Seindah Nama Takdir

72 2 1
                                    

Semua yang jadi ini, ada sabab dan musababnya. Jangan terlalu egois menyalahkan takdir."

"Habis, salah aku kah semua ini terjadi?" bentak Saiful. Semoga anginnya tidak meletus sebelum aku terangkan semuanya kepada dia.

"Aku tak kata salah kau. Tapi, cuba kau diam dan fikir. Apa Tuhan itu hidup dan ciptakan kita semata untuk kita merosakkan segala ciptaanNya semula?" soal aku.

"Baik. Terangkan kepada aku."

"Takdir, walaupun sudah ditentukan tetap ada juga yang bisa diubah. Tuhan ciptakan kita, ada yang baik ada yang jahat. Tapi, kenapa kita perlu ikut-ikut dengan kejahatan. Apa itu salah takdir? Sedangkan bilamana yang baik itu mendekat, ah bukan main kita tolak jauh-jauh..." Biar isinya aku jelaskan satu persatu. Biar Saiful faham yang takdir itu apa sebetulnya.

"... masih mahu salahkan takdir? Atau salah diri kita sendiri yang bodoh menilai?"

"Tapi, sepatutnya Tuhan itu cipatakan kita dengan sempurna. Cukup serba-serbi segala. Bukankah kita khalifah?" Aku sudah lama nampak salah fahamnya. Tapi sayang, tiada siapa sudi tegur dek barannya itu.

"Nah, itu yang kau salah. Sempurna; tak semestinya kita perlu cukup semua. Ingat, dengan adanya kelemahan kita bisa jadikan tauladan. Malah, dengan kelemahan kita bisa koreksi setiap amalan. Masalahnya sekarang, mahu atau tidak, sombong atau tidak, dan bongkak atau tidak. Itu yang bezakan kita dengan makhluk lain." terang aku.

Buat seketika kedai kopi ini, dicuri tumpuannya dengan bicara kami. Aku pula yang terasa segan. Pakcik-pakcik yang sedang bermain dam aji sampai berhenti dan memasang telinga. Yang sedang bergosip tentang politik pun siap memesan secawan lagi kopi untuk mendengar bicara kami. Ah, gila apa mereka ini?

Cuma, Pak Murad saja dari tadi tak endahkan langsung dengan persekitarannya. Asyik sangat dengan akhbar tiga hari lepas. Biarlah.

"Faham kau apa yang aku cuba sampaikan ini?" soal aku. Saiful tampak lebih tenang. Semoga dia faham, Rabb.

Himpunan Cerita-cerita PendekWhere stories live. Discover now