BAB 1

1.1K 16 2
                                    


"Pihak bomba dan penyelamat, masih lagi menjalankan operasi mencari mangsa-mangsa bot karam dan berita terbaru, satu mayat telah dijumpai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Pihak bomba dan penyelamat, masih lagi menjalankan operasi mencari mangsa-mangsa bot karam dan berita terbaru, satu mayat telah dijumpai. Kami akan melaporkan berita ini, dari masa ke semasa.

Orang kata air yang tenang jangan di sangka tiada buaya. Sekian saya, Karam Sign Kelia, melaporkan untuk berita TV 23."

Wartawan seperti biasa, setia menunggu dalam hujan renyai-renyai untuk mendapatkan berita terkini mengenai misi pencarian yang sudah menjangkau dua hari.

Dari pusat operasi Bomba, kelihatan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Tuan Roslan bin Tuan Budiman turut turun padang untuk menyaksikan anak buahnya sedang bertungkus lumut menyelamatkan mangsa-mangsa bot karam di Kuala Sungai Perak yang seramai 3 orang itu sejak dari semalam lagi.

Dari makluman yang diterima, kesemua mangsa turun ke sungai semalam, untuk menangkap ikan seperti mana aktiviti harian mereka. Namun malang tidak berbau apabila hujan lebat menyebabkan arus deras hingga memukul bot mereka sehingga karam. Tinggal seorang yang berjaya selamat dan berpaut pada dahan pokok. Yang lainnya, masih giat dicari.

Anggota-anggota bomba yang terdiri daripada ahli scuba yang terlatih dan terbaik, di arahkan mencari mangsa sejak dari pagi tadi namun belum ada khabar berita samada mangsa selamat atau mayat dijumpai. Mereka menyelam ke dasar sungai tanpa kenal erti penat dan putus asa biarpun berdepan dengan cuaca buruk dan arus deras.

Di tebing Sungai Perak, kelihatannya beberapa ahli keluarga mangsa menanti dalam hujan renyai-renyai, seolah turut sama memahami kedukaan mereka. Sudah pasti mereka berasa bimbang dan sedih akan kehilangan anggota keluarga biarpun jauh di sudut hati mereka berdoa agar ahli keluarga mereka itu selamat. Pihak polis juga turut serta, bertindak mengawal keadaan dan menanti mangsa dijumpai untuk urusan selanjutnya dengan pihak hospital dan ahli keluarga.

"Apa ni? Kata bomba terlatih? Tapi kenapa tak jumpa lagi? Saya ni dah naik gila tau tak? Risau, suami saya tak jumpa-jumpa lagi dah dua hari. Korang ni buat operasi menyelamat ke, tidur jer atas bot tu? Entah-entah yang masih hidup pun, boleh mati lah kalau macam ni lembabnya korang buat kerja!" Salah seorang ahli keluarga mangsa sudah bersuara kerana hilang sabar.

Tuan Roslan mengucap panjang namun dia tenang menghadapinya. Dia faham keadaan mangsa yang tertekan. Mereka tak nampak betapa bertungkus lumusnya anak buahnya menjalankan operasi menyelamat kerana berada di darat.

"Puan, sabar puan. Saya tahu puan, risaukan suami puan. Puan kena faham, Sungai Perak ni luas, panjang, air deras, dalam. Anak buah saya, dah buat sehabis baik untuk cari mangsa-mangsa bot terbalik tu. Mereka pun, pertaruh nyawa mereka." Ketegasan Tuan Roslan buat isteri mangsa sedikit mengendur marahnya. Dia tertunduk sedih.

"Saya minta maaf. Saya tertekan sangat-sangat. Saya harap sangat suami saya selamat walaupun, sukar..." dia menangis teresak-esak.

"Maaf puan, memang sukar saya nak ramal yang mereka ni masih hidup atau tak. Puan berdoalah semoga urusan mereka dipermudahkan. Percayalah kami akan sedaya upaya menyelamatkan mereka semua," Tuan Roslan memujuk lembut.

ABANG BOMBA I LOVE YOU! {CETAKAN BARU 2016}Where stories live. Discover now