+ special chapter

2.6K 312 122
                                    

surprise surprise

note : chapter ini berlaku sebelum yoongi dapat audiotapes tu ye

-

tapak tanganku digosok berkali-kali agar haba yang dihasilkan dapat memanaskan sedikit tangan aku yang kesejukkan ni. punggung aku pun kesejukan kerana duduk atas bangku yang sejuk beku macam ais di antartika.

tak ramai yang keluar ambil angin kat taman hospital sekarang ni memandangkan cuaca sejuk tapi tak sejuk sangat melanda. ada pakcik berkerusi roda, ada nurse dengan kawan dia bersembang, dan-

"dah lama tunggu?"

aku mengangkat kepalaku dan memandang hara yang berpakai pakaian hospital dan cardigan putih.

"tak lah dah 360 saat menunggu," balasku sambil menunjukkan jam tanganku.

dia mencapai tanganku untuk melihat jam dan mencebik, "alah 6 minit lewat je."

"masa itu emas, ya know."

"tsk yelah yelah. sana sikit nak duduk jugak," hara menyuruh aku bergerak ke tepi.

nak tak nak aku kena mengesot ke tepi bangku supaya si makcik hara dapat duduk.

"awat lambat sangat?"

hara menyeluk tangannya ke dalam poket cardigannya, "ada masalah sikit tadi."

"masalah apa?"

"adalah~~~" dia mengenyitkan matanya dan seluruh badan aku meremang. geli siot.

"eii nak cringe tu cringe lah. tak payahlah sampai buat muka buruk macam tu sekali- pfft," hara menahan gelaknya.

aku membuat muka judgemental aku sebelum mengeluarkan sebatang bar coklat dari poketku lalu menghulurkannya ke arah hara, "nak?"

matanya bersinar-sinar seperti bintang di angkasa apabila terpandang coklat tu, "nAAKKK!"

aku menyorokkan coklat itu dibelakangku, "janji kau tak kenyit lagi."

"alah, apa ni salad," bibirnya dijuihkan. acah comel. meluat aku tengok.

"kau nak ke tak nak cokla-"

"nAK NAK NAK NAK NAK NAK YOONGI PLEASEEE OKOK AKU JANJI AKU TAK WINK SEXILY KAT KAU. OK? OK NICE," katanya sambil merampas coklat dari peganganku.

aku terkebil-kebil memandangnya yang sedang membuka bungkusan dengan muka yang gembira. terliur lah pulak.

"kongsi ye hara," pujuk aku.

dia menjelirkan lidahnya, "no."

aku cuba untuk mengambil semula coklat tersebut dan bergelut dengan hara sampai tak perasan yang aku dan hara semakin dekat. hara menarik coklat tu ke belakangnya dan aku pula semakin merapati. secara tak langsung, mata kami bertentangan dan masa bagaikan berhenti buat seketika.

lentiknya bulu mata. lawanya mata, flawlessnya muka, merahnya bibir- yoongi jangan pikir benda byuntae.

JANGAN.

rambut dia yang paras bahu pun mengerbang lembut bila angin tiup. jantung aku rasa dugun dugu-

"fuh~"

"yah!!!"

aku terjentat ke belakang dan jatuh dari kerusi sebab hara takda kerja pergi tiup mata aku.

aku mengosok mataku berkali-kali dan menjeling ke arah hara yang menyengih macam kerang busuk. aku pun bangun sambil menepuk-nepuk seluar aku lalu menyilangkan tanganku, "hm?"

nutty.Where stories live. Discover now