"Awak sanggup ke nak berjalan sorang-sorang tengah malam nanti? Dah lah tak tahu ada penjahat ke yang nak culik awak nanti."ujar Eunwoo.
"Jangan lah cakap macam tu!"tengking Eunjung yang sudah hampir menangis.
"Hari dah nak senja. Saya rasa lebih baik awak balik esok pagi je."arah Eunwoo.
"Kalau macam tu baju apa saya nak pakai esok?"soal Eunjung.
Eunwoo meneruskan perjalanannya.
"Tak berbaju lah awak."ujar Eunwoo sambil ketawa kecil.
Eunjung yang terkejut mendengar jawapan Eunwoo pantas berpeluk tubuh.
"Apa yang awak sedang fikir, hah?"soal Eunwoo.
"Jangan lah main-main."ujar Eunjung.
"Takut lah tu. Saya bukan macam apa yang awak fikir lah..Jangan lah risau. Balik je esok pagi. Saya bagi awak pinjam baju saya. Balik rumah terus basuh tau."jelas Eunwoo.
Eunjung mengeluh lega.
"Eo, gumawo (terima kasih).."ujar Eunjung dengan ceria.
Setelah lama menempuh perjalanan, akhirnya Eunwoo dan Eunjung tiba juga di rumah.
"Mama, nenda, kami dah balik!"ujar Eunwoo sambil membawa masuk barang-barang diikuti Eunjung yang menyusul di belakangnya.
"Letak barang tu kat sini! Mama kat dapur ni!"jerit Puan Cha dari dapur.
Eunwoo meletakkan barang-barang di dapur seperti yang diarahkan lalu berjalan ke beranda.
Eunjung memandang Eunwoo hairan kemudian terus menolong Puan Cha dan Nenda Cha memasak di dapur.
Selepas beberapa minit memasak, makan malam pun dihidangkan."Eunjung, tolong panggilkan Eunwoo. Bagitahu dia dah tiba masa makan malam."arah Puan Cha sambil menanggalkan apronnya.
"Baiklah."balas Eunjung lalu berjalan ke beranda.
Belum sempat Eunjung memanggil nama Eunwoo, dia terdengar perbualan Eunwoo didalam telefon.
Eunjung terus bersembunyi di sebalik dinding."Jangan lah risau, saya akan balik minggu depan. Hyemi, jangan lah cakap macam tu..Tak, saya pun rindukan awak... ok. Ok, saya janji. Bye."
"Dia bercakap dengan Hyemi rupanya.."bisik Eunjung.
Eunjung menutup matanya.
Kemudian dia membuka semula matanya.
Alangkah terkejutnya Eunjung apabila melihat Eunwoo betul-betul dihadapannya.
Jaraknya dengan Eunwoo hanya beberapa cm sahaja."Awak curi dengar perbualan saya ke?"soal Eunwoo.
"Mana ada. Sudahlah, ke tepi. Puan Cha panggil makan."ujar Eunjung lalu berjalan ke ruang makan.
"Kenapa dengan dia?"soal Eunwoo hairan.
*Pada waktu makan malam*
"Um..Puan, boleh tak kalau saya balik ke Seoul esok pagi?"soal Eunjung.
"Kenapa tiba-tiba je nak balik? Tak suka ke duduk sini?"soal Puan Cha.
"Bukan macam tu, tapi.."kata-kata Eunjung dipotong oleh Eunwoo.
"Dia masih ada banyak kerja kat rumah."ujar Eunwoo cuba menyembunyikan perkara sebenar.
"Ouh..Kalau macam tu, ok je.."balas Puan Cha.
Selepas makan malam, Eunjung membawa pinggan mangkuk ke dapur.
"Eunjung, kamu bawa sahaja semua tu ke belakang. Nenda basuhkan."ujar Nenda Cha.
"Eh, tak mengapa, nenda. Biar saya yang basuh. Nenda duduklah berehat dulu. Nanti nenda penat pula."ujar Eunjung.
"Baik betul kamu ni, Eunjung."puji Nenda Cha.
Eunjung hanya tersenyum.
"Eunjung, lepas ni nenda nak cakap sesuatu dengan kamu, boleh tak?"soal Nenda Cha.
"Sudah tentulah boleh."balas Eunjung lalu meneruskan basuhannya.
