"Kiri, kanan, kiri..."
"Skuad... henti!" Derap kaki serentak menghuni dataran. Tiada satu pun suara berbunyi melainkan cicip merpati yang bertenggek pada kabel elektrik. Awal pagi, mana tidaknya. Masing-masing masih lagi tak habis sendu jam tiga. Ada yang masih berteleku dalam selimut. Ada juga yang menadah tangan pohon kemenangan. Heh, dan ada juga yang barusan masturbasi. Semata menunggu subuh sebentar lagi.
"Senang diri... Rehatkan diri..." Arah komandan.
"Hari ini kita semua akan ke medan perang. Pastikan kamu bawa semua kelengkapan kamu bersama. Siapa yang tertinggal, nasib kamu. Pandai-pandailah hidup nanti. Faham?"
"Faham, tuan!" Semua mengiyakan saja. Nak diangguk nanti dikira bergerak. Tak pasal-pasal semua kena denda pula. Paling sedih, nanti malam terpaksalah tahan sakat-sakat si senior dengan sepenuh harmoni.
"Baik, sekarang kamu semua siap-siap dahulu. Baju semua ada di dalam kotak ini. Pilih nombor yang kamu nak, kemudian laporkan kepada saya. Dalam masa lima minit saya nak kamu kumpul balik di sini."
"Baik, tuan!"
"Skuad.. keluar baris!"
Dengan segera semua mengatur langkah untuk bersiap-siap. Biasanya, kalau lambat sesaat sekalipun pasti akan kena denda. Yang pasti, dendanya bukan biasa-biasa. Bukan setakat denda helikopter yang biasa budak asrama merasa. Malah, bukan juga setakat menahan pedih tiga puluh starlight sebelum kelas persediaan malam bermula.
Inilah rutin harian bila berada di Maktab Tentera DiRaja. Semua perlu disiplin. Hatta, nak pergi lawan bola sekalipun kena disiplin. Tiada disiplin, manakan dapat menangnya. Setelah berkumpul semula, masing-masing beratur untuk menaiki bas. Semua sudah tidak sabar untuk memegang piala kejohanan.
***
Memang pagi ini pagi yang mendebarkan. Pagi yang akan menentukan siapa pemilik piala kejohanan. Yang paling penting, pagi yang akan menentukan samada esok kena berkawad di bawah matahari tegak ataupun diangkat sebagai wira dalam perhimpunan.
"Kiri, kanan, kiri..."
Eh, nak masuk padang pun kena kawad ke? Tak, ini bodoh namanya. Saja aku tulis nak humorkan semua orang. Almaklumlah, tempat-tempat yang disiplinnya ketat ini selalunya serius.
Kahkahkah!
YOU ARE READING
Himpunan Cerita-cerita Pendek
Fiction généralePanda juga sudah pandai menulis cerpen dan yang seangkatan dengannya sekarang ni. Maka, inilah himpunan cerpen, certot dan kispen dari pena dan papan kekuncinya. Mar Rahman