13

1.9K 317 34
                                    

fast forward lagiii-

=

"yoongi, omma tinggal awak kat sini. pandai-pandailah ye. bye sayang," kata omma lalu memecut pergi. aku memandang belakang kereta dengan muka omma-sanggup-tinggal-anak-omma-yang-hencem-ni. aku mengeluh dan kemudian berjalan masuk ke hospital.

-

aku mencari tempat duduk di kawasan farmasi sebaik sahaja selesai diperiksa oleh doktor. demam biasa doktor cakap- ha dah jumpa.

aku mengosok hidungku dan menendang udara sambil menunggu namaku dipanggil.

kelakar lah kau ni yoongi. baru dua minggu exam, dah demam. mabuk tengok kertas banyak-banyak lel.

"min yoongi!" aku segera bangun dan berjalan ke arah kaunter. jururawat di situ menerangkan semua ubat yang aku perlu makan. dia kemudian ralit mengisi ubat tersebut dalam plastik sambil bersembang dengan seorang pesakit perempuan kat sebelah. aku buat pekak tapi hati aku tertarik nak tahu siapa perempuan tu. tanganku memegang bahu perempuan tersebut dan dia pusing menghadapku. keningku terangkat, terkejut.

"hara?"

hara tersenyum paksa, "er...hello?"

tak sempat nak balas apa-apa, hara dah pecut meninggalkan aku.

"y-yah! na-nanti saya datang balik," pesan aku kepada jururawat tu sebelum mengejar hara. dia ni macam usain bolt- ya ampun lajunya

-

"dAPAT!"

aku mencengkam pergelangan tangan hara dan berjaya menghentikan larian usain bolt versi perempuan korea ni. aku dan dia tercungap-cungap selepas berlari mengelilingi hospital tersebut. dia mengoyang-goyangkan pergelangan tangannya untuk melonggarkan cengkamanku tapi nu uh aku sado hA HA.

"hara," panggilku. dia berhenti dan perlahan-lahan memandang aku.

mata bertentang mataaa-

"hi...salad," hara menyengih.

"sebab ni ke kau tak datang sekolah dan dah tak datang rumah aku? kau sakit apa, hara?" tanyaku.

"flu," bibirnya mengukirkan satu senyuman.

"selesema apa sampai sebulan tak baik, hah?"

"entahlah. doktor tak nak lepaskan aku. nak buat macam mana? gitu ah," katanya selamba.

aku menarik hara ke dalam pelukanku dan bisik,

"aku...rindu kau."

dia tergelak dan mengusap belakangku, "dah dah. aku dah kat sini. tak mau nangis nangis."

aku melepaskan pelukanku perlahan-lahan lalu memasukkan tanganku ke dalam poket seluar. entah macam mana aku boleh rasa macam peluk dia. tapi bila dah peluk tu rasa tak lepaskan. uhh omma tolong yoongi juseyo ㅠㅠ.

"kau tu kenapa ada kat sini? mana omma kau?" tanya hara pula.

"aku demam pastu omma aku tinggal ak-" terjentat aku bila hara tiba-tiba meletakkan tapak tangannya di dahiku. aku mengundurkan diriku ke belakang sedikit tapi tapak tangan hara masih melekat di dahiku. fuhh semangat.

"oh patut rasa hangat je bila kau peluk tadi. ehe," hara menarik semula tangannya.

uh ok.

"mmm nak jalan-jalan pusing taman hospital tak?" ajak hara dan aku mengangguk. dan aku terlupa 100% pasal ubat aku tu.

-

"abis kau tak ambik exam lah ni?"

"ehhh aku ambiklahh," ujar hara.

aku mengaru kepalaku, "macam mana?"

hara mengenyitkan matanya, "aku special case~"

"ohh. hot choco?" aku menunding mesin membuat air di tepi bangku di dalam taman tersebut. hara hanya mengangkat bahunya.

aku memasukkan duit yang mencukup untuk dua cawan hot chocolate dan menunggu mesin tersebut membuatnya. bunyi loceng dibunyikan menandakan air sudah siap. aku mengambil dua cawan tersebut dan menghulurkan salah satu cawan kepada hara.

hara mengeleng, "aku tak boleh minum."

aku menjongketkan keningku dan menarik semula tanganku, "oh ok."

ingat dia suka chocolate.

aku menghirup sedikit hot chocolate tersebut dan membiarkan air itu meluncur dalam oesophagus aku sambil menghangatkan aku yang memang dah hawt ni.

"on second thought," hara mengambil cawan yang aku minum tadi dan meneguk air tersebut di tempat bibir aku bersentuh dengan bibir cawan kertas itu. tiba-tiba pipiku terasa panas dan mulut aku ternganga luas.

"a-a-aku-"

"ha alah indirect kiss je pun. pfft, tak yah lah nak malu bagai."

"fi-first kiss a-aku," aku memegang bibirku sambil buat muka nak nangis.

"tu bukan first kiss kau," kata hara sambil membuang cawan tadi ke dalam tong sampah. dia mengambil cawan kedua dan meminumnya sampai habis. eh kejap macam mana dia tahu yang tu bukan first kiss aku? kau siapa, hara? kenapa aku tak ingat siapa hara? kENAPAAA-

dia tersenyum senget, "tak yahlah terkejut sangat, salad. aku bagi tahu kang kau terkezut."

"aku memang tengah terkezut ni. nasib baik tak terkentut."

"30/3."

"ha?" telinga oh telinga kenapa kau tak nak berfungsi-

"bye bye salad~~ aku kena pergi ni," hara melambai ke arah aku dan senyum.

tak tak jangan pergi lagi. aku menarik tangannya sekali lagi, "aku boleh jumpa kau lagi kan?"

"mestilah. oh yeah salad jangan lupa basuh blazer aku tu ye."

"hara."

"aku harap kau dapat masuk top 10. kalau tak masuk juga, tak kisah sebab asalkan kau lulus nak naik kelas next year," dia mengusap rambutku.

"hara...jangan pergi," aku merayu.




"kau ni acahlah. kau boleh je melawat aku lepas ni," dia menumbuk bahuku.

aku mencebik, "alah sekali sekala berdrama."

pegangan aku dilepaskan dan hara berjalan pergi sambil melambai ke arah aku.

aku ada banyak soalan nak tanya kau, jung hara. siap sedialah-

telefon aku tetiba berdering dan aku memandang skrin telefonku.

omma ♥♡

"hello?"

"yoongi dah siap? omma dah ada kat luar ni."

mataku membesar. oh shot. "b-belum. tengah tunggu ubat ni."

"ha ok. ppalli ppalli," omma pun letak.

ha sudah. aku pun berlari menuju farmasi.

=

mian pendek ;-;

one x

nutty.Where stories live. Discover now