Part 3

163 11 0
                                    

Gambar Min disediakan di atas :) btw, Min is my bias in Miss A! sebab tu lah Am guna nama dia dalam story ni.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[Jieun POV]

Selepas waktu rehat, kami masing-masing kembali ke kelas seperti biasa sehingga tamat waktu kelas tepat jam 2.30 petang. Seperti hari-hari sebelumnya, tamat sahaja waktu kelas, aku terus pergi ke kedai buku berdekatan rumah aku. Aku bekerja separuh masa di kedai itu bermula pada jam 3.00 petang. Pada hari minggu pula aku akan bekerja sebagai pelayan di sebuah restaurant dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

Inilah rutin harianku semenjak 6 bulan lalu. Mencari kerja sampingan sebagai penyelamat untuk aku terus menampung hidupku tanpa keluarga. Sudah 6 bulan. Siapa sangka hidup aku boleh berubah sekelip mata semenjak papa berkahwin lain. Salah faham berlaku antara papa dan aku mengakibatkan papa menghalau aku keluar dari rumah.

Ini semua kerana Jun. Lelaki yang pernah aku sayang satu ketika dahulu. Sedang aku asyik menyusun buku-buku di kedai ini, ingatan aku kembali terpalit kenangan lama aku dan Jun.

"Jieun, aku ada hadiah untuk kau." Senyuman Jun menyapa mataku.

"Hadiah apa? Erhhmm birthday aku lambat lagi lah. Kau mesti lupa kan!" ajuk aku sambil mempamerkan wajah seakan merajuk.

"Bukanlah! Aku ingat birthday kau!" balas Jun sambil mencubit pipi aku. Aku pantas menepis tangannya lalu mengusap pipi aku. Sakit tau! "Ini hadiah anniversary perkenalan kita. Hahaha sweet tak? Dah 3 tahun aku kenal kau. So aku nak hadiahkan something special untuk kau."

"Omo omo, sweet nyaaa Lee Jun aku ni! Hahaha thanks bro!" ujarku sambil tangan ligat membuka balutan hadiah dari Jun. Album! Album baru Super Junior! Ini yang sayang Jun!

"Aku beli ini sebab aku tahu kau minat sangat diorang. Ini ada signature semua members. Khas untuk kau!" pandangan aku tepat memandang Jun. terharunya aku tika itu. Lantas aku terus memeluk Jun.

"Ahhhhh ini yang aku sayang kau ni! Tak sia-sia aku kawan dengan kau." Senyuman manis aku hadiahkan pada Jun. Jun pula membalas pelukan aku. Matanya ralat meneliti wajah ku.

"Jieun, kau.. err.. kau.." wajah Jun kelihatan resah. Aku mula tertanya-tanya.

"Kenapa? Kau nak cakap apa ni? Tergagap-gagap apahal?" tanya aku.

"Kalau aku cakap ni, kau jangan marah tau." Aku pantas mengangguk bersetuju. Aku semakin berdebar mahu menunggu ayat keluar dari mulutnya. "Aku actually dah sukakan kau dari dulu. Aku... aku nak kau jadi girlfriend aku."

Jantung aku seakan mahu berhenti ketika itu. OMG! Tak sangka Jun ternyata suka pada aku. Pelukkan tadi segera aku lepaskan. Awkward.

"Err.. Jun.. Errr.." belum sempat aku bersuara, Jun sudah memangkah ayatku. "Aku tak kisah kalau kau tak boleh terima aku sebagai boyfriend kalau kau tak suka. Aku okay je." Senyuman kelat dipamerkan di wajahnya.

Hati aku mula berdolah-dalih. Sejujurnya aku juga mempunyai perasaan yang sama pada Jun. Apatah lagi hubungan kami sememangnya akrab dan dia sentiasa berada di sisiku. Aku pasti ini masa yang tepat untuk aku juga meluahkan perasaan.

"Jun, jangan risau. Aku pun.. dah lama sukakan kau. Cuma aku tak berani nak luahkan." Sinar cahaya kegembiraan terlakar di matanya.

"Siyes? Jadinya mulai harini kau dengan rasminya jadi GF aku! Bukan kawan lagi okay?!" ujarnya. Aku dengan gembiranya mengangguk setuju. Sejak dari hari itu, hubungan kami makin indah sehinggakan satu sekolah mengetahui tentang hubungan kami.

RIORIM 1 : Truly In LoveWhere stories live. Discover now