perut lembu ada empat ruang ok ingat ape yang hara ajar semalam-
"perut lembu ada empat chainber- eh salah chambers. yang pertama nama dia rumen-"
'BANG!'
semua orang berhenti dan memandang ke arah pintu.
"sEONGSANGNIM HUH MAAF HUH LAMBAT HUHH!"
sesi 'pembentangan' aku tergendala sebentar kerana ada gangguan dari hara yang sedang menstabilkan kadar penafasannya. dia menunduk kepada lee seongsangnim dan mengambil tempat duduknya.
"saya okayyyyy! boleh sambung boleh sambung," dia bagi tanda ok dengan jarinya dan aku menyambung peneranganku pasal lembu.
mOOO
=
jjang~
sorry for the slow update. mood takde lel-one
YOU ARE READING
nutty.
Fanfiction+ di mana mr. swag diganggu oleh seorang perempuan yang pelik {lowercase intended}