11

2.1K 327 17
                                    

hara

aku mengangkat dan mengoyang-goyang tanganku supaya jaewon perasan aku. tetiba seorang dari pihak lawan, yerin, muncul dan menghalangi aku. aku dan dia bergelut dan jaewon menghantar bola tu kepada orang lain. aku mencebik lalu berlari meninggalkan yerin.

ei aku nak pegang bola juga.

-

setelah beberapa kali lari, goyang-goyangkan tangan, lompat, dan terbang akhirnya aku berjaya mendapatkan bola oH YEAH. ok yang terbang tu acah tapi apa-apa pun, aku sedang bersiap sedia untuk menjaringkan bola tiba-tiba kepala aku rasa berdenyut.

aku nampak muka semua jadi memanjang dan bercampur. kepalaku dipegang. bola itu terlepas dari peganganku dan aku pun jatuh macam nangka busuk.

"hara! hara!" jerit satu suara.

suara yang lain memanggil choi seongsangnim, "seongsangnim! cikgu, tolong! hara pengsan!"

nice aku pengsan rupanya.

-

kelopak mataku dibuka perlahan-lahan. urghhghw silau. selepas mataku dah menyesuaikan dengan cahaya sekeliling, aku memandang sekelilingku sambil duduk.

oh kat klinik sekolah rupanya.

aku mengeluh lalu turun dari katil dan berjalan ke arah tingkap. klinik sekolah menghadap padang jadi senanglah nak usha.

tapi aku bukan nak usha, aku hanya nak memerhati seseorang iaitu min yoongi. dia dan budak-budak lelaki kelas 1 dan kelas 2 sedang bermain bola sepak. dia mara membawa bola ke dalam kawasan lawan. dia kemudian menendang bola itu masuk dan gOLLL! aku kat dalam menepuk tangan dan menyorak kegembiraan.

"wOO YOONGI! YOONGI! YOONGI!"

alah bukan dia dengar pun. biarlah why not.

"awhh salad buat eyesmile-" pujianku terhenti kerana bunyi ketukan pintu. pintu dibuka dan muncullah park seongsangnim.

"annyeonghaeseyo, park seongsangnim," aku menunduk hormat kepada cikgu tersebut. park seongsangnim bergerak ke kiri sedikit dan seorang lelaki berumur dalam 40-an masuk. aku memandang lelaki tersebut dengan riak terkejut.

"a-appa."

-

telefonku bergetar, menandakan satu mesej masuk.

×

saladhijau: weh kau ok ke tak?
saladhijau: aku dengar kau pengsan masa p.e tadi.

junggie: haah
junggie: words do spread easily
junggie: hahahahahaha

saladhijau: aku nak pergi klinik ni
saladhijau: tunggu aku
saladhijau: jangan tidur lagi

junggie: eyy tak yahlah susah-susah je
junggie: oh tolong jaga aku punya blazer dan beg aku dalam loker
junggie: passcode dia 0330

saladhijau: noted

×

aku menutup aplikasi line dan menyumbatkan telingaku dengan earphone. icon muzik ditekan. aku mencari lagu yang aku curi daripada telefon yoongi.
bingo dah jumpa. layan dululah sementara tunggu sampai hospital.

now playing : butterfly

-

aku merenung ke luar tingkap, melihat pesakit-pesakit sedang bersiar-siar di taman yang disediakan oleh pihak hospital di bawah. tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi. aku mencapainya dan menbuka app line.

×

salad: asal kau tak datang lagi sekolah?
salad: dah dua minggu kau ponteng

junggie:  hehehe
junggie: rasa malas lah

salad: kau mmg
salad: dari haritu lagi aku tanya
salad: then barang kau ni bila nak ambik balik

junggie: haahlah
junggie: petang nantilah

salad: okeh
salad: ppali swag rindu kau duh
salad: padahal semalam dah jumpa, ceh

junggie: ofcos dia rindu aku yang fabulous
junggie: jealous lah tu (・∀・)

salad: eii blah lah

junggie: kekeke
junggie: gtg jumpa petang nanti, saladdd

×

aku menyimpan telefonku di dalam beg sandangku dan menanggalkan jarum di tanganku. pedih tapi aku dah biasa horhor.

aku pun menukar pakaian hospital ni kepada pakaian casual. dah siap, aku mengambil beg aku dan senyap-senyap aku keluar dari wadku dan menuju rumah yoongi.

=

*bgm : butterfly (prologue mix)*

serius best dan sesuai dengan chapter ni ㅋㅋㅋ♡

DAH 2K+ THANK YOUU ♥

one x

nutty.Where stories live. Discover now