Part 9

131 11 0
                                    

Hyun's picture! 

[Jieun's POV]


Seperti sebelumnya, setiap pagi aku menumpang Inho untuk ke sekolah. Dia akan menurunkan aku di selekoh berdekatan sekolah supaya pelajar-pelajar lain tidak melihat aku bersama Inho.

Aku melangkah laju menaiki tangga untuk sampai ke kelas dengan cepat. Tanpa aku sedar, tiba-tiba tangan aku dipaut dan ditarik dari belakang.

"Apa ni?!! Lepas lah!" jerit aku kepada Jun yang sedang menarik aku dengan ganas. Kaki aku melangkah mengekori Jun. Beberapa kali aku cuba melepaskan tangan aku daripada genggamannya namun tidak berjaya.

Jun sama sekali tidak mengendahkan aku. Kakinya melangkah ke dalam makmal yang sunyi. Pintu di tutup dengan kuat oleh Jun. Genggamannya dilepaskan. Aku mendengus kasar. Lengan aku yang terasa perit itu aku usap.

"Kau nak apa pagi-pagi ni?!?" tanya aku dengan nada tidak puas hati. Sempat juga aku menoleh kiri kanan aku mencari kelibat Leo dan Hyun. Namun hanya Jun sahaja berada di sini.

"Aku nak tanya kau. Apa hubungan kau dengan Inho?!" bentak Jun. Aku membuntangkan mata. Apa kena dia ni? Jangan kata dia tahu aku dengan Inho duduk serumah.

"Kau merepek apa. Dia budak kelas aku lah. Eh aku tak ada masa nak jawab soalan tak berasas kau ni." Belum sempat aku melangkah meninggalkannya, Jun lebih pantas menyambar bahu aku untuk menghalang aku pergi.

"Kau jangan nak bohong. Aku nampak kau naik motor dengan dia tadi!" tengking Jun. opssss! Macam mana dia boleh nampak ni. "Sekarang kau cakap dengan aku, kau dengan dia ada hubungan apa! Cakap!!!"

Aku tersentak mendengar pekikan Jun. Tangannya dibahu aku aku tepis.

"Asal kau sibuk sangat nak tahu pasal aku dengan dia? Kalau aku naik motor dengan dia, so what??! Urusan apa kau dengan aku?" perli aku. Jun kelihatan sedang menahan marah. Aku tersengih sinis.

"Kau jangan macam-macam. Aku tak suka kau rapat dengan lelaki lain! Kau tu milik aku! Lagipun kau sengaja rapat dengan dia sebab dia berpengaruh kat sekolah ni kan?" ujar Jun yang sudah tidak keruan.

"Kau jangan nak main tuduh. Lagipun aku nak kawan dengan siapa, apa kena mengena dengan kau? Kau sendiri yang buang aku, benci aku! Hei, kau ingat sikit! Lepas macam-macam kau buat kat aku, dekat papa aku, kau ingat aku boleh baik balik dengan kau?! Jangan harap!" aku pula menengking Jun. puas!

Wajah Jun sudah berubah. Dia terkelu.

"Sedar sikit Jun, hubungan kau dengan aku dah lama berakhir lepas kau fitnah aku. Aku dah tak nak ada kaitan dengan kau. Jangan pernah sebut lagi aku ni milik kau. Jijik! Lagipun, aku malas nak layan perangai Eunjung yang gilakan sangat dekat kau tu!" sambung aku. Pantas aku menoleh lalu melangkah keluar dari makmal itu meninggalkan Jun sendirian.

***

Cikgu baru sahaja meninggalkan kelas kami selepas tamat waktu subjeknya. Kelas aku kembali bising. Aku memasang earphone di telinga sambil menyiapkan tugasan yang baru diberi. Inho disebelah aku sudah nyenyak tidur. Dia juga memasang earphonenya.

Junho sudah mula berbual dengan Min dan Hani. Hyungsik masih di mejanya sedang leka bermain game di phonenya. Sesekali sahaja dia mengilas pandangan ke arah mereka bertiga.

Pandangan aku terarah kepada Inho yang tidur menghadap aku. Mukanya yang nyenyak tidur itu aku tatap seketika. Betul kata orang, dia mempunyai wajah yang kacak. Kenapa lah aku baru sedar sekarang.

Aku tersentak apabila pintu kelas aku dibuka dengan kuat. Semua pelajar terdiam. Mata aku terarah pada Eunjung yang berdiri di pintu kelas dengan wajah bengis.

RIORIM 1 : Truly In LoveWhere stories live. Discover now