Part 2

206 12 0
                                    

Gambar diatas ialah watak Jun (LEE JOON). Part ini agak panjang. enjoy!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[Jieun POV]

Setelah berjaya lepas dari gangguan Jun, aku segera mengatur langkah ke kelasku di aras 4. Koridor sekolah kelihatan penuh dengan pelajar yang lalu lalang. Sampai sahaja di pintu kelas, terlihat Min dan Hani sedang leka berborak. Dengan pantas aku segera berlari anak ke mejaku.

"Hoi, ralit betul berborak sampai tak nampak kawan korang ni sampai?" pintarku. Beg yang digalas aku tanggalkan dan letak di atas meja. Kemudian aku duduk sebelum aku mengeluarkan buku serta alat tulis untuk kelas pagi itu.

Min dan Hani yang duduk di hadapan ku mula menoleh ke belakang. Mata mereka hanya memerhati perilaku aku. Hish, macam ada masalah je budak dua orang ni. Min dan Hani merupakan kawan baik aku sejak sekolah rendah. Walaupun aku mempunyai masalah dengan pelajar-pelajar di sini, mereka tidak pernah membenci serta memulaukan aku.

"Mana tak ralit weh, kitorang tadi berborak pasal kau lah!" Min mula bersuara.

Aik, aku mula tertanya. "Dah kenapa mengumpat kawan sendiri ni hah? Apasal?"

Hani yang dari tadi diam mula membuka mulu. "Ei geram aku tengok kau ni! Tahu tak kecoh dah satu kelas sebab ada orang nampak kau pergi tengking geng Jun? kau dah gila ke?"

"Tahu takpe! Aku yang dengar ni yang cuak tau. Tengok ni, kejap je dah viral video kau dengan Jun pagi tadi!" marah Min sambil menunjukkan skrin telefon bimbitnya.  Aku hanya mampu gelak melihat muka cuak Min dan Hani.

"Biarlah. Mende dah jadi. Aku pun tak tahu kenapa mulut aku celupar sangat pagi ni." Bahu aku angkat menunjukkan seolah-olah aku malas mahu mengambil tahu. Kedengaran Hani dan Min mengeluh.

"Mana boleh! Kami takut lah mana tahu dia buli kau lagi teruk! Dah lah 2 minggu dia takde, makin dia geram nak membuli kau. Hah, macam mana?" suara Hani mula kedengaran lantang. Aku sedar, mereka berdua amat risau kalau aku diapa-apakan lagi.

"Tak adalah. Aku dah biasa pun kena buli dengan diorang." Aku cuba melirikkan senyuman supaya mereka percaya dengan aku. "Lagipun, bila je lagi aku nak petahankan diri aku. Asyik diam je. Korang juga yang nasihat aku supaya lawan diorang kann? Hehehe."

"Ei, letih cakap dengan kau. Main belit ayat orang je." Min mengeluh sambil memuncungkan mulutnya. Min mempunyai wajah yang comel dan boleh membuatkan lelaki suka pada dia. Wajah Hani pula aku tatap. Hani juga mempunyai paras wajah yang cantik dan digilai ramai. Namun disebabkan mereka berkawan dengan aku, maka tiada lelaki yang mampu mendekati mereka kerana takut dibuli oleh Jun.

Ketika itu juga, kedengaran riuh suara pelajar diluar kelas. Aku sudah mengagak suara siapa. Sudah pasti suara Jun, Hyun dan Leo. Mata ku sempat melirik ke arah pintu dan tingkap kelas. Kelibat mereka mula kelihatan.

Mataku sempat menyapa mata Jun. senyuman sinis terukir di wajahnya.

"Oh Jieun! Oh Jieun! Oh Jieun!" jeritan Hyun dan Leo menyapa telinga. Mereka sengaja mahu memanggil namaku berulangkali untuk menakutkan aku. Keluhan keluar dari bibirku. Aku terus melarikan pandangan ke arah buku dihadapan ku. Aku sedar semua rakan sekelas aku mula berbisik dan memandang aku seakan sedang bergosip tentang aku.

Kelibat mereka hilang. Mungkin mereka sudah masuk ke kelas mereka yang berada di sebelah kelas aku.

"Hoi! Apa pandang-pandang? Takde kerja lain ke?" amarah keluar dari bibir Min kepada budak kelas kami. Kesemua mereka hanya mencebik. Min dan Hani masing-masing masih mengomel di hadapanku sebelum cikgu sampai ke kelas kami.

RIORIM 1 : Truly In LoveWhere stories live. Discover now