Seminggu sebelum berpindah.... Siti sudah mula mengemas barang barang yang ingin dibawa ke rumah sewanya. Dia dibantu oleh anaknya Johari. Siti sudah nekad untuk berpindah ke rumah sewa barunya di Bangi. Dia akan membawa beberapa barang penting sahaja. Barang yang tidak penting akan ditinggalkan sahaja di rumah.
Walaupun hatinya masih lagi berat untuk meninggalkan rumah peninggalan arwah suaminya tapi apakan daya, dia tiada upaya menentang hasrat keluarga arwah. Biarlah dia mengalah asalkan hidupnya tenang. Sedang dia dan Johari sibuk mengemas baju untuk dimasukkan ke dalam kotak, bunyi kereta masuk ke laman rumahnya kedengaran. Emak Johari mengintai di sebalik langsir.
"Lah... Apa lagi pak sedara kamu nak ni Johari. Kamu pergi layan pak long kamu Johari," arah emaknya.
Johari mengangguk dan meninggalkan kerjanya lalu keluar rumah.
"Assamualaikum," laung pak long Johari.
"Waalaikumussalam pak long. Kejap," jawab Johari lalu memakai seliparnya.
Dia mendapatkan pakciknya dan bersalaman.
"Mak kamu ada?"
"Ada. Tengah mengemas," jawab Johari lalu bersalaman dengan pak longnya.
Emaknya hanya berdiri di depan pintu rumah.
"Kenapa datang along?" tanya emak Johari.
"Aiii. Macam tak suka je aku datang?"
"Along nak tengok samada kami sudah berpindah ke belum? Begitu?" tanya emak Johari sinis.
Johari hanya mendiamkan diri.
"Along datang ni nak beritahu. Nanti TV... Perabot semua jangan bawa. Nanti nak guna untuk homestay along nanti."
Apa? Pak long nak tv? Ini dah melampau! Marah Johari dalam hati.
"Apa? Ini dah melampau long. Itu semua arwah beli untuk saya. Kenapa pula saya kena tinggalkan di sini?"
"Takkanlah nak bawa semua. Muat ke lori? Lagipun duit pampasankan banyak. Duit insurans lagi. Ala kira bagi bantuan kat abang," pujuk pak long.
"Bang, jangan buat kami macam ni. Duit itu semua saya perlu jimat jimat lagi 20-30 tahun. Takkan semua nak joli."
"Ala. Kau ni dengan aku berkira. Nanti tinggallah apa yang tak pakai ye. Ni aku ada hal sedikit."
"Hal apa bang?"
"Pinjam along 5 ribu."
Panas telinga Johari mendengar kata kata pak longnya.
"Along nak buat apa 5 ribu."
"Aku nak bisneslah. Homestay ni kena cat. Kena buat marketing. Kena betulkan apa yang rosak. Lepas tu aku nak letak dalam pelaburan saham."
"Along. Duit KWSP arwah ada dengan mak. 10 kali ganda lebih banyak apa yang along minta. Mintalah dengan mak."
"Emak dah masuk pakej haji premium. Pastu dia nak beli emas. Tambah bilik belakang."
"Maaflah along. Saya tiada duit sebanyak itu. Banyak nak guna pindah rumah baru."
"Kau ni kedekutlah! Kalau susah kau jangan cari kami. Pandailah kau merempat!" marah pak long Johari lalu berlalu masuk ke dalam keretanya.
Pintu kereta dihempaskan lalu menghidupkan enjin kereta. Tanpa memandang mereka berdua, pak longnya terus memandu kereta keluar dari laman.
"Emak, kenapa pak long buat kita begini?"
"Entahlah."
Johari melihat emaknya menangis sekali lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Akak Kemboja
HorrorSiti adalah seorang ibu tunggal telah dihalau oleh emak mertua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bersama anaknya Johari yang berusia 7 tahun, mereka terpaksa berpindah ke sebuah flat di Bandar Baru Bangi kerana dia bekerja di salah...