Kereta BMW Z4 milikku aku parking betul-betul kat depan tasik Titiwangsa. Wajahku aku raup beberapa kali sebelum duduk. Apa lebihnya Haizrill? Kenapa pula aku jadi macam ni sebab seorang perempuan macam dia? Melinda. Bilalah dia nak balik dari UK ni?Sejak dia pergi , aku rasa kekosongan yang dulunya terisi dengan kehadiran Melinda sudah diganti dengan Fif. Aku rasa aku boleh hidup tanpa Melinda. Tetapi semakin hari aku semakin bimbang jika aku benar-benar telah jatuh cinta kepada Fif. Aku tidak menginginkan perkara itu dari terjadi. Terlalu banyak janji yang telah aku tabur dengan Melinda.
Aku jugak tidak ingin melanggar prinsip yang aku pegang selama aku berkahwin dengan Fif. Tidak akan jatuh cinta dengan gadis yang bernama Nurafifah Alia Aqilla. Tidak sama sekali!
Aku dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitku yang ku letak di dalam poket seluar. Aku melihat nama papa tertera di skrin telefon bimbitku."Hello papa." Aku menjawab lemah panggilan itu.
"Mana kamu pergi? Papa nak kamu balik dengan Fif dalam masa 15 minit! Sekarang!!" Terus telefon ditutup. Apa? 15 minit sahaja? Macam mana aku nak sampai dengan Fif? Dahlah aku tinggalkan dia kat tepi jalan tadi! Aku cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan terus menuju ke tempat terakhir aku turunkan Fif tadi.
Aku melepaskan nafas lega bila aku terlihat Fif masih disitu dan sedang duduk. Terus aku memberhentikan keretaku tidak jauh dari dia. Risau juga kalau jadi apa-apa dekat dia.
Sebaik sahaja aku menghampiri Fif . Aku terdengar esakan halus datang dari Fif? Dia menangis? Mesti pasal aku. Aduh duh! Rumit hidup aku."Fif, jom balik. Arahan papa." Aku bersuara lembut tetapi tegas.
"Kau buat apa kat sini? Pergilah balik! Biarkan aku sorang kat sini." Fif langsung tak nak angkat muka pandang aku. Betul-betul marah ni!
" Jomlah balik!" Aku terus tarik lengan dia masuk ke dalam kereta . Degil sangat . Ni lah dapatnya.
Lagi kuat dia nangis kat sebelah aku. Adoii! Aku dahlah tak pro nak buat sesi pujuk memujuk ni! Ada juga yang kena kiss sebiji ni kang!" Dahlah! Tak payahlah nak nangis! Im sorry okey?" Hah , kan bagus tu , berhenti nangis. Comel je. Apa ni? hissh! Menyesal aku puji tadi. Tarik balik , tarik balik kenyataan aku okey?
Aku terus memandu dengan lajunya. Nanti kalau lambat mati aku. Papa tu boleh jadi orang yang menakutkan kadang-kadang!
Sebaik sahaja masuk ke perkarangan rumah, papa dah menunggu diluar rumah bersama mama. Aik ? Apahal ni? Fif sempat lap mata dia sebelum turun. Aku jalan bergandingan dengan Fif ke papa."Maaf pak , saya lewat. Ini bagasi tuannya Hafiz dan non Fif." Aku tengok bibik tu bawa dua beg besar. Apa yang papa cuba lakukan ni? Terus aku memandang papa meminta penjelasan.
"Kita akan ke Korea!! Cepat-cepat!" Aku dan Fif ternganga. Hah ?Korea?
"Why so sudden papa?" Aku tanya papa dengan riak muka yang masih kurang mengerti.
"Ikut ajelah! Lagipun papa nak tinjau syarikat kat sana. Dengar cerita jualan merudum sedikit. Bosan pergi sorang -sorang selalu. Tu yang ajak kau orang . Mama kamu ni pun dah tak sabar ni. jom gerak! Nanti lambat." Papa dah berjalan ke Lamborghininya.
"Pa , Fiz masih penat lagi ni. Papa tak penat ke? Boleh tak kalau kami tak pergi?" Awal awal lagi papa dah layang tanda tidak kat aku.
Aku pandang Fif meminta bantuan. Tetapi si gemuk ni langsung tak nak tolong. Siap ejek aku lagi. Adeh deh deh. Menyesal aku dok buli dia tadi."Tapi pa , saya tak ada baju sejuk.." Aku terkejut dengar cara dia bertanya seolah-olah bersetuju dengan cadangan papa. Ternganga aku.
Fif , aku boleh bawa kau lain kali lah. Jangan risau , tapi bukan sekarang okey? Alaa papa ni! Baru nak tinggal berdua dengan Fif. Bolehlah aku buli dia lagi. Ha ha ha!" Apa lagi Fiz !? Uruskan Fif!" Aku tersentak.
"Hah? Uruskan ? Apa yang nak diuruskan?" Pandanganku tuntas kearah papa.
"Pandai - pandai kamulah." Papa terus naik Lamborghininya . Aku ni dahlah malas nak drive , jadi aku naik kereta papa aje. Aku dihimpit oleh mama sehingga bahu aku bersentuhan dengan bahu Fif. Mama ni , banyak lagilah ruang kat sebelah sana . Kenapa perlu berhimpit-himpit? Papa dah tentu selesa duduk di hadapan sebelah tempat pemandu. Grr..
Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang KLIA , papa terus paksa aku bawa Fif pergi bagi duit kepada orang yang menjual pakaian sejuk. Ceh! Aku selak-selak dompet aku. Kad debit ada dua. Kad kredit ada dua.
Duit cash tak adalah banyak sangat. Adalah dalam tiga ratus. Hu hu hu.
Aku pandang Fif yang mengikutiku dari tadi asyik mendiamkan diri. Langsung tak nak cari gaduh dengan aku. Marah lagilah tu. Papa beri kami masa sejam sahaja. Minta-minta sempat.
Sementara mencari. Aku sempat menghantar mesej kepada Melinda walaupun mesej aku tidak pernah berbalas. Mungkin dia sibuk kut? Hu hu hu." Kita cari disana."Aku menunjuk kearah kedai yang dimaksudkan. Dia tidak menjawab langsung. Buat habis air liur aje bercakap dengan dia ni tau.
Sebaik sahaja masuk ke dalam kedai baju tu , aku terus menuju kearah pakaian untuk musim sejuk. Macam-macam baju aku pilih untuk dia. Tapi dia masih lagi buat dunno aje. Dia yang nak pakai aku yang perlu bersusah payah."Nah pergi cuba pakai ni.." Aku melemparkan pakaian dalam wanita ke Fif. Hah! Terkujat kau. He he he.
"Hei apa ni?!"
"Kau saiz err.. hurrrmm.."Aku saja mengusik Fif. Mataku tuntas merenung ke .. err.. Ini hanya usikan okey?! Tapi oleh kerana dia dah halal untuk aku , ada juga rasa tergoyah. Argh! Aku mesti hentikan perasaan ni!
"Fiz!" Aku terus ketawa sakan. Muka dia dah memerah . He he he.
"Aku tahu , kau saiz .. err... 32? Cup B." Dia terus membaling pakaian dalam yang siap ada riben tu kemuka aku. Ha ha ha! Marah le tuu.
"Kalau kau tak nak beri kerjasama , aku buat lagi macam tu. Cepatlah! Kita tak ada masalah! Kau juga yang setuju dengan plan papa ni." Aku dah buat muka bengkek. Terus bercahaya muka aku bila dia datang dan pilih baju.
"Kau punya passport masih valid lagi ke tak?" Aku tanya dia. Dia angguk aje.
"Papa memang selalu barukan passport aku , senang kalau nak pergi melancong katanya. Tapi tak pergi mana-mana pun." Aku hanya mendengar sahaja dia berceloteh. Daripada berdiam baik macam ni.
Aku sempat memilih sehelai dua baju sejuk juga. Aku pasti bibik pasti masukkan baju sejuk aku yang dah lama dan dah lapuk tu sekali.
Setelah membayar kesemua sekali baju-baju yang aku dan dia pilih , kami terus bergegas kembali ke ruang menunggu."Hah , dah balik pun. Mana baju Fif tu?" Mama tanya. Aku terus hulur kat mama. Mama yang memasukkan baju-baju Fif ke dalam bagasi Fif.
"Jom gerak sekarang." Aku mengeluh lagi sebelum masuk ke dalam balai berlepas. Adoii , malas betullah! Tak habis lagi dengan penat uruskan construction dalam keadaan paksa. Papa ni aktif betul! Kalau aku , tak kuasa aku nak pergi lepas dah penat berhari-hari di tapak pembinaan yang penuh dengan debu dan bunyi yang membingitkan.
Aku terjaga ketika terasa kepalaku sudah mendarat di bahu seseorang. Aku tidak terus membuka mata , aku menjeling kepada tuan punya badan yang kelihatan kaku dan menggigil. Ha ha ha! Apa masalah Hafiz ni sebenarnya? Aku tengok dia tak habis -habis cuba menolak kepala aku.Tapi tiada satu pun cubaan dia yang berjaya.
"Fif , kau tahu tak kau dah buat aku macam patung dah kat sini? Nak gerak tak boleh? Yang jantung ni pun satu , tak habis-habis nak pam darah lebih. Asyik nak buat kerja lebih masa aje. Aku nak tolak kau , kang kau terhantuk kat tingkap kang , buat niaya anak orang aje. Tapi tak tolak , alamatnya kekejangan ototlah aku sekejap lagi." Aku nak ketawa aje bila dia cakap macam tu. Walaupun menggunakan bahasa 'kau' dan 'aku' . Tetapi entah macam mana cara dia cakap sungguh lembut sehingga boleh menaikkan bulu roma. Ha ha ha! Err.. apa-apa ajelah.
Aku terus sambung tidur dengan damainya di atas bahu dia. Bukan main kaku lagi badan dia. Sampai boleh sakit tengkuk. Hu hu hu. Cuba duduk betul-betul?
YOU ARE READING
Protect The Boss (MalayNovel)
RomanceTengku Hafifi Hafiz - Nurafifah Alia Aqilla? Gadis yang brutal. Hobi utama, 'melipat' orang. Jika diberi pilihan, dia lebih rela digelar teruna tidak laku daripada bergelar suami kepada perempuan yang sering membuatnya meluat dan benci! Nurafifah Al...