"Ini ialah pembantu rumah kamu yang baru. Nama dia Seon Eunjung." Puan Cha iaitu ibu kepada Eunwoo memperkenalkan Eunjung kepada anaknya.
"Annyeonghaseyo, Seon Eunjung ibnida (hai, nama saya Seon Eunjung).."sapa Eunjung.
"Kenapa nak tambah pembantu rumah yang baru kalau dah ada ramai?"soal Eunwoo dengan angkuhnya.
"Woo yahh, tak baik cakap macam tu. Dia nak cari kerja. Lagipun kamu sama sekolah dengan dia. Tak mengapa, kan?"soal Puan Cha.
"Bagilah tahu dia kat mana dia patut duduk. Lepas tu mama boleh balik. Eunwoo nak pergi sekolah dulu."ujar Eunwoo lalu beredar bersama pemandunya.
👰
Di sekolah."Seon Eunjung, masuklah."panggil Puan Park.
"Dae (baiklah).."balas Eunjung perlahan sambil melangkah masuk ke kelas.
Matanya meliar mencari Eunwoo.
"Perkenalkan diri kamu."arah Puan Park.
"Ah..Nae ireumi Seon Eunjung ibnida (nama saya Seon Eunjung)."ujar Eunjung.
"Puan Park, boleh tak kalau saya nak duduk di sebelah Eunwoo?"soal Eunjung.
Pelajar perempuan mula berbisik sebaik sahaja mendengar permintaan Eunjung.
"Dia kenal Eunwoo ke?"
"Berani betullah dia tu. Macam manalah dia boleh mintak nak duduk di sebelah Eunwoo?"
"Habislah dia..Hyemi pasti marah.."
"Eunjung, jadi kamu dan Eunwoo dah lama kenal lah?"soal Puan Park.
"Tak juga."ujar Eunjung.
"Tak mengapa. Duduk lah. Lagipun tempat sebelah dia kosong."ujar Puan Park.
Semua pelajar lelaki pandang kearah Eunwoo manakala semua pelajar perempuan pandang kearah Eunjung.
👰
Pada waktu rehat..
Semua pelajar perempuan mengelilingi meja Eunjung."Eunjung, awak dan Eunwoo dah lama kenal ke?"soal Eunsoo.
Eunjung hanya menggelengkan kepalanya.
"Hantar buku ni kat loker saya."ujar Eunwoo sambil melemparkan beberapa buah buku di atas meja Eunjung.
"Tunggu lah saya."ujar Eunjung dengan pantas mengutip buku-buku itu lalu mengekori Eunwoo.
"Berhenti! Kedudukan awak mestilah 1 meter jauh dari saya. Jangan cuba nak duduk dekat melainkan dalam kelas. Itu dianggap sebagai satu peraturan. Faham?!"soal Eunwoo.
"Dae (baiklah), arasseo (saya faham).."balas Eunjung sambil terangguk-angguk.
"Awak tak ada kawan ke yang boleh teman awak rehat?"soal Eunwoo.
"Tak. Saya tak boleh ke rehat dengan.."belum sempat Eunjung menghabiskan percakapannya lantas Eunwoo membantah.
"Tak boleh! Cari kawan lain! Saya tak akan rehat dengan awak!"marah Eunwoo.
"Saya cakap je..."ujar Eunjung perlahan.
Dia tidak mahu melawan kata-kata Eunwoo kerana dia tahu bahawa Eunwoo cerewet orangnya.
Jadi dia hanya menurut perintah.👰
Pada waktu balik.."Eunwoo, saya balik naik apa?"soal Eunjung.
"Jalan kaki lah. Apa lagi?"soal Eunwoo pula.
"Kejam betul ayat dia.."bisik hati Eunjung.
Dia hanya meneruskan perjalanannya hingga ke rumah Eunwoo.
Secara tiba-tiba sebuah kereta mewah berwarna hitam berhenti betul-betul di sebelah Eunjung.
Cermin tingkap kereta itu dibuka."Eunjung, kkeutji (kan)?"soal lelaki yang berada di dalam kereta itu.
"Siapa awak?"soal Eunjung pula.
"Saya Moonbin, kawan baik Eunwoo. Apa awak buat seorang diri di sini?"soal Moonbin.
