Bab 6

1.9K 92 1
                                    

Johari terduduk keletihan. Perabot telah selesai diatur. Manakala Pakcik Muaz suami Zanna sedang menikmati minuman yang dihidangkan oleh emaknya.

"Alhamdulillah. Selesai juga mengemas rumah kau. Sehari suntuk mengemas. Tinggal sikit lagi," kata Zanna.

"Itulah. Kalau takde kamu dengan suami kamu, tak tahulah siapa nak tolong aku. Patah pinggang aku agaknya nak susun balik perabot."

"Biasa je tu. Siapa lagi nak tolong kau kalau bukan kami. Tolong menolongkan amalaan mulia.

Eh! Kami minta diri dulu ya. Haripun dah nak Maghrib ni. Anak kami kat rumah tu apalah ceritanya. Tah tah dah macam tongkang pecah," kata Zanna meminta diri untuk pulang.

"Terima kasihlah kerana menolong kami berpindah. Kalau takde Zanna dan suami, entahlah," balas emak Johari.

"Takpelah. Betul kata isteri saya. Kalau orang susah kita kena tolong. Ini masa Siti. Esok lusa masa kami pula. Lagipun Kami minta diri ya dulu nak pulang," sampuk Muaz suami.

Mereka bangun untuk pulang ke rumah. Johari juga bangun dan menghantar mereka ke muka pintu.

"Kalau ada apa apa kau nak minta tolong, beritahu sahaja. Kat sini kau ada aku," kata Makcik Zanna.

"Aku dah banyak menyusahkan kau. Rasa tak terbalas pula budi kau ni," balas emak Johari.

"Menyusahkan apanya. Apa salahnya kita bantu membantu. Hari ini hari kau. Esok lusa hari aku pula."

"Terima kasih Zanna. Kaulah sahabat aku" kata emak Johari terharu lalu memeluk Makcik Zanna.

Johari hanya memerhatikan sahaja gelagat emak dan Zanna. Pelukan dilepaskan. Johari bersalaman dengan Muaz dan Zanna. Apabila Zanna memeluknya,

"Jaga emak baik baik. Jangan susahkan hati emak. Belajar pandai pandai. Balas jasanya bila besar nanti. Kamu anak lelaki Johari. Tanggungjawab kini di tangan kamu," bisiknya.

Johari mengangguk tanda faham. Pelukan dilepaskan.

"Balik dulu ya," kata Muaz lalu dia dan isterinya mula meninggalkan rumah Johari.

Mereka berdua melambai Siti dan anaknya. Mereka berdua suami isteri menunggu lif yang sedang turun. Mereka berdua memandang ke arah rumah emak Johari. Pintu telahpun ditutup.

"Sedih saya bang tengok kehidupan mereka berdua. Kenapalah nasib mereka berdua begitu bang? Patutnya keluarga arwahlah yang menolong mereka. Ini pindahpun buat tak tahu je," adu Zanna.

"Takpelah. Kita tak perlu masuk campur hal keluarga mereka. Apa yang kita boleh tolong kita tolong. Lama lama kehidupan mereka akan stabil. Sekarang mereka akan struggle sikit," pujuk Muaz.

Ting!

Bunyi lif menandakan pintu akan dibuka bila bila masa sahaja. Pandangan mereka tertumpu ke arah pintu lif.

"Skreeettt"

Pintu lif terbuka perlahan lahan. Apabila dibuka mereka terlihat seorang budak perempuan berambut panjang dan memakai gaun hitam di dalam perut lif. Mereka berdua masuk ke dalam perut lif. Budak perempuan itu tidak memandang pasangan suami isteri tersebut. Mereka berdua terhidu bau haruman bunga Kemboja. Pakcik Muaz menekan butang lif untuk menutup pintu.

"Skreeeetttt" pintu lif tertutup perlahan lahan.

"Kuat pulak bunyi pintu lif ni. Tadi tak berbunyi kuat begini. Takkan nak rosak kot?" kata Pakcik Muaz.

