"Wah , 15 minit kau tu 'sekejap' sangatkan Fiz?" Hafiz dah tergelak. Aku mengambil tempat di sebelah Hafiz. Riuh kawasan Mc Donald dua puluh empat jam itu dengan sorakan peminat-peminat bola.
"Fif , nak ikut aku tak pergi order?" Hafiz bertanya tanpa memperdulikan Emil yang memandang dari tadi. Sebenarnya , Emil tahu apa masalah kami. Jadi , kami akan bercakap secara biasa apabila berada di hadapan Emil.
" Tak naklah , malas. Aku nak cheese burger aje tau." Hafiz terus mengangguk seraya bangun bersama Emil pergi meng'order' makanan. Aku membelek-belek semua game yang ada dalam telefon bimbitku. Bila bosan-bosan macam ni best main game he he he.
"Aqilla.." Terus mataku terbuka. Suara ini. Desah nafas di tepi telingaku membuat ku kaku. Fakhri. Tiba-tiba rasa macam hendak menangis. Apa yang dia buat di sini. Ya Allah. Kau selamatkanlah hambamu ini Ya Allah.
"Lama kau hilang?" Fakhri sudah mengambil tempat disisiku. Aku terus membekukan diri tanpa sebarang jawapan dari bibir.
"Mana kau pergi dik? Lama abang cari kau." Aku masih tidak memandang wajah Fakhri. Pendek kata masih beku macam tadi.
"Aku tanya . Mana kau pergi?! Itu pun susah ke nak jawab?!" Suara keras Fakhri memenuhi ruang pendengaranku. Serentak pergelangan tangan aku digenggam kuat. Aku hampir sahaja menyeringai kerana menahan sakit apabila kuku-kuku panjang Fakhri seolah-olah mencarik-carik tanganku.
"Kau nak apa dengan aku Fakhri? Hutang kau buat semua aku yang bayar. Tak cukup lagi ke kau nak dera aku Fakhri?"
"Dik , abang tak akan berhenti dera adik sampai abang puas tengok adik menderita."
"Abang jenis apa kau ni hah?" Aku dah mula melawan. Fakhri naik hantu. Tangan aku yang digenggam tadi dipatahkan kebelakang. Aku dah mula menyeringai menahan sakit. Ya Allah sakitnya.
"Nasib baik kat sini public dik. Kalau kat tempat abang , lagi teruk tau abang pukul adik." Aku sudah menggigil.
"Sayang ? Err siapa ni?" Hafiz menghampiri sambil meletakkan dulang yang membawa makanan warna coklat. Aku dapat melihat Emil sudah memandang Fakhri lain macam. Ditambah lagi air mata yang dah bergenang di pelupuk mataku yang sudah pastinya akan menimbulkan syak wasangka dari sesiapa pun yang memandang.
" Hai , aku abang tiri dia. Kan Aqilla?" Aku benci dia memanggil nama aku macam tu. Aku tidak memandang dia langsung.
"Ha'ah sayang , abang tiri Fif ni." Serentak Hafiz dan Fakhri bersalaman. Fakhri tersenyum sinis. Hanya aku sahaja yang dapat membaca apa yang dia fikirkan disebalik senyumannya.
" Tak nak join ke?" Hafiz bertanya. Fakhri cuma menggeleng.
"Lain kali sahaja okey?" Fakhri terus berbibisik di telingaku.
"Aku nak duit. Nanti aku jumpa kau lagi." Aku menjeling dalam diam. Sebaik sahaja Fakhri pergi , Hafiz mengalihkan pandangan dia kepadaku pula.
"Ak.. Aku.. nak ke tandas." Aku terus bangun. Tangan kiriku terasa payah untuk digerakkan.
"Fif!" Hafiz memanggil namaku. Tetapi aku langsung tidak memperdulikannya. Aku terus berjalan mencari tandas.
YOU ARE READING
Protect The Boss (MalayNovel)
RomanceTengku Hafifi Hafiz - Nurafifah Alia Aqilla? Gadis yang brutal. Hobi utama, 'melipat' orang. Jika diberi pilihan, dia lebih rela digelar teruna tidak laku daripada bergelar suami kepada perempuan yang sering membuatnya meluat dan benci! Nurafifah Al...