Part 24

129 10 1
                                    

Okay siap untuk part ni. Selamat membaca >.<

----------------------------------------------------------------------------------------------

Kereta yang dipandu driver papa sudah berhenti di hadapan rumah agam milik papa. Dari luar sudah nampak kemeriahan party di rumah papa. Namun keresahan di wajah Jieun membuatkan aku sedikit gusar.

"Hei, kenapa ni?" perlahan sahaja aku bertanya kepada Jieun.

"Takutlah. Saya dah lama tak involve dengan party macam ni. Rasa macam tak sesuai je." Nada resah Jieun kedengaran. Matanya juga melilau memerhatikan suasana di luar rumah papa.

Perlahan, tangan aku sudah berada di bahunya. "Jangan risau. Akukan ada."

Jieun menatap mata aku dengan penuh harapan. "Awak jangan tinggalkan saya. okay?" ujarnya meminta kepastian.

Aku mengangguk laju. "Ye, aku janji. Takkan lah aku nak biarkan kau seorang-seorang kat dalam tu. Dah, jom kita masuk. Dah lambat ni." Pintu kereta di buka dari luar.

Semasa menuju ke dalam rumah, aku masih mengenggam erat tangan Jieun.

Suasana di dalam rumah agam milik papa sangat meriah dengan tetamu yang ramai, makanan yang banyak serta alunan muzik yang kuat dan rancak. Aku dan Jieun menuju ke arah Hani dan Hyungsik yang leka berbual.

"Hoi, baru sampai ke?" Tanya Hyungsik.

Aku mengiyakan pertanyaan Hyungsik.

"Jieun! Lawanya kau malam ni!!!"suara excited Hani mula kedengaran. Aku tersenyum ketika Jieun memperagakan bajunya di hadapan Hani.

"Cantik ke? Tak rasa pelik ke tengok aku pakai baju ni?" Tanya Jieun kepada Hani.

"Mana ada pelik. Cantik sangat. Sesuai dengan kau," puji Hani ikhlas. Dalam diam, aku juga tidak henti-henti memuji kecantikkan Jieun malam itu.

"Haih, parah kau ni senyum-senyum sambil tenung Jieun. Angau sangat!" peril Hyungsik kepada aku.

Aku tergelak kecil. "Salah ke nak senyum bila tengok awek sendiri?" pertanyaan aku membuatkan Hyungsik menepuk bahu aku dengan kuat.

"Eleh, kau kan dah duduk serumah. Takkan 24 jam nak angau kot!" gurau Hyungsik. Hani turut tergelak mendengar gurauan teman lelakinya.

"Ei, kau bagitau dia yeh?" marah Jieun kepada Hani.

Hani mengangguk laju. "Of course lah! Gila tak bagitau pakwe aku. Junho pun dah tahu. Tapi kitorang still senyap-senyap je lah pasal hal ni. Jangan risau okay," pujuk Hani. Aku sudah menggaru kepala.

Payah betul nak simpan rahsia budak dua ekor ni, gumam aku di dalam hati.

"Chill lah. Aku okay je. Junho pun." Kali ini Hyungsik pula mengeluarkan kata-kata semangat.

"Apa yang okaynya?" suara papa kedengaran daripada belakang.

Kami masing-masing melihat kelibat papa bersama Junho dan Min.

"Uncle. Apa khabar?" serentak Hyungsik dan Jieun bertanya khabar kepada papa.

Senyuman mesra papa terukir di bibirnya. "Baik. Hah, kamu datang juga Jieun? Cantik betul kamu malam ni," puji papa.

Jieun sudah tertunduk malu. "Terima kasih uncle."

"Pandai Inho cari girlfriend. Susah tau uncle nak tengok anak uncle ni dilamun cinta. Hahaha." Gurauan papa disambut dengan gelak ketawa dari mereka semua kecuali aku dan Jieun yang tersipu malu.

Aduh papa ni nak bergurau pun tengok lah keadaan. Merah padam dibuatnya muka aku ni.

"Dah jom kita ke meja. Papa dah sediakan tempat untuk kamu semua. Sekejap lagi majlis dah nak bermula," ujar papa sambil menunjukkan meja yang disediakan khas untuk kami berenam.

RIORIM 1 : Truly In LoveWhere stories live. Discover now