Part 8

140 13 0
                                    

Hi! kali ni leo's picture pula

[Inho's POV]

Studio milik Junho gamat dengan suara Junho dan Hyungsik. Junho sedang leka nyanyi sambil memetik gitar manakala Hyungsik pula sedang menumbuk punching bag. Sesekali terdengar Hyungsik merengus seakan melepaskan tekanan semasa menumbuk punching bag miliknya.

Sejadi dari tadi aku pula asyik bermain play station. Kebiasaannya kalau sepupu-sepupu aku busy dengan aktiviti masing-masing, aku akan meluangkan masa bermain playstation. Bosan.

Disebabkan sudah lama tidak menjejakkan kaki di Korea, aku sudah tidak biasa mahu keluar melepak di tempat lain. Kalau Hyungsik dan Junho yang mengajak, barulah aku keluar. Itu pun aku ikutkan sahaja. Rindu juga mahu bermain basketball. Dulu di U.S, aku merupakan atlet basketball.

Di Sekolah Tinggi Riorim, aku baru sahaja meletakkan nama aku dalam pasukan basketball. Itu pun setelah diasak oleh Hyungsik.

Junho duduk disebelah aku lalu meletakkan gitar miliknya dia sisinya.

"Apasal Hyungsik tu? Menumbuk macam lepas geram je?" tanya Junho sebelum aku mengangkat kedua-dua bahuku menandakan aku pun hairan. Nak kata dia ada masalah family, Hyungsik lah satu-satunya sepupu aku yang tiada sebarang masalah dengan keluarganya.

Hyungsik sudah berhenti menumbuk punching bagnya lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Junho. Air mineral di hadapannya di teguk rakus.

"Kau okay tak ni?" sekali lagi Junho bertanya. Hyungsik menggeleng.

"Entah. Aku tak tahu apa masalah aku ni," katanya sambil mengaru kepalanya. Aku mengerutkan dahi. Pandangan Junho aku balas.

"Kau ada problem ni. Cerita je la." Aku pula menyakinkan Hyungsik untuk berkongsi masalahnya.

"Okay. Kalau aku cerita ni, korang jangan gelak!" ugut Hyungsik. Aku dan Junho masing-masing mengangguk tanda setuju. semakin tertanya-tanya apakah masalah Hyungsik apatah lagi bila dia kelihatan serius semacam.

"Korang ingat tak kawan Jieun yang duduk depan kau dalam kelas tu?" tanya Hyungsik sambil jari telunjuknya menuju ke aku.

"Ingat. Hani kan nama dia," balas aku sambil meminta Junho mengiyakan nama kawan Jieun. Apa kaitan dengan Hani ni?

"Errr.. sebenarnya.. aku kenal dia." Aku mengerutkan dahi aku sambil menunggu Hyungsik menyambung ayatnya. "Dialah.. perempuan yang aku.. crush sejak sekolah rendah tu."

Hyungsik menghabiskan ayatnya. What? Hani? Aku tahu Hyungsik ada meminati seseorang sejak sekolah rendah. Yang aku tahu, perempuan itu merupakan pelajar satu sekolah dengan dia dulu.

Aku dan Junho tidak mengenali crush Hyungsik kerana kami masing-masing bersekolah di lain-lain sekolah rendah. Kadang kala sahaja Hyungsik bercerita tentang crushnya itu. Sebab itu semasa di U.S, Hyungsik tidak berminat mahu berpacaran.

"Series beb! Asal kau tak bagitahu awal-awal?!! Nasib baik aku tak sempat nak ngorat," ujar Junho sambil menepuk bahu Hyungsik.

"Aku segan nak bagitahu." Hyungsik meraup wajahnya sambil tersenyum malu.

"Tapi asal kau tak tegur dia? Bukan korang kawan ke dulu?" tanya aku kehairanan. Aku sedar perwatakan Hani yang pendiam apabila kami menghampiri mereka. Sekali pun aku tidak pernah nampak Hyungsik dan Hani berbual.

"Tulah. Aku heran juga. Last aku jumpa dia 4 tahun lepas. Kami lost contact. Pastu aku ikut korang pegi U.S dua tahun lepas, lagi lah aku tak pernah tahu dia kat mana. Bila aku nampak dia dalam kelas kita masa first time masuk, aku macam kenal dia."

RIORIM 1 : Truly In LoveWhere stories live. Discover now