Sayap Patah

104 3 0
                                    

     "Aku nak kau berubah. Tinggalkan semuanya. Kitorang sayangkan kau. Aku kenal kau, aku tahu ni bukan diri kau. Berubahlah, ingat anak bini kau."

     Fahim hanya mampu menunduk. Dia sedar akan kesilapannya. Dia tahu semua orang kecewa dengan dirinya. Dia juga rasakan yang sama, kecewa teramat sangat.

     "Ambil ni, kau bagi dekat Dhia."

     "Kau biar betul, Fahim? Kau tak sayang Dhia ke?" Mata Danial membesar. Terkejut.

     "Sebab aku sayang aku buat macam ni. Dia akan faham."

     "Baik." Ringkas sahaja kata yang diluah oleh Danial. Tapi, dalam hatinya sudah ternampak bunga yang akan kembali mekar. Rancangannya menjadi!

*****

     "Sayang, kahwin jom?"

     "You ni dah gila ke apa? I kan isteri Fahim, kita mana boleh kahwin." Terkejut Dhia mendengar perlawaan Danial.

     Dari poket sisi seluarnya, Danial mengeluarkan cincin emas. Cincin perkahwinan Dhia dan Fahim.

     "You tahu kan ni cincin siapa?"

     Cincin tu... Tapi kenapa Danial yang pegang?

     "Tapi..."

     "Ini impian kita kan? Fahim dah takda, dan kita dah bebas. I dah cakap yang I akan buat apa saja untuk kembalikan impian kita. I dahpun tunaikan. Sekarang giliran you tunaikan janji you pada I." Bukannya Dhia tak suka, dia gembira sangat. Impian mereka boleh jadi kenyataan. Cuma...

     "Anak I si Iman tu macam mana?"

     "Dia kecil lagi, jangan risau sikit-sikit kita hapuskan Fahim dari ingatan dia."

     Akhirnya. Dhia sudah letih berpura-pura di depan Fahim. Bebas! Dia boleh terbang akhirnya dan realisasikan impiannya bersama Danial. Hanya dengan satu senyuman...

     "Jom!"

     Ini sayap kau. Terlepas cincin ini dari jari aku, terlepas juga kau dari aku. Bebaslah, semoga kau bahagia dengan menipu aku selama ini.

Himpunan Cerita-cerita PendekWhere stories live. Discover now