Bab 1

3.6K 134 3
                                    


Keadaan di ruang tamu hening seketika. Johari yang masih berumur 7 tahun tidak mengerti apa yang dibualkan oleh bapa saudara dan neneknya dengan emaknya. Dia hanya melihat emaknya sugul selepas berbual tadi.

"Macamana Siti? Mak cuma tuntut hak mak sahaja. Lagipun KWSP itu memang dia letak nama emak. Rumah inipun arwah bina atas tanah emak walaupun rumah ini dia yang bina. Jadi along cadang dia nak ambil balik. Katanya nak buat homestay rumah ni," kata nenek Johari memecah kesunyian.

"Mana saya hendak pergi mak? Arwah Abang Mamat kata kalau berlaku apa-apa dengannya, dia mahu saya duduk di sini. Ini rumah hasil titik peluhnya mak," balas Siti emak Johari.

"Kau ni apa degil sangat. Kaukan banyak dapat duit pampasan Johari. Duit insurans. Beli rumah lain. Menyewa ke. Tanah ni tanah emak, bukan tanah arwah Mamat. Cuma Mamat sahaja minta kebenaran nak bina rumah ini. Geran rumah inipun atas nama mak," celah bapa saudaranya.

"Bukan apa long, duit insurans itu berapa tahun boleh tahan. Duit pampasanpun saya guna untuk hidup kami berdua sehingga anak kami Johari boleh berdikari. KWSP arwahpun mak dah dapat. Bagilah kami duduk di rumah ini.

Lagipun saya tak bekerja. Itu sahajalah duit yang arwah abang Mamat tinggalkan untuk kami dua beranak."

"Kerjalah balik. Dulukan kau kerja kilang. Nak mengikis harta anak aku pandai. Berhenti kerja buat apa? Ikutkan hati mak, mak nak semua harta anak emak. Emak ini yang melahirkan dia. Membesarkan dia. Bagi dia belajar kat Mara sampai pandai karen. Betulkan elektrik rumah orang.

Baru aku nak merasa duit dia, ntah macamana dia jumpa kau. Baru kerja setahun dah kahwin. Abang long kamu ni yang ambil tanggungjawab pula. Sedangkan anak aku bersedap sedap dengan kau.

Dulu sebelum kahwin 4-5 ratus dia bagi aku. Dah kahwin tinggal separuh. Lepas tu kau suruh dia beli rumah. Dia tak mampu tapi akhirnya tanah aku ini juga kau buat rumah selepas kau pujuk laki aku.

Ini kau banyak songeh pulak. Ikutkan hati aku nak je aku halau kau sekarang!" marah nenek Johari.

Johari terkebil kebil apabila melihat riak wajah neneknya berubah.

"Tapi mak,"

"Sudah. Jangan tapi-tapi, aku bagi kau masa sebulan. Lepas sebulan berambus dari rumah ni!" bentak nenek Johari lalu bangun dari sofa.

Emak Johari mula menangis.

"Sampai hati mak. Along buat kami begini," kata emak Johari teresak esak.

"Dulu, kau buat emak sedih atas perlakuan Mamat. Sekarang ini biar pulak kau yang rasa. Sudah long... Jom balik. Ingat Siti... Mak bagi sebulan," kata nenek Johari lalu berlalu keluar diikuti oleh pak saudara Johari.

"Mak, kenapa mak menangis? Kenapa kita kena keluar dari rumah ni?" tanya Johari tidak mengerti.

"Harta dunia adik. Harta dunia..."

"Mana kita nak pergi?"

Emak Johari terus menangis teresak esak.

Malamnya Johari melihat gambar arwah ayahnya. Gambar ayah yang baru meninggal dunia sebulan yang lepas akibat terkena renjatan elektrik di tempat kerja.

"Ayah... Nenek suruh kami keluar dari rumah ini. Sedangkan adik sudah berjanji dengan ayah, kalau apa apa berlaku dengan ayah... Adik akan jaga emak. Tapi adik kecil lagi... Adik tak tahu nak buat apa.

Kenapa nenek nak menghalau emak dan adik dari rumah ni. Inikan rumah ayah? Nenekkan sudah ada rumah sendiri. Takkan nenek tak kasihan tengok adik takde rumah?" adu Johari.

Johari mengusap cermin gambar ayahnya. Dia terlalu rindukan ayahnya.

"Kenapa ALLAH ambil ayah cepat sangat. Adik rindukan ayah. Ayahlah ayah terbaik bagi adik...." kata Johari lalu mendakap gambar ayahnya.

Airmata menitis.

Sementara itu di dalam bilik, Siti membuka laptopnya. Dia telah bertekad untuk keluar dari rumah ini dan mencari pekerjaan. Apa gunanya bersedih dan bertekak dengan emak mertuanya.

Dia segera membuka laman Facebook dan mencari bekas rakan sekerjanya Zana yang kini telah menjadi penyelia di kilang tempatnya bekerja dahulu di Bangi. Dia memberi mesej kepada Zanna untuk berjumpa dengannya segera.

Akak KembojaWhere stories live. Discover now