Bab 15

26.8K 207 52
                                    

Beberapa bulan kemudian...

NURIN AIRA menutup pintu kereta Myvi ungunya dengan perlahan-lahan. Pantas kakinya mengatur langkah menuju ke lif untuk naik ke pejabatnya di tingkat lapan. Dia tidak sangka yang Suraya sanggup membeli semula kereta yang dijualnya kepada pembeli lain, dan menyerahkan kembali kepadanya.

Awalnya dia menolak, dia tidak mahu kereta itu. Dia rela naik teksi ke tempat kerjanya. Tetapi apabila Suraya menyatakan itu sebagai hadiah untuknya sempena ulang tahun kelahirannya, dia terpaksa terima. Dia tak sanggup menghampakan Suraya.

Terasa waktu berjalan dengan pantas. Pada hari ulang tahunnya tiga bulan lepas, dia menerima dua perkhabaran. Satu berita baik dan satu berita buruk. Berita baiknya, dia menerima semula keretanya yang dihadiahkan oleh Suraya. Pada waktu malam, dia dikejutkan dengan berita kematian adiknya, Nazim yang dalam perjalanan pulang dari surau. Adiknya dilanggar oleh pemabuk.

Berita itu sangat mengejutkannya. Malam itu juga dia bergegas pulang. Mujur Suraya sudi menemaninya. Alhamdulillah, dia selamat sampai ke kampung sebelum arwah dikebumikan. Sempat dia menatap wajah pucat bercahaya itu.

Nurin Aira perasan akan perubahan adiknya ketika dia pulang ke kampung untuk menjaga emaknya. Adiknya itu banyak mendiamkan diri. Pernah dia perasan, selepas solat isyak, adiknya itu menangis teresak-esak. Adiknya itu menyatakan dia bersalah. Tetapi dia tidak faham akan maksud itu.

"Lif dah lama terbuka. Tak nak masuk ke? Atau tunggu saya?" bisik Syed Ilham ke telinga Nurin Aira.

Nurin Aira mengucap. Mujur sahaja dia tidak melatah.

"Errr, nak masuklah ni!" Pantas Nurin Aira membuka langkah ingin masuk ke dalam perut lif. Tiba-tiba dia terasa lengannya dipegang seseorang. Lantas dia berpaling.

Syed Ilham terus melepaskan lengan Nurin Aira. Dia sendiri tidak sangka dirinya seberani itu.

"Awal awak sampai hari ini," tegur Syed Ilham. Dia ingin menutup rasa malunya atas perbuatannya itu tadi.

Nurin Aira pantas melihat jam tangannya. Memang awal pun. Hari ini, Suraya yang ingin menghantar Alia ke tadika. Jadi dia terus ke tempat kerja.

"Haah, saya tak hantar anak saya ke tadika hari ini. Tu yang cepat sampai itu." Terus terang Nurin Aira memberitahu. Syed Ilham sudah sedia maklum akan hal itu.

"Oh... Awal lagi ni. Jom teman saya sarapan. Saya belanja." Syed Ilham mengajak. Sebenarnya dia sudah sarapan di rumah, tapi sengaja dia mengajak Nurin Aira. Untung-untung, Nurin Aira terima. Dapat jugalah dia meluangkan masa dengan Nurin Aira.

Nurin Aira tersenyum. Tahu-tahu aje aku tengah lapar.

"Boleh juga. Saya pun tak sarapan lagi."

Tersenyum lebar Syed Ilham. Yes!

TENGKU Shamil menatap gambar yang berada di dalam bingkai itu dengan perasaan sayu. Gambar dia memeluk arwah isterinya dari belakang yang diambil ketika mereka bercuti di Paris beberapa tahun lepas. Arwah isterinya itu tersenyum lebar. Pantas dia mencium bingkai gambar itu. Wajah wanita kacukan Melayu, Belanda dan Arab itu diperhatikan lama. Sungguh, dia sangat merindui wanita itu.

Aisyah meninggal selepas sebulan koma. Sebak hatinya mengingati peristiwa itu. Walaupun sudah dua bulan arwah meninggalkannya, dia tetap dapat merasakan kehadiran wanita itu di sisinya. Bau, percakapan, senyumannya semua masih segar di ruang mata Tengku Shamil. Dia tidak boleh melupakan itu semua.

Kedengaran pintu biliknya diketuk dari luar. "Masuk."

"Encik, tetamu encik sudah sampai," beritahu Anira, setiausaha Tengku Shamil.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 05, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kerana Dia Manusia Biasa- Wan Nur NajihahWhere stories live. Discover now