Bab 7

1.8K 85 4
                                    


Bab 7 ( nukilan ini telah diterbitkan dalam bentuk novel Kakak Kemboja buku Prima )

Setelah Zanna dan suaminya beredar. Mereka anak beranak mula mengemas rumah yang masih lagi ada barang yangtidak dikemas. Siti mengumpulkan sampah di satu sudut. Dia mencampakkan kotak yang tidak diperlukan lalu duduk di atas sofa.

"Penatnya Johari. Johari tak penat? Rasa nak patah pinggang emak. Nasib baik esok ahad. Boleh bermalas malasan," adu emaknya.

"Kalau emak rehat rehatlah. Esok kita boleh kemas lagi. Lagipun dah tak banyak barang nak kemas."

"Yelah. Barangpun banyak yang dah kemas. Kita rehatlah. Kejap lagi lepas Isyak kita pergi cari makan. Nampak tadi kat bawah ada restoran. Boleh ye Johari emak tak masak malam ni?"

"Tak kisahpun emak. Esok emakpun takyah masak. Kotak kotak dengan sampah ni kita nak buat apa mak?" tanya Johari.

"Johari boleh tolong mak tak? Tolong buat kat tong sampah di lif. Nanti ada orang kutip."

"Baik mak," akur Johari.

Dia melipat lipat kotak yang ada supaya senang diangkutnya nanti. Setelah selesai dia mengangkat kotak yang telah dilipat. Dia memandang emaknya. Emaknya telah melelapkan matanya.

"Kasihan emak adik. Mesti penatkan?" gumamnya lalu keluar dari rumahnya menuju ke lif.

Keadaan di parasnya sangat sunyi. Tidak ada kedengaran apa apa suara seolah olah paras tersebut tidak berpenghuni. Lampu kalimantang di sepanjang korodor telah mula dibuka. Entah siapa yang membuka lampu koridor. Walaubagaimanapun, Ada lampu yang tidak berfungsi. Malah ada juga lampu yang berkelip kelip cahayanya.

Di rumah nenek dimana Johari ternampak lampunya terpadam terus. Suasana koridor di situ agak gelap. Terasa seram pula Johari memandang ke arah situ. Johari terus berjalan perlahan-lahan menuju ke arah lif. Dia membaca surah yang dia tahu.

"Kenapa sunyi sangat paras ni? Takde orang duduk ke? Rumah pun banyak yang tidak dipasang lampu di dalam. Ish... Kata ustaz jangan pikir yang bukan bukan. Fikir benda yang postif je. Kalau fikir tentang benda tu... nanti benda tu makin dekat datangnya," katanya sendirian.

Johari semakin hampir dengan lif. Lampu lif mula berkelip kelip. Johari mempercepatkan langkah. Terasa seram pula bersendiran berjalan seorang diri. Sudahlah hari makin gelap. Apabila sampai di lobi lif, Johari kecewa kerana hanya ada satu bakul sampah kecil di situ.

"Kecilnya bakul sampah. Mana muat ni? Boleh ke buang kat sini? Nanti ada orang marah letak je sampah di sini," tanyanya sendiri.

Johari mengitari pemandangan sekitar. Dia ingin mencari samada ada ke tidak bakul sampah yang lebih besar.

"Adik buat apa tu!" tegur satu suara tegas.

"Mak!" jerit Johari terperanjat kerana tiba tiba disergah begitu.

Dia melompat kerana terperanjat. Dia segera memandang ke belakang untuk melihat siapa yang menegurnya. Dia melihat seorang remaja perempuan yang lebih dewasa yang menegurnya.

"Kakak ni siapa?" soalnya.

"Nama akak Kemboja. Akak Kemboja. Kakak tinggal di rumah tu. Adik orang baru ya?" tanyanya.

Johari sudah mula terhidu bau wangi yang tidak pernah dihidunya. Macam haruman bunga. Agaknya di dalam hati.

"Oooo. Akak tinggal di paras ni? A ah, saya baru pindah di sini kak. Baru pindah pagi tadi. Apa bau wangi ni Akak Kemboja? Dari tadi saya terbau haruman ini. Tak pernah saya bau. Macam bau bunga" soal Johari ingin tahu.

Akak KembojaWhere stories live. Discover now