8

12.9K 484 6
                                    


'Dear muka buku , aku rasa macam nak bunuh orang. Somebody get me a chainsaw now!'
Aku terus tekan kat button share . Hah , tak sampai beberapa minit ada orang dah like. Yang like tu semua blind scandal aku. He he he. Maksudnya, dia orang tu semua pernah usyar aku tapi aku tak layan. 'Kapel tu haram!' Eceh! Aku pula yang menegahkan tu semua. Yang aku couple couple masa kat masterskill tu boleh pula. He he he .

Sebaik sahaja boss melintas di hadapan aku , cepat-cepat aku padam tabs tu dan berlakon konon-konon rajin. He he he. Padahal boss tak pandang aku pun. Aku menimbang-nimbang samada nak laya
n muka buku ataupun buat kerja. Dilema!

"Muka buku didahulukan , pekerjaan diutamakan. He he he!" Aku cepat-cepat buka balik muka buku aku.
Sambil buka Facebook sambil buat kerja. Kan mulia tu? Eceh! He he he .

Aroma Nescafe menusuk ke hidung setelah aku menyuakan hidung aku betul-betul kat atas cawan Nescafe aku . Nescafe memang tiada tandingan. Number one! He he he.

Aku pandang sekeliling. Semua dah pulang. Tinggal aku dengan kak kerani je. Inilah padahnya bila dah terpengaruh dengan laman sosial yang macam ni. Hu hu hu. Aku pula boleh tak perasan yang dokumen yang bos suruh aku semak tu untuk mesyuarat esok? Nak bernanah dah mata ni baca satu-satu ayat yang tercetak kat situ. Bukan main banyak salah lagi! Ni mesti kerja si Hafiz! Grr!

Jarum jam sudah tepat berada di nombor 9. Aku masih di sini menghabiskan kerja. Dalam perjanjian tu , pukul sepuluh mesti dah ada kat rumah. Terkocoh-kocoh aku mengemas barang-barang kat atas meja. Aku perlu bawa balik dokumen ni dan lakukan kerja aku dirumah sahaja.

Setelah memastikan meja aku kemas, aku terus berlari ke pantri dan letak mug Nescafe tadi dalam sinki .

" Kak! Orang balik dulu! Papai!" Aku jerit kat akak kerani yang nun jauh disana , lebih kurang 13 meter dari meja kerjaku.

"Ye la. Baik-baik bawa motor!" Akak tu jerit balik kat aku. Aku mengangguk aje. Malas nak cakap lebih-lebih. Cepat-cepat aku turun ke basement . Dokumen tadi aku masukkan kat dalam but dalam motor aku. Takut terbang ke , hujan secara tiba-tiba ke , salji ke? Ha ha ha! Apa punya alasan daa?

Baru sahaja aku hendak menghidupkan suis motor , kepalaku bagaikan dilanggar satu gelombang yang kuat sampai boleh buat aku terawang-awang. Cepat-cepat aku tongkatkan balik tongkat skuter aku. Sebelah tangan aku masih setia kat suis motor. Sebelah lagi sudah mula memicit kepala yang berdenyut-denyut tanpa henti. Ni bukan migrain , desis hatiku. Aku kenal sangat dengan migrain , migrain biasanya hanya akan menyerang sebelah kepala sahaja.

Tetapi kali ni seluruh anggota aku terasa kaku dan kepalaku teramat-amatlah sakit. Serentak aku mengeluarkan air dan panadol dari dalam beg.

Lepas lima minit aku berehat setelah menelan panadol , baru aku rasa sedikit lega. Aku hidupkan balik suis motor dan dengan kelajuan 60 km/j aku pecut pulang ke vila. Walaupun sudah sedikit lega , tapi kepala masih berdenyut-denyut.

Aku terasa lega bila skuterku sudah memasuki kawasan perumahan orang kay-kay (kaya-kaya). Hu hu hu. Aku tengok pintu pagar terbuka. Ni mesti boss atau si Hafiz keluar . Kalau tak , sampai nak terkeluar anak tekak baru nak buka pintu kalau tiap-tiap kali aku pulang.

Baru sahaja aku nak pecut masuk ke dalam perkarangan rumah boss , tiba-tiba 'gelombang' tadi datang lagi. Serentak tangan aku jadi lembik seraya badanku terhumban ke sisi pagar. Skuter aku , err aku tak pasti dia pergi mana.

Mata aku semakin layu. Mukaku berkerut-kerut menahan sakit dikepala dan kaki yang terseret. Kesakitan yang menjalar ke segenap tubuhku membuatkan rongga pernafasan aku begitu sempit.
Lampu depan rumah terang -benderang tiba-tiba. Aku yakin pasti ada yang perasan bunyi dentuman yang motor aku keluarkan semasa aku jatuh tadi.

"Ya Allah! Abang! Abang!!" Jerit mama. Ya , aku kenal suara mama.

"Fif , macam mana boleh jadi macam ni nak?" Mama memanku kepalaku yang berdenyut-denyut. Rambutku menutupi separuh wajahku.

