Sepanjang penerbangan yang mengambil masa dua jam itu , aku tengok Fif dah macam cipan dah. Pusing sana , pusing sini. Kejap-kejap bangun pergi tandas lama-lama , baru keluar. Naik risau aku . Dia ni apasal? Masa nak pergi hari itu , nampak cool aje. Hari ni pula macam orang makan cuka muka dia." Kau ni apasal Fif?" Aku tanya dia. Dia tak jawab lagi. Ceh! Aku kiss baru tahu nak bersuara agaknya. He he he , patutkah aku..? Hafiz! Control yourself! Aku memarahi diriku.
" Fif , kamu okey ke tak ni?" Papa pulak yang tanya. Fif senyum sikit sambil angguk. Betul kejam , aku tanya angguk tak , menjawab jauh sebatu!
Mama melekapkan tangannya di dahi Fif. Berkerut muka mama.
"Fif , kamu demam ke?" Mama tanya Fif , aku yang sedang menolak troli ni cepat-cepat menarik tangan Fif. Sejuk! Betullah ni demam. Aku tak berani nak pegang kepala dia pulak. Dibuatnya dia marah ke , meroyan ke? Sia -sia aje aku patah pinggang di petang yang tak berapa nak indah ni.
"Tak adalah mama , biasalah tu . Perubahan cuaca kut." Wah , panjangnya ! Dengan aku? Satu butir huruf pun tak terluah . Betul kejam.
Lepas mama nasihatkan dia makan ubat nanti. Dia cuma mengangguk aje.
Kami menunggu Hanan menjemput kami di lapangan terbang di ruangan menunggu. Ala , yang ada kerusi banyak-banyak tuu. He he he.
"Ma , Fif nak pergi cari panadol boleh tak? Sementara kita menunggu ni?" Aku terus memandang Fif. Hurrm , dia demam ke , dia sakit kepala ni?
"Pergilah. Fiz , temankan isteri kamu ni." Mama menolak aku. Aku dan papa berpandangan. Papa pun sama , dia juga mengarahkan aku untuk pergi menemani Fif. Sebenarnya , kalau mereka tak suruh pun aku akan temankan dia. Aku tak sedap hati pula nak biarkan dia seorang diri. Nanti jadi apa-apa susah aku. He he he.
Aku ikut dia dari belakang. Biarkan dia jalan dulu. Nanti dia marah aku pula jalan dekat-dekat dengan dia.Sakit betul hati aku. Ha ha ha!
Tiba-tiba telefonku menjerit minta diangkat. Aku pantas menekan punat maya di skrin telefon bimbit yang dari tadi memangku pegang. Rasa bersalah pula bila aku marah Fif sebab ambil telefon ni sesuka jiwa dia aje. Aku tak sepatutnya marah dia kan?
"Hello , Hafiz speaking. Siapa ni?"
"Fiz , kau tak ingat aku lagi ke?" Suara dihujung talian tu berjaya membuat mataku terbeliak!
" Jap , jap . Ni Emil kan? Muhammad Emil Azhar bin Dato' Shahril?! Betul tak?!" Aku dah mula excited. Kawan lama tu! He he he.
" Alhamdulillah kau tak lupa aku. Ingatkan kau dah lupa. Maklumlah , sejak aku pergi jadi NGO ni , kau bukan nak skype ke , calling calling ke. Penat aku tunggu 'awek' aku sorang ni." Aku ketawa besar.
"Macam mana aku nak call . Kau kerja pun kat Somalia. Bengkek aku nak contact kau. Lain kali pergilah tempat yang tak berapa nak terpencil."
"Elleh! Lu cakap manyak lah! Aku tak kira , esok jangan lupa datang rumah aku. Ada kenduri sikit. Aku nak sunat." Serentak tawa kami bergabung.
"Ha ha ha , banyaklah kau. Apahal nak kena datang pulak ni?" Aku tanya dia balik.
"Kan aku baru balik ni , jadi parent kesayangan aku terasa sangat-sangat bersyukur . Jadi dia orang buatlah kenduri yang bernama kesyukuran untuk aku. Ngek lah kau ni! belajar sampai UK pun otak boleh loading." Aku angguk-angguk. Owh , baru faham. Baru sahaja aku nak menyambung perbualan . Aku tengok Fif dan berhenti jalan. Sikit je lagi aku nak terlanggar dia. Aku tengok kiri kanan , kedai kat depan sana. Kenapa dia berhenti?
" Fiz." Fif panggil aku sambil berpaling ke belakang. Pucat lesi muka dia. Aku dah mula risau.
"Emil , kita sambung balik kejap lagi." Aku terus mematikan talian.
"Kenapa ni?" Aku tanya dia sambil goncang bahu dia. Dah mamai semacam. Tangan dahlah sejuk gila. Orang ramai pula bersesak-sesak kat sini.
"Aku dah tak larat.." Sejurus dia menghabiskan ayat dia. Dia terus jatuh pengsan. Terkejut beruk aku. Nasib baik sempat sambar dia. Dup dap dup dap. Hati aku dah mula main drum dah.
"Fif! Hei , janganlah takutkan aku. Bangunlah." Orang keliling semua dah berhenti mengerumuni kami. Aku dah tak ada alternative lain , cepat-cepat aku kendong tubuh kecil Fif .
Papa dan mama nyata terkejut melihat Fif yang dah lembik tak bermaya dalam dakapanku. Aku terus minta diri pulang dahulu.Kalau nak tunggu Hanan , memang lagi kroniklah keadaan Fif.
" Terus beri dia rehat bila sampai rumah nanti. Tuam sikit kepala dia. Panas!" Mama sempat beri nasihat kat aku yang dah terkocoh-kocoh mencari teksi ni. Depan airport ni , teksi memang banyak. Pilih aje yang mana satu. Untuk keselesaan Fif , aku memilih sebuah limo.
Dalam kereta , Fif sempat lagi meracau. Aku tak tahu apa yang dia lalui sepanjang hidup dia selama ni. Yang aku tahu , hidup dia tidaklah seindah hidup aku. Aku lahir-lahir aje , terus lari dalam dulang emas. Ha ha ha! ' Gilak' nampak sangat tipu.
Tangan aku tak boleh berhenti dari mengusap pipi Fif. Dia taklah seteruk mana. Walaupun dia ni macam lelaki , tetapi aku tahu, dalam hati dia ni ada wonderland he he he. Bila tengok dekat-dekat macam ni , nampak comel pulak.
YOU ARE READING
Protect The Boss (MalayNovel)
RomanceTengku Hafifi Hafiz - Nurafifah Alia Aqilla? Gadis yang brutal. Hobi utama, 'melipat' orang. Jika diberi pilihan, dia lebih rela digelar teruna tidak laku daripada bergelar suami kepada perempuan yang sering membuatnya meluat dan benci! Nurafifah Al...