"Agaknya banyak kali kita angkat barang guna lif ni. Tu yang jadi macamni. Harap tak rosak. Minggu saya lihat rumah ni dengan kedua beranak tu... lif rosak dan sedang diperbaiki. Kasihan pula naik tangga 2 beranak tu. Sudahlah berada di tingkat 8. Jenuh nak naik tangga. Turun takpe," balas isterinya.

Pintu sudah tertutup. Muaz memandang ke arah budak perempuan di belakang. Wajahnya tidak kelihatan kerana budak itu menunduk. Bau haruman bunga kemboja menusuk hidungnya. Dia mula merasakan sesuatu. Lif mula turun.

"Abang ada bau sesuatu tak?" tanya isterinya.

Waktu inilah Muaz teringat kata kata arwah atuknya. Dia memandang semula isterinya dan membuat mimik muka supaya diam. Isterinya berasa pelik lalu membalas isyarat badan bertanyakan kenapa. Suaminya hanya membalas supaya terus diam. Zanna membuat wajah whatever lalu memandang semula ke arah pintu lif. Suaminya pula terus terkumat kamit membaca ayat ayat suci.

"Ting!"

Bunyi pintu lif menandakan sudah sampai ke paras dituju.

Pakcik Muaz berasa lega apabila lif sudah berada di tingkat bawah. Apabila pintu lif terbuka, dia terkejut kerana terlalu ramai orang ingin masuk ke dalam pintu lif. Mereka masuk tanpa mempedulikan Zanna dan suaminya untuk keluar. Berasak asaklah mereka berdua dengan mereka yang hendak masuk.

"Hello... Bagi laluan kami nak keluar dulu. Kenapa nak berebut rebut? Tahu undang undang ke tak?" tegur Zanna.

Suaminya hanya mendiamkan diri sahaja. Akhirnya mereka berjaya keluar. Zanna memandang pintu lif yang hendak ditutup dengan wajah menyinga. Dia marah kerana orang yang hendak masuk tadi tidak adapun perasaan bersalah bertolak tolak.

"Dah jom cepat kita ke kereta," ajak Muaz lalu menarik tangan isterinya.

Isterinya berasa pelik dengan tingkah laku suaminya.

"Abang ni kenapa? Kenapa tarik tangan saya ni? Biarlah saya marah orang tadi tu. Apalah."

"Jom sahajalah. Nanti awak tahulah kenapa. Jangan banyak bunyi," jawab suaminya tegas.

Zanna menurutkan sahaja kehendak suaminya menuju ke arah kereta yang dipakir. Sebaik sahaja sampai suaminya segera meluru masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin.

"Abang nak cepat ni nak pergi mana? Peliklah abang ni. Sudahlah tadi saya angin dengan manusia manusia yang masuk ke dalam lif tadi. Bagilah kita keluar dulu kalau yepun dia nak masuk.

Ini tak main rempuh je. Minta maafpun takde. Takde sivikpun! Takda adab!" omel Makcik Zanna.

Tanpa mempedulikan isterinya, suaminya mengambil CD Al Quran dalam peti simpanan dan memasukkan ke dalam pemain CD. Bacaan Al Quran mula berkumandang.

"Aik abang. Tak pernah pernah buka CD Al Quran... Tiba tiba mainkan pula. Dah buang tabiat?"

"Nanti kat rumah saya cerita," kata suaminya lalu mengundur kereta.

Zanna hanya terdiam sahaja.

Pelik! Getus hatinya. Apabila kereta dipandu keluar, Zanna perasan beberapa mata memandang mereka dari parkir. Zanna melihat ke arah mereka. Pandangan mereka sangat tajam.

"Siapa pandang kita bang? Semacam je?" tanya Zanna.

"Diam diam je. Awak dengar je bacaan ayat suci ni."

0F@&qv

Akak KembojaWhere stories live. Discover now