Bab 5
Pekerja sedang memunggah barangan dari lori ke atas rumah baru Johari. Zanna dan suaminya turut datang membantu. Keluarga nenek sebelah ayahnya seorangpun tidak datang membantu. Malah kunci rumah telah diminta ditinggalkan sahaja di dalam pasu halaman rumah.
"Nasib baik lif elok. Kalau tak... Menggelupur nak angkat sampai tingkat ni. Hari itu kita pergi lif rosak. Dah diperbaiki agaknya. Ini yang masalah dok rumah flat ni. Sabar jelah Siti. Nanti aku cuba cari rumah lain. Buat masa ni susah nak cari rumah sewa kat bandar baru ni, " kata Zanna yang sedang sibuk membantu emak Johari membentangkan karpet.
"Itulah. Rumahpun sudah dibersihkan. Takdelah bersepah macam dulu. Kalau tak memang mencungaplah nak kemaskan rumah. Nasib baik suami kau ada. Kalau tak siapa yang nak angkat perabot tu."
"Mana Johari?"
"Dia ada dalam bilik. Tengah kemas bajunya."
"Bagus anak kau. Dah pandai berdikari. Dah pandai mengemas sendiri. Anak aku, baju kotorpun tak reti masuk dalam mesin basuh. Dah satu kerja aku pulak nak mengemas baju dia."
"Alhamdulillah. Dari kecil sudah diajar untuk berdikari. Anak anak ni nak minta tolong kita mesti minta dengan elok elok dan bersabar. Maklumlah budak."
"Mana saudara mara kau? Takkan tak menolong langsung? Bertuah betul," soal Zanna.
"Kalau belah aku memang aku tak beritahu. Tapi kalau belah arwah kau tahulah. Mana nak datang. Malah hanya mesej sahaja letak kunci kat pasu. Sedih aku Zanna," adu Siti.
"Macam tu sekali diorang layan kau hanya disebabkan duit 5K tu?Melampau betul tu."
"Entahlah. Emak mertua akupun marah marah dengan aku sebab tak bagi duit kat along. Dia kata duit KWSP arwah mana cukup. Nak tambah bilik. Cantikkan dapur. Nak pergi haji berpakej."
"Apa! Woi! Itu duit kamu berdualah! Mana boleh pakai begitu je. Siap nak pergi haji lagi. Halal ke duit tu?"
"Entahlah. Akupun tak tahu. Tapi yelah... Arwah tak tukar nama. Nak buat macamana."
"Aku suruh tuntut..."
"Dahlah. Takpelah. Anggap je rezeki mak mertua aku. Lagipun arwah ada insurans dengan pencen ilat."
"Yelah..." kata Zanna akur.
Johari membuka almari pakainnya miliknya. Dia ingin menyusun pakaiannya di dalam almari tersebut. Dibuka beg pakaiannya. Bingkai gambar ayahnya yang diletakkan di atas beg diambilnya.
"Ayahhhhh..." katanya perlahan lalu mengusap gambar ayahnya.
Ternyata dia terlalu rindukan ayahnya.
"Ayah, kenapa keluarga nenek buat kita macam ni? Kita dihalau dari rumah sendiri. Sedangkan itukan rumah ayah? Ayah yang upah orang bina rumah kita? Kita merempat di rumah sendiri?" adu Johari.
"Emak macam reda sahaja adik beradik ayah buat kita begini. Nasiblah emak kuat. Emak tabah. Tapi Johari tak sanggup lihat emak sedih lagi. Tapi Johari tak mampu. Johari tak mampu. Maafkan Johari," kata Johari lalu meletakkan bingkai gambar ayahnya dia atas meja.
Selepas itu Johari terus mengemas bajunya. Dia perlu cepat kerana selepas ni dia perlu menolong emaknya pula. Tanpa disedarinya, bingkai gambar yang mengadapnya kini telah berpusing ke belakang perlahan lahan.
Johari telah habis mengemas pakaian dalam begnya. Dia duduk di atas katil. Masih kedengaran di luar perabot diangkat untuk disusun mengikut citarasa emaknya. Dia melihat gambar ayahnya yang terletak di atas meja tadi.
YOU ARE READING
Akak Kemboja
HorrorSiti adalah seorang ibu tunggal telah dihalau oleh emak mertua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bersama anaknya Johari yang berusia 7 tahun, mereka terpaksa berpindah ke sebuah flat di Bandar Baru Bangi kerana dia bekerja di salah...