👰
Setelah selesai membasuh pinggan, Eunjung pergi ke beranda, dimana Nenda Cha sedamg menunggunya."Nenda, marilah masuk. Sejuk di luar ni."ujar Eunjung.
"Tak mengapa, nenda memang suka duduk di sini."balas Nenda Cha.
"Ouh..Ok..Um, apa yang nenda nak cakap?"soal Eunjung.
"Eunjung seronok ke jadi pembantu rumah Eunwoo?"soal Nenda Cha.
"Seronok? Apa maksud nenda?"soal Eunjung pula.
"Eunwoo tu kan dingin sedikit orangnya."ujar Nenda Cha.
"Tak adalah. Dia baik je."balas Eunjung.
"Eunjung, Eunjung ada simpan perasaan kat Eunwoo ke?"soal Nenda Cha sambil memegang tangan Eunjung.
"Kenapa nenda tanya macam tu?"soal Eunjung.
"Kalau betullah Eunjung ada perasaan kat Eunwoo, nenda nak jadikan Eunjung bakal tunang Eunwoo."ujar Nenda Cha.
"Tapi, Hyemi kan.."ujar Eunjung perlahan.
"Nenda lebih sukakan kamu."balas Nenda Cha sambil tersenyum.
"Maaf, nenda. Saya tak boleh. Peraturan untuk menjadi pembantu rumah Eunwoo yang paling utama ialah tidak jatuh cinta pada dia. Saya tak boleh simpan perasaan pada dia."jelas Eunjung perlahan.
"Tak mengapalah, Eunjung masuklah tidur. Itu sahaja yang nenda nak tanya."ujar Nenda Cha.
"Nenda pun masuklah sekali. Kalau duduk di luar lama-lama boleh dapat penyakit sebab sejuk sangat."terang Eunjung.
"Baiklah. Kita berdua masuk sama-sama ye."ujar Nenda Cha.
👰
Keesokan harinya.
Eunjung bangun dari tidurnya.
Dia memerhatikan sehelai baju hoody bersama sehelai seluar jean disusun di sebelah katilnya."Ini pasti baju Eunwoo.."ujarnya.
Eunjung segera bersiap lalu berjalan keluar dari biliknya bersama sebuah bagasi.
Sebelum meninggalkan rumah, Eunjung sempat menyediakan sarapan buat Eunwoo, Puan Cha dan Nenda Cha.👰
Di dalam bas.
Eunjung memakai earphone lalu bersandar di tingkap.
Lagu My Style oleh ASTRO dimainkan.
Dia teringat akan kata-kata Nenda Cha malam semalam."Kalau betullah Eunjung ada perasaan kat Eunwoo, nenda nak jadikan Eunjung bakal tunang Eunwoo."ujar Nenda Cha.
"Kalau lah semalam saya bagitahu perasaan sebenar saya pada nenda.."ujar Eunjung menyesal.
👰
Setibanya di Seoul.
Eunjung memandang jam tangannya."Masih ada masa sebelum ke sekolah."ujarnya.
Eunjung segera menyalin seragam sekolahnya lalu menaiki teksi ke sekolah.
👰
Di sekolah."Eunjung, kenapa dah tiga hari tak datang?"soal Puan Lee.
"Uh? Saya demam."balas Eunjung terpaksa menipu.
"Ok, mari kita mulakan pelajaran sekarang."ujar Puan Lee.
Setelah 2 jam belajar, akhirnya masa rehat tiba.
Eunjung berjalan ke kantin seorang diri.
Dia hanya mengalas perutnya dengan sebiji gula-gula.
Secara tiba-tiba ada seorang pelajar mengambil tempat disebelahnya."Seorang je ke?"soal pelajar itu.
"Moonbin?"soal Eunjung.
"Kenapa ni? Masih demam lagi ke?"soal Moonbin sambil meletakkan tangannya pada dahi Eunjung.
"Tak adalah. Saya tak ada kawan yang nak teman rehat."balas Eunjung.
"Pernah tak ponteng sekolah?"soal Moonbin.
Eunjung menggeleng.
Dia memandang pelik kearah Moonbin."Kalau macam tu marilah ponteng."ujar Moonbin sambil tersenyum.
"Uh?"soal Eunjung terkejut.
💑BERSAMBUNG💑