Keputusan

157 3 0
                                    



          "Kiri? Kanan? Kiri?" Aku cuba minta bantuan dari Firdaus dengan isyarat mata. Dia sepertinya menebak ke bahagian kiri. Tapi aku tak tahu, firasat aku dari tadi mahu ke kanan. Aku sendiri tak yakin ke mana arah yang patut aku pergi nanti. Jadi, aku saja masih tak berdiri di atas garisan. Saja melengahkan masa. Satu, untuk beri tekanan kepada si penendang. Dua, aku sendiri masih belum bersedia. Gila! Masa sudah masuk ke minit terakhir masa tambahan. Tiba-tiba boleh pula Fadhli buat perangai siku kepala penyerang mereka. Tak pasal-pasal mereka dapat penalti di minit-minit akhir ini. Lepastu, aku jugalah yang perlu hadap telur di hujung tanduk ini.

          "Kiri ke kanan? Arghhh!" Buntu. Kalau aku dapat tepis bola ini, Rasta Tigers akan jadi juara. Kalau tidak, perlawanan akan bersambung ke penentuan penalti. Lagi lah aku takut.

          "Reff, apa ni? Dia letak bola tak betul ni reff." Saja aku membantah untuk melengahkan lagi masa. Padahal sebenarnya, aku yang alihkan bola itu ke depan sedikit dari penalty spot tadi. Nasib baik semua tak perasan. Jadi, aku masih ada masa untuk tenangkan fikiran dan buat keputusan arah mana perlu aku pergi. Pengadil minta aku untuk bersedia sementara dia memberi kata dua kepada penendang itu walaupun aku yang alihkan bola tadi, hahaha. Dengan tenang aku pergi ke pintu gol dan bersiap sedia di atas garisan.

          "This is your time, Khair. You will be a hero if you can stop this last shoot. You can do it!" Aku pejamkan mata, depakan tangan. Kemudian, aku jengketkan kaki dan mengacah ke kiri dan ke kanan. Bukan selalu nak jadi hero. Inilah masanya.

          Sorakan penyokong makin bergema. Yang buatkan aku sedikit terganggu ialah, yang di belakang tiang gol ini adalah penyokong pasukan lawan. Segala jenis cacian, makian, sumpahan, dan seranahan(pffttt) semuanya dituju kepada otak aku. Ah, bukan ini masanya untuk hiraukan itu semua! Tapi yang membuatkan aku sedikit bersemangat, penyokong-penyokong Rasta Tigers sudah mula menyanyikan chant 'Ale ale campeones' sehingga bergema seluruh stadium ini.

          "Kanan. Aku pasti..." Aku buka mata. Kali ini aku cuba pandang ke arah coach Bakar, jurulatih penjaga gol aku. Sengaja aku cuba bermain mata untuk meminta pandangannya, ke kiri atau ke kanan. Sama! Dia juga memilih bahagian kanan pintu gol aku. Baik, kali ini aku melompat sedikit-sedikit untuk memudahkan aku melayangkan badan dengan sempurna untuk menepis sepakan ini. Kanan, aku pasti.

          "... cuma, kali ini jatuhkan saja badan ke kanan. Tak payah nak melompat tinggi. Biar sekarang aku lompat-lompat sedikit bagi dia keliru. Tapi nanti, cukup jatuhkan saja badan dengan baik."

          "Keeper, ready?" Aku mengangguk kepala.

          "Shooter, ready?" Dia juga sudah bersedia.

          PRITTT!

          "Kanan. Aku pasti!" Hembusan nafas keluar dari mulut aku. Bersedia untuk meranapkan impian mereka untuk bermain di penentuan penalti. Mata kini sepenuhnya ditajamkan kepada bola. Aku longgarkan lutut dan mengacah kaki untuk bergerak ke kiri kemudian ke kanan pula. Seraya dia berlari, aku buka langkah kecil ke depan dan bersedia untuk melayangkan badan...

***

          Ale ale Campeones!

Himpunan Cerita-cerita PendekWhere stories live. Discover now