Eunwoo pantas menarik semula tangannya.
"Maaf sebab kelakuan saya tadi." ujar Eunwoo meminta maaf.
"Ahh..Gwaenjanha (tak mengapa)." balas Eunjung pantas berdiri.
"Apa-apa je lah, kamu berdua ni. Dah, sekarang mari kita balik sebelum angin bertiup lebih kencang."ujar Nenda Cha.
"Ok"jawab Eunwoo dan Eunjung serentak.
Mereka berdua memandang kearah satu sama lain.
Kedua-duanya ketawa kecil.👰
Sebaik sahaja sampai di rumah."Eunwoo yahh, kenapa basah lencun ni?"soal Puan Cha kerisauan.
"Tak ada apa-apa lah. Eunwoo nak pergi mandi dulu."balas Eunwoo sambil berjalan ke tandas.
"Eunjung, kamu pun basah juga? Pergi mandi cepat. Lepas tu tolong saya masak di dapur, ok?"soal Puan Cha.
"Baiklah, Puan."balas Eunjung lalu berjalan ke tandas bersebelahan tandas Eunwoo.
"Oh ye, mak.. Saya terlupa lah. Boleh tak lepas ni suruh Eunwoo dan Eunjung tolong belikan barang di pasar? Banyak lagi bahan masak yang tak cukup. Saya masih nak kena kemas barang di dapur lah.."terang Puan Cha.
"Nanti cakap lah dengan mereka. Mak nak pergi siang ikan ni dulu."balas Nenda Cha.
*Beberapa minit kemudian*
Eunwoo dan Eunjung sudah selesai salin pakaian baharu.
"Eunwoo, Eunjung, boleh tak kamu berdua tolong mama?"soal Puan Cha.
"Pergi pasar lagi lah tu.."ujar Eunwoo yang sudah agak apa yang diingini oleh mamanya.
"Betul tu. Boleh, kan?"soal Puan Cha lagi.
Eunwoo hanya mengangguk.
Lalu kereta yang dipandu oleh Eunwoo pun memecut laju ke Shopping Mall."Apa yang mama suruh beli?"soal Eunwoo.
"Ni senarai nya."balas Eunjung sambil menghulurkan senarai list yang diberikan oleh Puan Cha sewaktu di rumah.
"Khaja (mari lah)."ajak Eunwoo lalu keluar dari kereta.
Mereka berdua masuk ke dalam Shopping Mall.
Sedang mereka mencari bahan-bahan memasak, secara tidak sengaja seorang pekerja menolak troli yang banyak sedang menuju ke arah Eunjung.
Eunwoo yang perasan akan kejadian itu pantas memeluk pinggang Eunjung."Maaf, maafkan saya, Cik. Saya cuai tadi"ujar pekerja itu sambil memberhentikan troli.
"Lain kali berhati-hati lah sikit." marah Eunwoo.
Eunjung menatap wajah Eunwoo.
"Kenapa dia tiba-tiba tolong aku?"bisik hati Eunjung.
"Eunjung, awak tunggu dalam kereta je lah. Biar saya yang cari semua bahan tu."arah Eunwoo.
"Tak menyusahkan awak ke? Puan Cha suruh saya ikut supaya saya boleh tolong sekali."soal Eunjung.
"Tak mengapalah. Jagakan sekali telefon saya. Saya tinggalkan dalam kereta."sambung Eunwoo.
"Ouh..Baiklah."balas Eunjung.
Eunjung meninggalkan list kepada Eunwoo lalu beredar dari situ dan terus ke kereta.
👰
Di dalam kereta.
Eunjung menghidupkan enjin kereta."Tak apa ke aku tinggalkan Eunwoo seorang diri?"soal Eunjung.
👰
Sementara itu, di sekolah..
Moonbin hanya memandang tempat duduk Eunjung."Jangan lah macam ni,Moonbin. Nanti Eunjung datang la.."ujar MJ cuba untuk memujuk Moonbin.