"Saya dalam perjalanan balik ke rumah."balas Eunjung.
"Nak saya tumpangkan ke?"soal Moonbin lagi.
"Tumpang? Boleh je..Tapi.. Tak boleh tak boleh..Nanti dia tahu yang aku ni pembantu rumah Eunwoo."bisik hati Eunjung.
"Tak mengapa je lah.."ujar Eunjung lalu meneruskan perjalanannya.
"Saya ikhlas lah.."ujar Moonbin sedaya upaya cuba untuk menjemput Eunjung.
"Huh..Baiklah.. baiklah.."balas Eunjung lalu masuk ke dalam kereta Moonbin.
👰
"Rumah awak kat mana?"soal Moonbin.
"Awak tahu tak rumah Eunwoo? Rumah saya berdekatan dengan rumah dia. Saya baru berpindah ke sini."jelas Eunjung.
"Ouh.."balas Moonbin ringkas.
"Tapi awak berhentikan kereta depan rumah dia je lah. Tak perlu lah nak menyusahkan awak untuk pusing kawasan sini."arah Eunjung.
"Eo."ujar Moonbin lalu memberhentikan keretanya di hadapan rumah Eunwoo.
"Annyeong."ujar Eunjung.
Moonbin hanya membalas dengan senyuman.
Senyumannya jelas menunjukkan dia berasa tidak sedap hati berada di situ.
Beberapa minit kemudian kereta Moonbin pun hilang dari pandangan.
Eunjung terus membawa beg sekolahnya masuk ke dalam rumah.
Dia terus masuk ke dalam biliknya.
Sedang dia menguak pintu biliknya, jeritan Eunwoo serta-merta membatalkan niatnya untuk masuk ke dalam bilik."Kenapa bising-bising pulak tu?"soal Eunjung dalam hati.
Eunjung berjalan ke arah suara itu dan ianya berada di dapur.
Semua pembantu rumah Eunwoo sudah berbaris di dapur dengan muka yang kelihatan risau."Ada apa-apa yang dah berlaku ke?"soal Eunjung.
"Cik Eunjung dah balik ke? Tangan Tuan Eunwoo ni luka berdarah terkena sepihan kaca yang pecah di lantai ni. Cik Eunjung tahu ke siapa yang pecahkannya?"soal Puan Jung.
Diantara semua pembantu rumah Eunwoo, hanya Eunjung sahaja yang masih lagi bersekolah.
Tutur katanya juga jelas menunjukkan ciri-ciri seorang pelajar."Saya tak tahu. Saya kan baru je balik."ujar Eunjung.
"Tunggu apa lagi? Pergi lah ambil plaster cepat!"marah Eunwoo sambil menggenggam pergelangan tangannya.
"Saya ke?"soal Eunjung yang masih terpinga-pinga.
"Habis tu?"soal Eunwoo.
"Pergi lah cepat, Cik Eunjung. Kotak kecemasan ada di bilik bersebelahan stor wain."jelas Puan Kim.
"Ahh..Dae (baiklah).."ujar Eunjung akur lalu berjalan ke bilik yang dijelaskan oleh Puan Kim sebentar tadi.
👰
Setiba sahaja Eunjung di bilik itu, dia pantas mencari kotak kecemasan.
Ketika dia sedang memanjat kerusi untuk mendapatkan kotak itu, secara tidak sengaja dia ternampak seekor lipas yang sedang hinggap di tepi rak itu.
Eunjung dengan menggelabahnya tidak sengaja tertolak sebuah lagi kotak yang disusun rapi di sebelah kotak kecemasan.
Barang didalam kotak itu bersepah.
Terdapat beberapa keping gambar Eunwoo bersama seorang perempuan."Eunwoo..Ada teman wanita?"bisik hatinya.
Eunjung yang terkejut segera mengutip gambar-gambar itu.
Sedang dia mengemas kotak itu, satu suara muncul memecahkan suasana yang gelabah itu."Seon Eunjung! Kenapa lambat sangat?! Awak jumpa ke tak kotak kecemasan tu?!"teriak Eunwoo.
Bunyi tapak kaki semakin menghampiri bilik itu.
"Eottokhae (macam mana ni)?"soal Eunjung sambil memandang pintu bilik itu yang hanya terbuka sedikit.
💑BERSAMBUNG💑