Bab 2

2.5K 120 2
                                    


4 hari kemudian, Johari berasa gembira kerana emaknya hendak membawa ke Bangi untuk berjumpa dengan kawan lama. Emaknya membawa kereta Axia milik arwah ayahnya ke Bangi. Rumah Johari terletak di Labu yang tidak jauh dari Bandar Baru Bangi. Mereka berdua berjumpa di sebuah restoran di seksyen 15.

"Dah besar anak kau ni Siti. Dulu kecil je. Comel betul anak kau. Ikut arwah ye? Johari sudah umur berapa tahun?" tanya Zanna lalu mengusap rambut Johari.

"7 tahun makcik," jawab Johari sopan lalu bersalaman dan mencium tangan Zanna.

"Amboi. Budi bahasa Siti.Anak aku? Bukan kata bersalaman. Leka dengan tabletnya. Eh! Apa hal kau nak jumpa aku ni? Minta borang minta kerja bagai?"

"Kita duduk dulu."

Mereka duduk di satu sudut restoran agak terpencil.

"Restoran ini terkenal dengan masakan Johor. Johari nak order apa? Makan pedas tak nak?

Johari hanya mengangguk. Dia agak terliur melihat gambar makanan yang terpampang di dinding restoran. Seorang pelayan datang.

"Apa itu Kacang Pool makcik? Kacang ke?" tanya Johari separuh berminat.

Dia tidak pernah mendengar nama masakan itu. Itulah pertama kali dia membaca dan melihat gambarnya.

"Itu masakan orang Johor. Roti Arab dimakan bersama kuah. Sedap. Johari nak?" tanya Zanna.

Johari mengangguk dan tersenyum. Zanna memesan makanan kepada pelanggan. Emaknya hanya membiarkan sahaja kawannya memesan makanan. Setelah pelayan berlalu pergi.

"Ha. Kenapa tiba tiba nak kerja. Bukan arwah suami kau ada pencen ilat dan rumah ke?" tanya Zanna.

Emak Johari terdiam sebelum menceritakan segala-galanya. Johari hanya mendengar emaknya bercerita. Emaknya sebak menceritakan perihal nenek dan bapa saudaranya. Sesekali emaknya sebak. Johari juga turut sedih melihat emaknya sebak. Apabila makanannya sampai, Johari makan. Emak dan kawan emaknya rancak bercerita. Sedap sungguh kacang pool yang dimakan. Malah dihirupnya kuah.

Setelah selesai menghirup kuah barulah emaknya habis bercerita.

"Tak guna betul abang ipar kau tu. Patutnya tolonglah janda dengan anak yatim. Ini sekaki sapu duit anak yatim. Tak tenang hidup dia tu besok."

"Apa nak buat. Kami ini mentimun. Tiada tempat mengadu. Nak mengadu dekat mak aku di Perak nanti sakit jantung pula. Biarlah aku iktiar pula."

"Tapi itu hak kau. Kau boleh lawan di mahkamah," nasihat Zanna.

"Entahla. AKu malas nak gaduh gaduh. Biarlah. Biar aku pergi."

"Takpelah kau isi borang dulu."

"Kau tolong aku cari rumah sekitar Bangi boleh?"

"Kau nak menyewa di sini? Maknanya anak kaupun bersekolah di sini?"

Siti mengangguk.

"Baiklah. Nanti aku tolong carikan."

"Aku ada masa sebulan sahaja lagi."

"Sebulan? Kejam betul mereka tu. Aku cuba. Tapi kau tahulah sewa kat Bangi ni memang mahal."

"Aku akan buat overtime. Aku akan cuba apa sahaja. Janji amanah arwah kepada aku terlangsai."

"Semoga kau tabah menghadapi liku liku kehidupan seterusnya Siti. Aku tak sekuat kau."

"Insya ALLAH. Tempat kau ada kerja kosong lagi?"

"Ada. Bahagian QC. Sebab bahagian itu majoriti pekerja tempatan lagi. Ketuanya Encik Shamsudin. Kau kenal kan?"

Siti hanya mengangguk.

"Ha Johari. Dah habis ke?" tegur Zanna.

Johari mengangguk.

"Sedap?"

"Sedap makcik."

"Nanti selalu Johari dapat makan benda ni. Johari bakal duduk di sini."

"Bangi? Tapi Johari bakal tinggalkan kawan kawan Johari di kampung."

"Johari. Demi amanat ayah... Kita perlu berhijrah nak, ingat tak apa ayah cakap? Jaga mak kan walau apapun terjadi?"

Johari hanya mengangguk.

"Sayang anak emak," kata emaknya lalu memeluknya.

���M+�0

Akak KembojaWhere stories live. Discover now