Bab 9

2.3K 113 8
                                    


Bab 9

Johari sudahpun selesai mandi. Dia masuk ke bilik untuk mengelap badan yang basah dan memakai baju. Selepas selesai, dia membuka kipas berdiri lalu berbaring di atas katil. Badannya terasa sakit dan lenguh. Mungkin disebabkan tenaganya banyak digunakan tadi.

"Penatnya," keluhnya.

Matanya memandang siling. Dia memicit tangannya yang terasa lenguh. Malah Johari terasa tengkuknya juga lenguh.

"Lusa nak pergi sekolah baru. Harap semua baik baik sahaja. Sedih juga tinggalkan kawan kawan lama. Tapi apa nak buat, ada sedara marapun menghalau aku dengan emak. Hmmm," omelnya.

"Nak cari kawan barupun susah juga. Harap ada kawan baru yang boleh terima aku seadanya. Kata Omar, orang orang bandar ni action sikit. Berkawan memilih. Terutama kat sini banyak emak bapak pandai pandai. Bandar apa ya si Gig cakap. Bangi bandar ilmu. Hmmm entahlah," sambungnya lagi.

Dia mula berasa mengantuk. Perlahan-lahan matanya mula tertutup. Apabila matanya tertutup sepenuhnya, di hujung katilnya ada sebahagian tilam seperti dihenyak sesuatu. Secara perlahan lahan, satu lembaga remaja perempuan jelas kelihatan. Apabilanya sudah jelas kelihatan bentuk badan dan wajahnya, lembaga itu berdiri dan memandang Johari yang sedang tidur. Lembaga itu tersenyum lalu berjalan keluar dari bilik.

Siti yang sudah selesai mengambil wuduk di tandas dapur. Dia berasa hairan apabila melihat lampu di ruang tamu ditutup. Bunyi televisyen jelas kedengaran.

"Siapa pula yang buka televisyen tu? Johari ke? Dahlah gelap. Rosak mata nanti tengok televisyen dalam gelap. Ish budak ni. Tadi kata nak masuk dalam tidur. Letihlah. Apalah."

Siti menuju ke ruang tamu. Dalam samar samar, dia melihat Johari sedang menonton tv.

"Johari. Dah solat Maghrib?" tegur Siti.

Johari hanya mendiamkan diri dan tetap terpaku memandang skrin televisyen. Pertanyaan emaknya tidak dihiraukan.

"Johari? Mak tanya ni... Dah solat ke belum?" ulang emaknya lembut.

"Hmmmm," jawab Johari.

"Baguslah. Ni kenapa tengok dalam gelap? Nanti rosak mata. Ada pula siaran TV. Bukan tadi belum pasang ke arialnya."

"Hmmmm," jawab Johari yang masih terpaku memandang skrin televisyen.

"Johari penat ya. Nanti lepas emak solat, kita pergi makan ye. Sian anak emak mesti laparkan? Johari nak makan apa?"

"Hmmmm."

"Yelah," kata Siti yang kecewa mendengar jawapan Johari.

Siti masuk ke dalam biliknya. Johari memusingkan kepalanya melihat ke arah bilik emaknya. Dia tersenyum lalu perlahan lahan menghilangkan dirinya bak asap yang berkepul.

Siti selesai solat lalu berdoa.

"Ya ALLAH Ya Tuhanku. Kau lindungilah kami dari hasad dengki dan juga kecelakaan kepada kami berdua. Sesungguhnya kami insan yang lemah. KAU berilah hidayah kepada mereka yang menganyai kami. KAU bukanlah hati mereka supaya mereka kembali menyayangi kami seperti mana sebelum ini.

Berilah kekuatan kepada anakku. Jadikanlah dia anak yang soleh dan mendengar kata. Ampunilah dosa dosanya. Jadikan ia berjaya buka sahaja di dunia tetapi di akhirat. Selamatkanlah kami berdua dalam menempuh kehidupan yang mendatang Ya ALLAH."

"Bammm!"

Kedengaran bunyi pintu seolah olah dihempas. Siti beristifar kerana terperanjat. Dia segera menamatkan doa lalu keluar untuk melihat apa yang berlaku. Dia ruang tamu, Tv masih lagi terpasang tetapi kelibat Johari tidak kelihatan.

"Johari!" panggilnya.

Adakah Johari sedang protes kerana berpindah ke rumah ini? Protes kerana berpindah sekolah. Tapi sebelum ini anaknya berkata ok sahaja berpindah le sini. Kenapa tiba tiba Johari berubah perangai. Tanyanya di dalam hati. Tiada sahutan daripada Johari. Siti menuju ke arah pintu bilik Johari yang tertutup.

"Johari. Johari. Kenapa hempas pintu bilik ni nak? Marah dengan mak ke?" panggil Siti lembut dan penuh kasih sayang.

Tiada sahutan daripada Johari.

"Johari. Jangan begini ya. Joharikan tahu keadaan kita. Emak terpaksa nak," pujuk Siti.

"Emak masuk ya."

Siti memulaskan tombol pintu dan membuka pintu bilik Johari perlahan lahan. Apabila pintu sudah terbuka, dia melihat Johari sudah tidur di atas katilnya.

"Penat agaknya budak ni," kata Siti lalu masuk ke dalam bilik dan merapati katil anaknya.

Siti duduk di sisi Johari lalu mengusap ubun ubun anaknya. Anaknya masih lagi terlena tidur.

"Kasihan anak mak ni."

Johari terasa ubun ubunnya disentuh seseorang. Johari membuka matanya. Dia melihat emaknya tersenyum memandang ke arahnya.

"Emak?"

"Johari penat ke? Sian anak emak ni. Kalau penat tidurlah dulu. Sejam lagi emak kejutkan."

"Johari penat dan mengantuk mak. Itu yang Johari tertidur. Emak panggil Johari? Ada benda yang hendak dibuat ke mak?"

"Johari dah solat? Kasihan anak emak."

Johari hanya mengelengkan kepalanya. Dia tadi bercadang hendak solat tetapi terlelap pula.

"Johari marah emak ke?" tanya emaknya lembut.

"Marah? Mana ada marah mak? Johari sayang emak. Kan Johari dah berjanji nak jaga emak. Buat apa nak marah emak?" jawab Johari.

"Tadi emak tanya Johari, Johari tak jawab. Lepas tu hempas pintu."

"Hempas pintu? Bila mak?"

"Baru tadi."

"Mana ada. Johari penat. Lepas mandi... Johari tertidur. Johari tak keluar bilikpun. Lagipun takkan Johari sanggup nak hempas pintu nak tunjuk tanda marah. Ustaz pernah cakap berdosa. Cakap ah pun berdosa inikan pula nak hempas pintu mak."

"Betul ke ni?"

"Betullah."

"Macamana pula pintu boleh terhempas. Angin kot. Takpelah. Johari solat.. Lepas tu kita pergi makan ya. Dah pi cuci muka dan berwuduk. Emak tunggu."

Johari mengangguk lalu bangun dari katil terus menuju ke bilik air.

Siapa pulak yang aku nampak tadi? Tanyanya di dalam hati.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 18, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Akak KembojaWhere stories live. Discover now