Chapter 10

1.8K 147 7
                                    

"Apa yang telah berlaku sebenarnya?" soal Hyemi.

Dia mengemas semula barang-barang itu lalu memecut laju keretanya ke hospital.
Dia masuk ke dalam wad.

"Eunwoo, rantai ni ke yang awak suruh saya cari?"soal Hyemi.

"Gumao (terima kasih), Hyemi." ujar Eunwoo.

Eunjung membancuh kopi di sebelah kiri Eunwoo manakala Hyemi pula duduk di sebelah kanan Eunwoo.

"Eunwoo, saya nak bincang dengan mama nanti. Saya nak mempercepatkan lagi pertunangan kita." jelas Hyemi.

Eunjung yang terkejut mendengar kata-kata Hyemi secara tidak sengaja terkena air panas di lengannya ketika hendak menuang air.
Eunjung mengadu kesakitan.
Eunwoo hanya memandang ke arah Eunjung kerana risau.

"Kenapa awak nak cepatkan pertunangan kita?"soal Eunwoo.

"Saja je. Lepas ni boleh la kita tinggal serumah. Dan awak tak perlu susah-susah nak bayar gaji pembantu rumah awak. Saya akan jadi suri rumah awak." Hyemi sengaja ingin mencari cara untuk menjauhkan Eunwoo dari Eunjung.

"Saya akan fikirkannya nanti." ujar Eunwoo.

"Baiklah. Saya akan tunggu jawapan dari awak." balas Hyemi.

👰
Di sekolah.

"Saya dengar Eunwoo masuk hospital. Betul ke?" soal Jinjin.

"Awak cuba lah tanya Hyemi nanti." arah MJ.

👰

"Eunwoo, saya ada buatkan.." belum sempat Eunjung menghabiskan percakapannya, Hyemi lantas mencelah.

"Bagi mangkuk tu pada saya. Saya akan suapkan dia." ujar Hyemi.

Eunjung hanya akur pada arahan.
Dia pun menyerahkan mangkuk bubur itu kepada Hyemi.

"Huh..Apalah nasib aku ni.." bisik hati Eunjung.

👰
Beberapa hari selepas Eunwoo keluar dari hospital, Eunjung balik ke kampungnya.
Tanpa Eunjung sedari, Eunwoo mengekorinya ke kampung.
Di bilik simpanan abu mayat.

"Eomma, ini Eunseol.." Eunjung mengelap cermin itu.

Eunwoo yang mengintai itu sangat terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Eunjung.

"Jadi, Eunjung... pembantu rumah saya, ialah..Eunseol? Rakan baik saya sejak kecil?" bisik hati Eunwoo.

Dia sungguh terkejut mendengarnya.
Seakan-akan semua ini hanyalah bayangan mimpi.

"Eunseol nak mintak maaf sebab dah lama tak melawat mama. Eunseol sedar yang Eunseol lebih banyak habiskan masa untuk mencari duit. Tapi mama janganlah risau, Eunseol dah pun hantar surat berhenti kerja. Lepas ni Eunseol akan selalu melawat mama. Eunseol akan tinggal dengan nenek, itupun kalau nenek masih ada di rumah. Mama, ada sesuatu yang Eunseol nak bagitahu mama.. Mama masih ingat lagi pada Eunwoo?" soal Eunjung membuatkan Eunwoo bertambah terkejut.

"Eunseol pernah ada bos yang bernama Eunwoo. Bila dia di sebelah Eunseol je Eunseol rasa sangat selamat. Eunseol masih tak dapat lupakan Xiao Woo. Dia satu-satu nya rakan Eunseol yang sayangkan Eunseol. Eunseol tak tahu adakah bos Eunseol tu ialah Xiao Woo ataupun bukan. Muka mereka sangat mirip." luah Eunjung.

"Xiao Woo..dia masih ingat lagi pada nama tu?" Eunwoo menahan air matanya.

*Flashback*

"Eunwoo-yah! Janganlah hancurkan istana pasir tu! Awak ni nakal betul lah!"

"Awak pandai bahasa china, kan? Kalau nakal dalam bahasa china apa? Awak boleh tak cipta satu nama china untuk saya?"

"Huh..Nakal? Xiao? Saya rasa ianya Xiao. Macam mana dengan..Mm.. Xiao Woo? Eunwoo yang nakal. Hehehe.."

"Xiao Woo? Macam mana kalau saya panggil awak Ke'ai Seol? Eunseol yang comel."

"Woah, Eunwoo. Awak pun dah pandai bahasa china? Daebak (hebat)!"

*End Flashback*

"Mama, Eunseol rasa...Eunseol dah mula sukakan bos Eunseol sendiri. Tapi dia akan bertunang minggu hadapan. Sebab itu lah Eunseol berhenti kerja. Eunseol takut Eunseol terseksa melihat dia dengan tunang dia. Tapi Eunseol sangat sukakan dia. Eunseol harap, mama akan dengar semua yang Eunseol cakap ni." ujar Eunseol.

Dia mengelap air matanya sambil berjalan pergi dari bilik simpanan abu mayat itu.
Apabila dia belok ke kiri, dia sungguh terkejut melihat Eunwoo yang sedang menangis sambil memeluk lututnya.

"Eunwoo?"soal Eunjung.

Eunwoo berdiri lalu memandang wajah Eunjung.

"Ke'ai Seol."panggil Eunwoo.

Eunjung sungguh terkejut mendengar nama yang telah bertahun lamanya tidak didengari.

"Ke'ai Seol.."panggil Eunwoo lagi.

"Eunwoo-yah..neo eotteokhae (macam mana awak).."soal Eunjung.

"Awak ialah Kim Eunseol? Kenapa awak rahsiakan identiti awak? Awak masih lagi seperti dulu. Sentiasa berahsia. Awak masih lagi tidak berubah, Eunseol. Awak masih lagi simpan perasaan terhadap saya?  Walaupun telah bertahun-tahun berpisah? Terima kasih kerana masih lagi ingat tentang Xiao Woo. Eunseol, dah berapa lama sejak awak tahu saya ialah Xiao Woo?"soal Eunwoo.

"Sejak saya jumpa rantai saya dalam bilik awak. Pada mulanya saya tidak ingat yang itu rantai saya tetapi bila saya lihat di dalam nya, memang seiras saya sewaktu kecil. Sejak dari situ lah saya tahu awak ialah Xiao Woo, Eunwoo yang paling saya sayang kerana hanya awak seorang sahaja yang saya beri rantai itu." air matanya mula jatuh perlahan-lahan.

"Seol-ahh, awak masih ada perasaan pada saya?" soal Eunwoo.

Eunjung beredar tanpa menjawab soalan Eunwoo.
Eunwoo pantas menarik tangan Eunjung lalu memeluknya.

"Nan joahaeyo (saya sukakan awak).."

💑BERSAMBUNG💑

MAID || Cha EunwooWhere stories live. Discover now