Part 1

396 18 0
                                    

Hi guys. this is my first story. sorry kalau ada lacking. btw, i gonna use kpop star as my cast. :) gambar kat atas ialah gambar Jieun.

please vote and leave your comment for this part!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[Jieun POV]

Loceng berbunyi. Aku yang tengah nyenyak tidur cuba meraba-raba mencari jam loceng. Selesai mematikan bunyi loceng, aku segera membuka matanya. Sudah jam 7.00 pagi. Menjadi rutin harian aku bangun pada waktu begini untuk bersiap ke sekolah sebelum kelas bermula pada jam 8.30 pagi.

"Arghhhh.. ngantuknya! Hem, rasa tak sanggup lah nak pegi sekolah," bentak Jieun sambil merenggangkan badan dan tangannya. Apa lah akan jadi pada aku hari ini.

Dengan pantas, aku segera bangkit dari katil dan melangkah menuju ke bilik mandi. Selesai mandi, aku terus bersiap memakai pakaian seragam sekolah dan mengikat rambut panjangku dengan kemas. Seperti biasa, setiap pagi aku akan menyediakan sarapan ringkas sebelum ke sekolah untuk mengisi perut.

Lagi tinggal beberapa untuk aku habiskan pengajian di sekolah tinggi. Tak sabarnya mahu keluar dari sekolah ini. Aku mula terkenangkan peristiwa yang berlaku pada aku sejak 6 bulan yang lalu. Perit untuk percaya betapa berbezanya kehidupan aku 6 bulan yang lepas dengan hidupku sekarang.

Omelet yang aku masak, aku cuba kunyah perlahan-lahan. Sebak rasa hati. Tanpa sedar, setitik airmata mengalir di pipi ku. Erhhh, aku benci perasaan ini. Ketika itu juga mata aku terpaku kearah jam di tangan.

Shitt. Dah 7.35 pagi. Kenapa lah boleh mengelamun ni. Aku segara bangkit dan mencapai beg galasku sebelum berlari menuju ke pintu rumah. Ye, aku tinggal di rumah apartment kecil ini sendirian. Ruang rumah ini tidak lah besar untuk aku. Cukup sempurna dan selesa untuk aku tinggal sendirian.

Langkah ku semakin laju ketika sedang menuruni tangga. Sampai di aras 1, aku segera berlari ke basikal dan mula mengayuh ke arah sekolah. Sudah sebulan aku pergi ke sekolah menaiki basikal. Berkat hasil aku bekerja part-time, aku mampu mengunakan sedikit duit tersebut untuk membeli basikal.

Yes, tepat pukul 8.00 pagi. Kini aku berdiri betul-betul didepan pintu pagar Sekolah Tinggi Riorim. Perasaan takut dan gementar mula menguasai diri.

Okay, Jieun bertenang. Moga-moga tuah kau hari ni lebih elok. Fighting!!

Kaki mula mengayuh basikal melintasi pagar sekolah. Sekolah Tinggi Riorim antara sekolah terkenal di Seoul kerana sekolah ini hanya khas untuk pelajar-pelajar yang berasal dari keluarga millionaire dan berpengaruh di Korea.

Semasa aku mengayuh basikal, mata aku terpandang kelibat tiga insan yang aku benci. Basikalku segera aku parking di tempat yang disediakan. Fuh bertenang, jangan pandang diorang... jangan..

"Ei, orang tu buat-buat buta tak pandang kita! Hahaha," suara sinis Jun kedengaran. Annoyingnya mamat ni. Benci. Aku cuba tidak memberikan sebarang reaksi. Beg segera aku galaskan di belakangku. Sambil aku mengunci basikalku, aku sempat melirik mata melihat ke arah Leo dan Hyun yang turut berada di situ.

"Haah lah, buat busy pula tu. Jieun, janganlah masam sangat muka tu. Tak cantik dah muka kau ni," ujar Hyun sambil mencuit dagu aku. Aku merengus sambil menepis tangannya.

"Eh, kau makin lama makin garang ye. Jun, tak boleh jadi ni! Makin melawan, makin buat aku gerammm ke dia." Leo pula memerli aku. Rasa nak terajang je budak tiga ekor ni. Tapi aku masih tidak memandang mereka apatah lagi memberi sebarang reaksi.

Aku sedar, Jun kelihatan bengang dengan reaksi aku. Setelah selesai mengunci basikal, aku segera melangkah menuju ke tangga. Jam sudah menunjukkan pukul 8.15 pagi. Lagi 15 minit kelas aku bermula.

Sedang aku leka berjalan, tangan Jun mula mencapai dan menarik beg aku ke arahnya. Aku yang terkejut tidak mampu meneruskan langkah kaki aku.

"Kau nak apa?! Lepas lah beg aku!!" dengan lantang aku bersuara. Sumpah, aku hilang sabar. Gelagat kami turut diperhatikan oleh pelajar-pelajar yang lalu lalang di situ. Lantak, aku memang dah biasa jadi tumpuan orang.

"Kau jangan cabar aku. Mentang-mentang 2 minggu aku takde kat sekolah, kau mula tunjuk berlagak pagi ni kan? Dah hebat sangat sampai berani tengking aku hah??" bicara Jun. Genggaman dia pada beg aku makin kuat. Apahal dia ni?

"Aku buat apa? Kau buta ke tak Nampak aku tengah kunci basikal aku? Bila masa aku cabar kau ni," sungguh aku juga terpana bila aku membalas kata-katanya. Fuhh,power Jieun power.

Muka Jun, Leo dan Hyun semakin bengang. Rasa puas mula menguasai diri. Ingat aku takut sangat, eleh?

"Dah puas tatap muka aku? Dah?" mata aku bergilir-gilir memandang wajah ketiga-tiga jejaka dihadapan aku. Mereka terkelu. "Now, bolehkan bagi aku jalan? Aku tak nak masuk kelas lambat sebab aku bukan macam korang , jenis kaki ponteng. So... get lost!"

Dengan kuat aku merentap tangan Jun lalu berpaling untuk beredar dari situ. Well, aku perasan sangat muka mereka makin ketat. Even, pelajar-pelajar lain yang melihat pertelingkahan kami turut terkejut dengan keberanian aku.

Series, aku pun terkejut dengan keberanian aku pagi ni.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

yeay done first part. So macam mana first impression korang untuk story ni?

Please vote and leave your comment ;)

RIORIM 1 : Truly In LoveWhere stories live. Discover now