31

11.2K 423 3
                                    

"Something fishy here." Emil bersuara. Aku terus memandang Emil. Tidak sangka dia pun fikir apa yang aku sedang fikirkan.

" Aku pun rasa macam tu. Fif tak pernah cerita yang dia ada abang walaupun Fakhri tadi tu abang tiri Fif ."

"Pergilah tengok dia. Aku rasa dia nangis tu. Tadi aku tengok mata dia bergenang dengan air mata." Statement Emil berjaya memancing minat aku untuk memandang lebih lama lagi muka kawan aku yang tak berapa nak center kadang-kadang ni.

"Dia nangis ke?" Aku tanya dia balik. Tadi tak perasan pun?

"Kau ni , Ya Allah . Kenapalah orang macam kau ni nerd sangat pasal perasaan? Tengok macam aku ni berperasaan tau. Tak macam kau tak ada perasaan"

"Hey , hey . Kau tu pencinta wanita memanglah banyak perasaan ."

"Habis kau tu bukan pencinta wanita? Lagi ramai dari aku tau." Emil mematahkan semula serangan aku. Ceh! Bangga lah tu dah dapat buat aku speechless.

"Blah ar kau." Aku terus menumbuk lembut bahu Emil seraya mengejar langkah Fif. Aku terhenti di muka pintu tandas perempuan dan berkira-kira ingin masuk ke tak. Karang kalau aku masuk , orang kata aku psiko ni kang.

"Kenapa kau tak pernah tinggalkan hidup aku? Masih lagi nak menyeksa aku?" Butir bicara yang keluar dari bibir Fif tu membuat aku tergamam. Terus sahaja aku masuk setelah terdengar esakan halus.

"Fif? Fif?" Lembut sahaja aku memanggil .

"Ya Allah Fif! Kenapa dengan tangan ni?" Aku terkesima melihat kesan lebam dan darah di pergelangan Fif.

"Tak ade apa-apalah , tadi aku .. aku.."

"Fakhri yang buat kan?" Aku bertanya secara direct .Seperti yang aku jangka , Fif kelihatan terkejut dengan tekaanku. Fif tak pandai berbohong , air muka dia yang macam ni loading tak sesuai untuk jadi orang yang pandai berbohong. Hu hu hu.

Tiba-tiba aje Fif menggigit bibir dan spontan air mata jatuh satu persatu dari tubir matanya.

"Fif , kita pergi klinik ya?" Aku memujuk seraya menyeka air mata Fif. Fif hanya menggeleng.

"Hafiz , kita balik ya?" Lama aku memandang Fif . Lambat-lambat aku mengangguk. Terus aku bangunkan Fif yang memang dari tadi dah terduduk di sudut tandas tu.

Pergelangan tangan Fif aku cover pakai sapu tangan aku sahaja. Nampak sakit sangat , sampai aku nak pegang pun takut-takut. Masih banyak lagi perkara yang dia rahsiakan dari aku ni. Dan aku pasti akan mengorek lagi tentang masa silam Fif.

Aku berjalan dibelakang Fif sambil mengawasi langkah Fif yang kelihatan kaku seketika. Tadi okey aje?

"Fiz .." Aku terus menghadap Fif. Janganlah kata yang dia nak pengsan lagi macam hari tu. Boleh kena heart attack aku.

"Macam nak makan dulu. Aku lapar. He he he." Aku tersenyum aje seraya mengangguk. Tu je? Ingatkan apa tadi. Biasanya kalau apa-apa nak jadik mesti Fif dah bagi petanda awal. Dia nak pengsan pun dia cakap , ' aku dah tak tahan' . Terbaiklah Fif!

Aku terus berjalan disamping Fif. Tanganku sudah menjalar ke pinggang Fif.

"Hafiz jangan gatal boleh tak? Public ni." Aku hanya tersenyum aje .

"Aku gatal pun dengan kau aje , sayang." Bisikku di telinganya seraya menarik tubuh Fif rapat dengan tubuhku.

"Jet 'aime." Minta-minta dia cubalah fahami apa yang aku ingin sampaikan . Fif tersenyum.

"Apalah kau ni?! Nak ajak aku memancing ke kat Jeti Amer tu? Boleh aje. Jom , aku tak de masalah pancing-pancing ni." Sekali lagi aku menepuk kepala. Dahlah , malas aku nak luah perasaan lagi dengan dia. Merajuklah macam ni! Huh.

"Loadingnya kau ni kan?" Fif tertawa pula seraya mengangguk. Ek? Fif ni kena sampuk ke? Apa Fakhri dah buat kat dia sampai boleh tak center macam ni? Aku terus menggeleng sambil tersenyum.

"Ha'ah , pancing ya Fif? 'Bagus' betul daya pendengaran kau ni." Sambungku lagi.

"Ha ha ha! Tahu tak pe." Wahh , dia betul-betul dah tak berapa nak center lagi dah ni! Nak kena format balik otak dia ni.

Aku menggeleng-geleng sebelum duduk. Emil tersenyum melihat Fif sebelum membuat muka detektif . Ha ha ha!

"Woi , woi. Tak payah pandang lebih-lebih." Aku menendang kaki Emil. Emil hanya tergelak sebelum mengalihkan pandangan. Fif pula menjamah burger nya dengan lahap sekali.

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now