07

2.4K 333 90
                                    

kemengarutan alert.

=

hari ini ialah hari terakhir dia ajar aku untuk minggu ni. kalau malaysia boleh, yoongi pun boleh. ya yoongi boleh. tinggal lagi tujuh minggu dan TAKDA HARA WUHOO-

"eja 'broken'," arah hara sambil mengunyah jajan aku yang aku simpan buat stok makanan musim sejuk. eii minah ni tak minta kebenaran pun.

"b.r.o.k.e.n, bloke- aduh," aku mengosok dahiku yang baru dijentik oleh hara. aku memberikan pandangan mata yang tajam ke arahnya.

"r ok rRRRRRRR bukan l. eii lidah tu," bebel hara. aku mencebik dan mengulang sebutan huruf r itu dengan suara yang perlahan.

"bro...ken."

hara menepuk tangannya dan tersenyum gembira, "ok maksud broken ialah?"

"uhh pecah?"

"nICE! ok eja claustrophobic pulak."

-

tEPU OTAK WEH.

sebab lepas belajar mengeja, hara suruh aku buat matematik. dan aku buatlah. sampai soalan le 14 aku dah putus asa.

"yah, salad. bangunlah," dia mengoyang-goyangkan badan aku.

aku mengeleng, "shiro."

"aigoo. alah yoongi lagi enam soalan lepas tu kita rehat," dia mengangkat bahuku supaya aku duduk. aku mencapai penselku dengan malas sekali dan menarik buku latihan. aku kemudian menyembam mukaku ke meja dan menutup mataku.

"woi," terasa pipiku dicucuk-cucuk.

"aduh tidurlah pula mamat ni," dan dia berhenti mencucuk pipiku.

yey tidur.

"yooooongiii-yaa~" bisiknya dengan suara yang mengelikan di telingaku. aku menepis bibirnya pergi, "blah lah."

dan suasana kembali senyap. yey dia dah balik.

"inspektor min, kita ada kes hari ni."

cis, aku cakap awal sangat. mataku dicelikkan dan aku memandang hara yang memakai topi penyiasat. bwo? sejak bila dia-

dia mengoyang-goyangkan sehelai sampul surat berwarna perang di hadapan mukaku sambil tersenyum lebar. aku mengangkatkan kepala dan dia memakaikan kepalaku dengan topi penyiasatnya.

"pe benda kau ni?"

"inspektor min. tengok ni. menurut fail ni, terdapat seorang pencuri telah menyembunyikan hasil curian di dalam sebuah peti berkod di bandar ini. tuan perlu mengikut klu yang diberikan dan pecahkan kod untuk selesaikan kes ni."

mukaku berkerut, "apa?"

"masih blur? takpa saya assistant jung akan membantu tuan mengendalikan kes ini." dia menarik tanganku keluar dari bilikku dan menuju ruang tamu, "kaja!"

-

'3x - y - 4 = 0, 5x² + 2y² -6xy = 16. selesaikan.'

"tuan inilah susunan kod yang terakhir. harap-harap ini adalah kod yang betul," hara menghulurkan sehelai kertas kosong dan aku mencatatkan nombor tersebut. ok mula-mula buat y duduk depan pastu- eh?

"hara, y² ni guane?"

"kalau ikut pendapat saya, tuan, kita ambik y yang lain, tuan," dia memberi cadangan. aku mengangguk paham.

setelah 15 minit, aku BERJAYA menyelesaikannya dan hara menghulurkan sebuah kotak bersaiz telapak tanganku.

"tahniah tuan kerana berjaya menyiapkan latihan matematik dalam masa 30 minit dan mendapat hadiah kerana kecemerlangan tuan. CHUKAHAEE!" hara menepuk tangannya dengan penuh gembira sekali. bibirku pun mengukir sebuah senyuman yang kecil.

kotak tersebut dibuka dan di dalamnya terdapat seutas jam tangan yang boleh tahan lawa lah juga.

"wOAHH!" jam tangan tersebut dipakaikan di pergelangan tanganku.

"ambiklah hadiah hari jadi ke-15. dan ni," dia menghulurkan sebalang kimchi, "untuk omma kau."

aku menyambutnya dan mengucapkan terima kasih. dia mengalas begnya dan senyum,"papaii." sejak bila dia kemas barang? meh.

aku meng-escort hara hingga ke pintu rumah. dia lambai ke arahku dan hilang dari pandangan. pada masa yang sama, omma aku keluar dari biliknya dengan rambut serabai.

"dah habis study?"

"dah. nah dia bagi." balang kimchi beralih tangan.

"oh cakap kat dia kamsahamida," kata omma lalu masuk ke dalam dapur.

aku memandang jam baru aku. hadiah hari jadi ke-15?
kenapa bagi sekarang?

=

hohohohoho

selamat hari raya utk semua
umat islam & happy cuti kpd
non-muslims

♡ヽ('▽`)/ヽ('▽`)/

-one

nutty.Where stories live. Discover now