"Huh..Sudah lah, Eunwoo. Saya malas nak dengar awak membebel. Saya penat, tahu tak? Saya penat nak kemas satu rumah untuk orang yang dingin macam awak. Awak tahu mengarahkan orang je! Memanglah awak berhak sebab saya maid awak. Tapi sekurang-kurangnya bila balik tu tanya lah keadaan saya ke? Keadaan apa-apa ke. Bukannya keadaan rumah. Ketepilah."marah Eunjung sambil berjalan ke biliknya seperti orang tak tentu arah.
Eunwoo hairan melihat kelakuan Eunjung.
Secara tiba-tiba Eunjung pengsan dihadapan pintu biliknya.
Eunwoo pantas berlari kearah Eunjung.
Pipi Eunjung ditampar perlahan oleh Eunwoo."Yah, Eunjung ahh, ireonna.."ujar Eunwoo tetapi tiada sahutan pun.
Tanpa membuang masa, Eunwoo terus mendukung Eunjung masuk ke dalam keretanya.
Kereta milik Eunwoo pantas memecut ke hospital Busan.
Di hospital."Encik, pesakit boleh balik selepas dia sedar. Cuma, pastikan dia cukup rehat. Kalau mengikut analisis dari pakar psikologi, pesakit ada satu penyakit yang boleh menyebabkan jantungnya terhenti kerana kadar pernafasan pesakit sangat lemah. Lagi satu, pesan kepada pesakit supaya tidak bekerja kuat kerana apabila terlalu letih kemungkinan pesakit boleh pengsan."terang Doktor Min sambil memegang rekod analisis pesakit.
"Baiklah, terima kasih, doktor."balas Eunwoo.
Eunwoo duduk di sebelah Eunjung yang sedang terlantar di atas katil.
Wajah Eunjung ditatap oleh Eunwoo."Eunjung, siapa awak yang sebenarnya? Awak sangat mirip dengan Eunseol sewaktu kecil.."ujar Eunwoo.
Secara tiba-tiba telefon Eunwoo berdering.
"Yeobuseyo (hello)."ujar Eunwoo.
"Nae addeul (anakku)..Neo eodiya (kamu dimana)?"soal Puan Cha.
"Byeongwon (hospital)."balas Eunwoo.
"D..dae (pardon)?!"soal Puan Cha separuh menjerit.
"Janganlah risau. Eunwoo teman Eunjung je. Dia pengsan tadi."jelas Eunwoo.
"Eunwoo-yahh, Hyemi ada telefon kamu?"soal Puan Cha.
"Eobseo (tak ada). Wae (kenapa)?"soal Eunwoo pula.
"Ouh.. tak ada apa-apa. Mama letak panggilan dulu."ujar Puan Cha lalu panggilan itupun dimatikan.
Secara tiba-tiba Eunjung tersedar.
"Eunjung, neo gwaenjanha (awak ok)?"soal Eunwoi sambil memegang pergelangan tangan Eunjung.
Eunjung menarik tangannya dengan kasar lalu menjeling ke arah lain.
"Bila saya boleh balik? Kenapa dan macam mana saya boleh ada di hospital?"soal Eunjung.
"Doktor kata awak boleh balik lepas awak sedar. Tadi awak pengsan."jawab Eunwoo.
"Huh..Lagi sekali?"keluh Eunjubg perlahan.
"Apa maksud awak, lagi sekali?"soal Eunwoo.
"Tak ada apa-apa. Awak balik lah dulu. Saya nak bayar kos perubatan. Jangan tunggu saya. Saya akan balik naik teksi."arah Eunjung.
"Kos perubatan saya dah bayarkan."ujar Eunwoo.
Eunjung merenung tajam kearah Eunwoo.
"Saya akan bayar balik nanti."ujar Eunjung lalu berjalan keluar dati wad sementara.
"Eunjung, tak perlu bayar balik. Saya tahu ini salah saya. Salah saya sebab langsung tak fikirkan perasaan awak dan terlalu dingin dengan awak. Saya mintak maaf, Seon Eunjung. Minggu depan maid yang lain dah start sambung kerja. Awak boleh berehat minggu depan."jelas Eunwoo kemudian terus berjalan melepasi Eunjung.