'TING!'
bunyi loceng berbunyi menandakan ada seseorang masuk ke dalam kafe, di mana yoongi, namjoon, hoseok, jimin dan taehyung menghabiskan masa cuti musim panas mereka sebelum mula sekolah. seokjin sudah selamat melanjutkan pelajaran ke universiti kulinari tempatan manakala jungkook perlu menghadiri kelas tambahan musim panas kerana markah ujian bahasa inggerisnya sangat teruk.
jadi sudahlah kelaut, kita kembali ke kaunter.
yoongi yang sibuk membaca menu yang diletakkan di atas kaunter pembayaran tersebut, mengangkat kepala dan memandang pelanggan perempuan yang baru masuk.
"selamat datang," sapanya dengan senyuman yang agak kekok dan muka yang mengantuk.
hari ini hari kedua yoongi menjadi seorang juruwang shift pagi sebab tu muka mengantuk tak hilang lagi, walaupun dah pukul 11.30 pagi.
jari-jemari kiri salad sudah diletakkan di papan kekunci manakala yang kanan menolak menu itu menghampiri pelanggan tersebut.
"nak order apa?"
perempuan itu membetulkan beanie kumamonnya sebelum membalas, "iced cappo, juseyo."
jarinya segera menekan papan tersebut dan kemudian dia bertanya lagi, "lagi?"
perempuan itu menggeleng.
"ah nae. harganya 6000 won."
perempuan itu menghulurkan dua keping 5000 won kepada yoongi.
"sila duduk dulu ya," yoongi memberikan alat yang berbunyi apabila pesanan mereka sudah siap kepada perempuan tersebut. perempuan itu mengangguk dan mengambil tempatnya di tepi tingkap.
bibirnya terukir senyuman sambil melihat pemandangan bandar daegu yang sudah berubah dan lebih maju berbanding sebelumnya.
"wah, rindunya."
-
alat yang berada di gengaman perempuan itu bergetar. dia pun bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah kaunter tersebut. dia memberikan alat yang bergetar itu kepada yoongi yang sedang menghidangkan airnya.
"kamsahamida, sila datang lagi," ujar yoongi sambil menunduk hormat.
"cheonma, salad," perempuan itu tersenyum dan berjalan keluar, meninggalkan kafe tersebut.
yoongi baru tersedar sesuatu sebaik sahaja dia mengangkat kepalanya.
salad.
"aku pakai beanie kartun favourite kau. ingat tau."
beanie kumamon-
"jimin, tolong jaga kafe kejap!" pesan yoongi sebelum berlari keluar seperti orang yang kehilangan swag.
jimin yang ralit mengisi whipping cream ke dalam minuman pelanggannya, memandang yoongi dengan muka yang nak nangis, "hah? ah hyung!"
-
mata yoongi meliar mencari perempuan tadi sambil otaknya sedang mengingati apa yang ada pada wanita tersebut.
beanie kumamon, skraf warna kelabu, coat warna perang, berambut pendek paras leher dan sedang meminum air kopi atau memegang plastik berisi air kopi.
dia cari dan mencari. berlari dan lari. dia takkan putus asa mencarinya. penantian selama tiga tahun takkan terhenti sampai sini.
akhirnya matanya terpandang seseorang yang sepadan dengan ciri-ciri yang yoongi cari. dia menuju ke arah perempuan tersebut dan mengengam tangannya, membuat perempuan itu memandangnya. perempuan itu yang sedang menyedut kopinya yang tinggal satu per lapan lagi, terkejut apabila tangannya tiba-tiba digengam oleh salad- eh bukan, yoongi.
yoongi menelan air liurnya kerana berasa kerdil kerana perempuan tersebut tinggi daripadanya.
high heels gais.
dengan suara terketar-ketar dan shy shy cat, yoongi berkata, "ju-jung ha-hara?"
perempuan itu mengerdipkan matanya, "ye saya?"
muka yoongi bersinar sedikit, "kau ingat aku tak?"
muka perempuan itu berkerut dan kemudian tersengih, "eh yoongilah! wah lain ah muka kau."
"oh sudah semestinya. aku sekarang lagi handsome kan?"
dia mengeleng, "mana ada. mata kau lagi sepet. pfft-"
yoongi membuat muka judgingnya dan hara ketawa.
"guraulah. um kau dah habis kerja ke?" soalnya.
yoongi menjeling jam tangannya, "belum."
"eh kau pergilah sambung kerja. takpe nanti aku pergi lagi kafe tu. btw sedap kopi kau buat," hara mengenyitkan mata.
"o-ok," yoongi perlahan-lahan mengangguk dan melambai ke arah hara.
dia membalas lambaiannya. mereka berdua pun berpisah mengikut haluan masing-masing.
yoongi mengaru kepalanya yang gatal sambil bibirnya menahan senyuman, "hara-ya, aku rindu kau."manakala hara meletakkan bekas kopinya yang kosong ke dalam tong sampah dan kemudian pusing, memandang belakang yoongi yang semakin menjauhinya.
"unnie, hana dah jumpa yoongi," bisiknya sambil menyelitkan beberapa helai rambut di telinganya.
×
THE END
daelight-
YOU ARE READING
nutty.
Fanfiction+ di mana mr. swag diganggu oleh seorang perempuan yang pelik {lowercase intended}