Part 22

120 13 7
                                    

HAI!! SORRY GUYS SEBAB LAMA TAK UPDATE. BUSY DENGAN SEMESTER BARU, TAPI SEKARANG DAH HABIS SEM, SO SAYA AKAN UPDATE STORY NI MACAM BIASA. TINGGAL SIKIT JE LAGI FOR THIS STORY. SORI SANGAT2.   TT

*korang tengok tak scarlet heart? still tak leh move on lagi dengan Haesoo and Wang So. >.<

--------------------------------------------------------------------------------------------------

[JIEUN'S POV]

Aku terpana apabila Min dan Hani terbuntang melihat kehadiran Inho didalam rumah sewa aku.

"Errrr.. korang buat apa kat sini?" tanya aku dengan tergagap-gagap. Inho yang berada dibelakang aku sudah tercenggang.

"Tak payah tukar topik! Sekarang ni cakap dengan aku kenapa Inho ada dalam rumah sewa kau hah?!!" jerit Min.

Min dan Hani sudah membuka kasut mereka lalu melangkah masuk ke dalam rumah dengan aggresif. Sempat juga mereka menolak tubuh aku dan Inho sambil menjeling tajam.

"Err.. aku.. err?" aku tidak tahu bagaimana mahu menerangkan kepada mereka.

"Aku sengaja datang rumah sewa Jieun. Dia kan girlfriend aku. Kan?" pantas sahaja Inho menjawab bagi pihak aku. Tangannya sudah memaut bahu aku dengan erat.

Pandangan mata Min dan Hani sudah kelihatan sedikit tenang.

"Siyes lah awak datang jenguk?" tanya Hani minta kepastian.

"Ye lah. Tak nampak ni aku pegang sudu. Tengah makan tadi," tenang sahaja Inho menipu mereka.

"Betullah. Aku sengaja masak lebih. Tu yang ajak dia makan. Hahaha," gelak aku dengan hambar.

"Lega aku. Aku dah fikir bukan-bukan dah tadi," kata Hani dengan kelegaan. Hani sudah bergerak ke sofa rumah aku.

Aku mengalihkan pandangan ke sekitar rumah. Mujur pintu bilik tidur aku dan Inho tertutup rapat. Jadinya meraka tidak akan mengesan katil Inho di dalamnya.

Min masih berlegar-legar di ruang tamu sambil matanya melilau memerhatikan sekeliling rumah kami.

"Korang buat datang sini?" tanya aku dengan nada cuak.

"Kitorang datang nak ajak beli baju lah untuk malam esok. Lupa?" balas Hani. Aku mengangguk-angguk perlahan.

"Kenapa tak call dulu?" tanya aku lagi.

"Lahh.. sebelum ni kitaorang serbu rumah kau, kau rilex je. Mentang-mentang Inho dah keluar masuk rumah kau, sombong ekk.." perli Hani.

Aku tersengih. Mata aku memerhatikan Inho yang sedang menyibukkan diri di dapur. Ei dia ni buat dek je. Meh la sini tolong aku cover ke apa ke.

Tiba-tiba Min bersuara. "Aku nak pergi tandas jap.." katanya lalu melangkah laju ke dalam tandas.

Aku malas mahu membalas kata-kata Min. Aku lebih tertumpu untuk berbual dengan Hani.

"Mana ada. Aku saja je tanya," alasan aku kepada Hani. Takut juga dia fikir lain.

"Jieun.." suara Min dari pintu bilik air kedengaran. "Kau tipu kitorang ke?" tanya Min dengan nada geram.

Inho sudah berada di sebelah aku. kami berdua berdiri kaku.

"Tipu? Mana ada," jawab aku dengan nada tenang.

"Dah tu ni apa?!" tangan Min sudah menunjukkan dua berus gigi di tangannya. Aku menelan air liur yang terasa kelat.

"Kenapa ada dua berus gigi? Kau tak cakap pun kau ada housemate? Tu, kenapa ada baju sekolah lelaki bersidai kat ampaian kau?" tanya Min. Pertanyaan Min berjaya membuat aku dan Inho terpaku.

RIORIM 1 : Truly In LoveWhere stories live. Discover now