"Jatuh sikit je ni ma." Aku berbasa-basi. Nak cakap pun tak larat. Dahlah nafas sesak semacam je!

"Sikit Fif cakap? Kaki sampai luka-luka ni. Tangan calar balar. Kita pergi hospital ya?" Mama memujuk. Mama tahu aku ni jenis liat nak menjengah tempat yang berbau ubat tu.

"Kenapa Sarah?" Suara boss kedengaran.

"Ni hah , cube awak panggil suaminya Fif? Awak tu bukan muhrim . Takkan nak angkat Fif ni?Saya tak larat." Mama ni , adoiiyaii! Janganlah , saya boleh bangun sendirilah. Aku cepat-cepat berusaha untuk bangun. Sayangnya usaha aku tak membuahkan sebarang hasil kerana teruk dihambat dengan rasa sakit.

"Kejap. Kejap saya panggil Hafiz." Boss berlari-lari anak ke dalam rumah.
Tidak lama kemudian Hafiz keluar dengan joystick kat tangan dia berwarna putih. Ni mesti main PS3 ni! Macam kanak-kanak!

"Kenapa ni?" Dia pula tanya. Lepas sorang , sorang tanya naik penat aku menjawab. Aku buat diam je , tak layan pertanyaan dia. Hu hu hu.

" Tak nampak ke bini kamu ni kemalangan?" Mama dah mula nak membebel. Hafiz mendekatkan muka dia ke wajahku.

"Boleh bangunkan? Membazir masa aku je." Hafiz menunjukkan muka jengkel. Aku pun tak nak kau bantu akulah beb! Aku mencuba untuk bangkit .

"Auw.." Aku mengerang perlahan. Sah , kaki aku memang dah terseliuh aku rasa. Minta-mintalah terseliuh kan? Kalau patah , tak ke hangus aku kena duduk rumah aje.

"Dah , kan kamu tak boleh bangun."Mama paksa aku duduk balik.

"Hafiz.." Papa dah meleretkan suaranya. Hafiz yang sudah sampai ke daun pintu rumah berhenti . Mesti dia dah masak sangat dengan sikap boss. Bila boss dah mula meleretkan suara macam tu maksudnya boss dah nak marahlah tu.

"Ye la. Ye la." Hafiz terus berpaling dan serahkan joystick dia kat boss. Boss senyum je. Puaslah hati dia tu. Hu hu hu.

"Mari sini." Sekelip mata sahaja aku dah ada dalam dakapan Hafiz. Terbau-bau haruman Bvlgari Aqva yang melekat di baju dia. Tak mandi lagilah tu. Baru aku perasan yang dia masih memakai kemeja yang dia pakai ke tempat kerja tadi.

"Papa drive" Boss dah tawar diri. Hafiz yang dari tadi buat muka masam hanya mengangguk.
Mama duduk di depan manakala aku dan Hafiz duduk kat belakang. Boss pula jadi pemandu. Merengkot-rengkot badan aku menahan sakit di kepala lagi. Hafiz tersepit di bahagian tepi pintu kerana memberi ruang untuk aku membaringkan badan.

" Meh , baring kat sini." Tiba-tiba je dia bersuara. Dari tadi dia asyik pandang ke luar tingkap aje.

"Ape angin pulak ni?" Suara aku tersekat-sekat. Dia langsung tak jawab. Aku terus angkat kepala aku naik atas riba dia.
Aku dah tak tahan ! Siap menangis lagi. Hu hu hu. Sakit tau. Aku teringat masa arwah mak masih hidup dulu . Dia selalu usap kepala aku kat atas riba dia bila aku sakit kepala. Tapi dulu-dulu tak adalah sampai sekronik ni.

"Boleh tolong aku urut kepala aku?" Aku tanya dia. Tiba-tiba muka aku memerah sendiri. Apa ni?! Ini namanya tindakan menjatuhkan maruah sendiri. Hu hu hu. Aku bertambah malu bila dia tak beri respon. Malunya..

Tiba-tiba tangan hangat itu mengusap-usap kepalaku. Aku memejam mata. Mukaku sudah membahang. Nampak sangat aku sedang segan!

Tiba-tiba kereta boss berhenti mengejut. Aku dan Hafiz sudah terdorong kedepan. Nasib baik Hafiz sempat peluk aku, kalau tak aku dah terperuk dah kat bawah.

Mata kami saling bertentang. Lama. Jantung aku berdegup kencang. Mata yang redup itu nyata memberi satu sentimen asing ke dalam tubuhku.

"Sorry , ada orang gila bawa kereta pulak!" Suara boss mengejutkan kami. Dia terus memalingkan kepalanya ke tingkap semula. Aku pula menutup mata dan memalingkan wajah juga.
Usapan di kepalaku berubah rentak. Tangan dia yang tadi hangat tiba-tiba jadi sejuk. Usapannya tidak sekata macam tadi. Macam kelam-kabut sedikit. Adakah dia juga merasa apa yang aku rasa?

Protect The Boss (MalayNovel)Where stories live. Discover now