Part 13

153 12 1
                                    


[JIEUN'S POV]

Aku leka mendengar lagu sambil melihat jam di screen phone. Dah 20 minit Inho pergi meeting. Lambat lagi ke dia ni? Dah naik letih aku nak tunggu ni.

Bahu aku diusap dari belakang. Sangka aku Inho. Rupanya seorang pelajar lelaki yang aku tidak kenali. Mungkin junior barangkali.

"Ada orang hantar pesanan nak jumpa dekat kafe." Lelaki itu terus pergi meninggalkan aku sebelum aku sempat bertanya siapakah yang hantar pesanan itu.

Heran juga siapa yang nak jumpa aku? Takkan Eunjung atau Jun?

Aku segera mengatur langkah ke kafe. Sunyi je. Mana orangnya. Hemmm.

Aku mencabut earphone dari telinga aku lalu aku masukkannya ke dalam beg sandang. Tiba-tiba...

Pukkkk!!!!

Aku memejamkan mata. Terasa perit pipi aku tiba-tiba. Mata aku tertacap pada sebijik telur yang sudah pecah di atas lantai. Baju dan muka aku juga sudah berwarna kekuningan akibat terkena telur itu.

Aku mengangkat kepala aku. Lebih kurang 10 orang pelajar di hadapan aku berdiri di hadapan aku. Aku mengesat cecair telur di muka.

"Korang nak apa ni?" tanya aku kepada mereka. Apa masalah diorang ni? Dah lah aku tak kenal nama diorang!

"Dia buat-buat tanya pula kita nak apa. Hahaha jangan nak buat bodoh lah Jieun!" bentak salah seorang daripada mereka.

Aku mengelipkan mata aku beberapa kali. "Sumpah saya tak paham kenapa awak perlu baling telur tu kat saya. Apa salah saya pada korang?"

Mereka semua menggelakkan aku. Salah seorang daripada mereka merapati aku.

"Kami benci kau! Ini semua sebab kau goda Inho! Kau sedar tak kau dah rampas Inho daripada kitaorang!!!" jeritnya.

Aku tersengih sinis. "Bila masa dia jadi hak korang ni? Salah ke aku nak kawan dengan dia? Lagipun, dia rakan sekelas aku." Aku menerangkan kepada mereka.

"Tak payah nak tipu. Siapa tak kenal kau? Kau pernah tidur dengan jantan lain masa kau bercinta dengan Jun. Kau ingat kami bodoh nak percaya kau kali ni?!!" tengking pelajar lain.

Aku memandang sekeliling aku. Kelihatan lebih ramai pelajar datang mengelilingi aku. Baik lelaki mahupun perempuan. Mereka mengelilingi aku dengan senyuman sinis.

"Tolong jangan ganggu hidup aku. Apa yang korang dengar tu semua tuduhan." Aku sebolehnya menerangkan perkara sebenar.

Namun mereka langsung tidak mengendahkan aku. Malah mereka semakin melemparkan makian kepada aku. Aku segera menutup telinga aku.

"Diam diam..." bisik aku perlahan. Aku tidak mampu melawan mereka semua yang nyata lebih ramai dan lebih kuat.

Pukkk! Pukkk!!

"Amik ni!!! Baling semua kat dia!!" jerit mereka. Telur di tangan mereka telah dibaling berkali-kali ke badan aku.

Aku hanya mampu terkaku. Air mata terus menitis di pipi aku. Makin galak mereka membaling telur setelah melihat aku menangis. Mata aku sempat melihat kelibat Eunjung dan Jun. Mereka hanya memerhati sahaja keadaan aku sebegitu.

"Yaahhhhhhh!!!" jeritan Inho mematikan balingan dan sorakan mereka. Aku mula teresak apabila menyedari kehadiran Inho sedikit melegakan aku.

Inho berlari ke arah aku. Dia menolak pelajar-pelajar yang masih mengelilingi aku. Aku memberikan pandangan kosong kepadanya. Dia membuka blazernya lalu meletakkan blazer itu di badan aku.

RIORIM 1 : Truly In LoveWhere stories live. Discover now