BAB 3

745 7 1
                                    


Mujurlah atok sporting, jemput Lily tidur rumah dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mujurlah atok sporting, jemput Lily tidur rumah dia. Boleh lah Lily bebas tanpa dikongkong. Bosan betul hampir seminggu duduk rumah. Ibu dan abah pula asyik sibuk je kerja. Tapi kalau ada pun, macam tak wujud.

Atok benarkan Lily ke rumah Wanie. Bolehlah lepak-lepak sambil bersembang. Lily mengayuh basikal dengan gembira bagaikan burung yang terlepas dari sangkar.

Tiba-tiba basikalnya ditahan oleh seorang pakcik yang tengah cemas.

"Tolong pakcik nak... Tolong pakcik..." Rayu pakcik tersebut. Lily panik, aduhai masalah apa pula ni?

"Ke.. kenapa pakcik?" Pakcik itu seperti mahu menangis saja.

"Lembu pakcik. Kakinya tersangkut besi longkang. Pakcik dah tak tau nak buat apa-apa. Pakcik cuba tarik kaki lembu pakcik. Terus luka dan berdarah. Kesian lembu pakcik..." cerita pakcik itu membuatkan Lily terkejut mendengarnya.

"Apa? Lembu tersangkut besi longkang? Habis tu, apa kaitan dengan saya pula ni?"

"Pakcik tak tau nak buat apa ni. Pakcik buntu. Nak tolonglah... Buat apa saja selamatkan lembu pakcik." Lily bertambah panik dirayu begitu.

"Saya? Pakcik nak suruh saya selamatkan lembu tu? Saya mana tahu. Sedangkan pakcik yang tua pun tak boleh, apatah lagi saya. Nak pegang pun, saya takut." Ada pula disuruhnya Lily. Memang tak ler jawabnya. Kalau kucing tu, boleh tahan. Ini lembu, lagi besar dari Lily.

Pakcik itu mengaru kepalanya. Buntu. Dia sudah mahu menangis. Agaknya sayang betul dia pada lembu tu.

"Habis tu macam mana nak? Apa pakcik nak buat? Pakcik tak rela tengok lembu pakcik terseksa! Sakit tu. Kalau kaki dia cacat, dari RM3000 harga dia, dah turun jadi Rm2000. Rugi pakcik, rugi. Pakcik bela lembu ni, dari baby..." alkisah yang cukup panjang sekali. Terkedip-kedip biji mata mendengarnya.

Kesian pula tengok pakcik ni sedih. " Ma ma.. mana lembunya?" Soal Lily yang turut sama risau.

"Tu.." pakcik itu menunjukkan lembu yang sedang tersepit di celah hujung longkang di tepi jalan sana. Mooooooo! Lembu itu kian lemah. Sakit lah agaknya tu.

"Kesiannya. Macam mana boleh jadi macam ni? Banyak laluan lagi, kat situ dia nak lalu? Isshhhh!" bebel Lily salahkan pakcik itu pula.

"Pakcik pun tak tahulah nak. Nama pun lembu. Bukan tahu baca signboard Pakcik ni, bukan bela sekor ja, banyak lagi. Sekor ni yang terlepas ke sini. Puas pakcik cari mana dia menghilang, rupa-rupanya tersangkut kat sini." Sedih sungguh nampaknya.

"Iyalah. Saya bukan nak salahkan pakcik pun. Nak buat macam mana, benda nak jadi. Tapi, saya manalah tau nak buat apa ni? Jap saya fikir. Err... Kita telefon Pejabat Haiwan? Pakcik ada nombor telefon?" Soal Lily memberikan idea.

"Manalah pakcik ada..." 'Aduhai, pakcik ni. Dengan aku-aku sekali yang blur. Seolah-olah beban terletak atas aku pulak.' Lily berdesis dalam hati sambil tak sudah-sudah berfikir. Kepala yang bertudung di garu.

ABANG BOMBA I LOVE YOU! {CETAKAN BARU 2016}Where stories live. Discover now