Gara-gara kejadian subuh tadi , seluruh keluarga aku tak dapat tidur lagi selepas solat subuh. Termasuklah aku.
Malang betullah. Aku bolehkan termimpi pasal Melinda tidur bersama dengan aku. Tak pasal-pasal Fif kene tempias air liur aku masa aku jerit tadi. Ha ha ha!
Bila cerita pasal kejadian subuh tadi , aku teringat pula pasal sesi meluah perasaan antara aku dan Fif. Haiih , menyesal pulak aku tak cakap bahasa melayu terus. Aku bukan tak nak cakap. Cuma.. err. Cuma. Aku rasa aku masih lagi ego. Kalau boleh , aku nak Fif yang meluahkan perasaannya dulu. Barulah aku rasa aku tak bertepuk sebelah tangan.
Cerita pasal Fif , sekarang baru aku pasti. Dia tu memang orang yang paling loading pernah aku jumpa. Aku rasa , orang lain mesti dah faham apa yang aku cuba lakukan. Tapi dia? Siap boleh cakap jeti Amer lagi. Waa. Sedihnya!
Aku melipat surat khabar yang aku renung tanpa memasukkan waima satu pun huruf dalam surat khabar tu ke dalam otak aku. Hu hu hu.
"Awal bangun. Ingatkan hari ni cuti. Hari bersejarahlah katakan." Papa dah mula dengan aktiviti mengusik dia. Aku mengeluh.
"Mana ada papa , tak jadik pun. Hish. Papa ni , cubalah fikir pasal tender baru yang bakal Fiz grab nanti?" Papa mengangkat kening.
"Tak nak , nak cerita pasal tu jugak." Aku dah ketawa. Ha ha ha! Kenapalah aku rasa yang aku dengan papa ni macam bukan anak dan bapa? Papa ni memang langsung tak ada macam seorang papa. Ha ha ha! Sporting habis!
" Awak ni. Tak ada kerja ke? Dah , dah cepat makan. Pergi kerja. Hah , Fiz , mama kalau boleh nak pinjam Fif kamu tu. Kalau boleh , dia jangan kerja mulai lusa sampai hari langsung nanti." Aku terus memokuskan pendanganku ke arah mama.
"Kenapa ma?"
"Tak adalah , sebelum buat resepsi macam ni , mama ingat nak biarkan Fif manjakan diri dia tu. Bolehlah berkenalan dengan kawan mama. Alaa , yang pemilik spa tu." Aku mengangguk-angguk. Baiklah , untuk melihat Fif cantik aku izinkan. Ha ha ha! Apa punya alasanlah macam tu kan?
"Tapi ma . Urm.." Aku menggaru-garu kepala. Dalam masa dua tiga hari ini , banyak mesyuarat yang melibatkan aku dah Fif. Sebenarnya tak ada Fif pun tak apa , tapi kalau tak ada dia , kalau aku dapat tender tu pun , aku rasa kosong. Kalau ada dia , mesti dia buat lawak ke , bagi aku kata-kata semangat ke. Ucap tahniah kat aku ke?
Kebetulan final meeting tu akan dibuat dalam masa terdekat ni . Mungkin hari rabu atau khamis? Entahlah. Esok pula khas untuk pengenalan. Aku harap-harap pesaing aku tak lah hebat sangat . He he he .
" Tapi apa?" Soalan mama mengembalikan aku ke dunia asal.
"Hurm , boleh tak mama pinjam Fif start hari ahad ni? Fiz , banyak kerja lagi yang memang perlukan pertolongan Fif." Mama dah menjelingku.
"Elleh , kerja dalam bilik laa tu." Papa dah ketawa sakan.
"Apa mama ni. Mana ada , Fiz seriuslah." Mama mengangguk sambil senyum.
"Ye la. Ye la. Hujung minggu ni ye? Kalau tak kasik jugak , siaplah." Aku tersenyum aje.
"Fiz , bolehke kamu siapkan kertas kerja kamu tu kurang dari sehari?" Aku terus mengangguk dengan cepat. Mungkin boleh. Sebenarnya , aku dah ada banyak sangat idea dalam kepala ni. Semua idea aku tu aku zahirkan kat telefon bimbit aku aje.
"Boleh , jangan risaulah. Okey papa?" Aku terus bangun setelah melihat Fif turun dari tangga dengan tergesa-gesa . Kan dah lambat? Bergayut lagi dengan Mia yang sekarang ni MC kena gigit katak. Ha ha ha! Tergolek-golek aku ketawa bila terdengar Mia cakap yang dia MC hanya kerana digigit katak. Mungkinkah ianya katak terbang? Yang warna emas tu. Alaa , yang menakutkan tu. He he he!
" Papa , mama . Fiz gerak dulu." Aku terus menyalami mama dan papa sebelum disusuli Fif yang tampak comel dengan kemeja bergaris warna putih hijau dan skirt labuh berbunga-bunga kecil.
"Fif pergi dulu , ma . Papa tak kerja ke hari ni?"
"Tak , papa EL . Tak kuasa nak pergi kerja hari ni. Boleh kena penyakit sakit jantung kalau duduk satu syarikat dengan si Hafiz ni." Aku dah tertawa. Apalah papa ni , ada aje nak buat cerita kartun dia tau.
"Oh . okeylah , kalau macam tu kami pergi dulu!"
"Okey , hati-hati. Jangan tengok kereta tapi bawak kereta! Iya?" Sekali lagi aku tergelak. Aku menggeleng-geleng sambil tersenyum.
"Dia ni .." Mata aku terus terarah ke Fif yang sedang merapikan kot dan tali leherku. Aisshh! Fif , cukuplah kau buat aku terkesima masa kau tiba-tiba peluk aku tadi. Takkan nak beri aku masuk hospital kot? Hu hu hu.
'Tap , tap , tap .' Masuk kali ni , dah lima kali aku mematahkan jari jemariku. Jam yang terlilit di tangan dah lima kali aku tenung. Lagi sepuluh minit tepat pukul dua belas tengah malam.
" Kopi . Rehatlah dulu. Wah.. Bukan main kusyuk lagi buat kerja tu." Aku mengangkat kepala. Fif yang sedang membawa dua mug tu , aku renung. Wah , kurang penat bila tengok dia.
"Terima kasih." Aku cuma membiarkan air kopi yang Fif buat sejuk sendiri di atas meja kerjaku. Memang tak ada mood nak minum. Sedikit lagi , sedikit sahaja lagi habislah penderaan ke atas diri aku hari ni. Hu hu hu.
Aku cuma membiarkan Fif melakukan kerja dia di atas meja kaca yang dikelilingi sofa. Sesekali terdengar Fif terbersin. Terkadang , dalam pada dihambat kerja yang tak pernah surut , aku selalu mencuri pandang Fif . Aku dah tak boleh lari lagi dah dari mencintai budak loading ni. Hu hu hu.
"Kerja aku dah siap. Kerja kau belum lagi kan? Ada apa-apa yang kau nak aku tolong?" Aku terus mengangkat wajah.Aku terus tersenyum seraya menggeleng.
"Dah nak siap dah pun. Jangan risau. Esok kita cuma akan present aje." Aku terus sambung semula kerja yang tertungguk. Fif dan duduk kat sofa semula.
YOU ARE READING
Protect The Boss (MalayNovel)
RomanceTengku Hafifi Hafiz - Nurafifah Alia Aqilla? Gadis yang brutal. Hobi utama, 'melipat' orang. Jika diberi pilihan, dia lebih rela digelar teruna tidak laku daripada bergelar suami kepada perempuan yang sering membuatnya meluat dan benci! Nurafifah Al...