Desahan nafas makin kuat.
Laju degupan naik dan turun jantungku.
Darah memercik ke segenap ruang.
Melekat cecair merah pada muka yang di tutupi sehelai kain hitam.Kisah silam yang cukup gelap.
Tangan kecil yang menghunus sebilah pedang.
Memotong kepada kepingan daging yang kecil.
Atas nafsu.
Atas bohongan si 'pembisik kebahagiaan'.
Kononnya.Beringatlah,
Setiap daripada makhluk itu diberi peluang.
Berubahlah.
Bukan kerana manusia, tetapi kerana kehendak.
Kau masih ada masa.
Jangan sia-siakannya.

YOU ARE READING
KALAM
PoetryKau sakit? Tepat jam randik tidak lagi berputar, kau, selamanya, akan menjadi peneman si 'pembisik kebahagiaan'.