PROLOG
Glendalough, County Wicklow, Ireland.
Lily menyertai program kembara bersama rakan sekuliahnya di hujung minggu ini. Sudah hampir setahun belajar di sini, barulah mereka keluar dari kepompong yang mereka ciptakan. Asyik belajar saja, tiba masanya mereka meneroka negara Ireland ini. Banyak lagi destinasi menarik yang mereka belum lawati kerana masa begitu mencemburui. .
Mereka memilih untuk menikmati suasana hutan simpan di Glendalough yang penuh kehijauan dengan berjalan kaki. Siap bawa bakul yang penuh makanan ringan dan tikar lagi untuk berkelah. Angin sejuk yang dingin sesekali menyapa tubuh manja. Indahnya ketenangan ini. Jiwa yang serabut menjadi hilang.
Akhirnya mereka tiba ke destinasi yang dituju iaitu Upper Lake. Sebuah tasik yang sungguh indah nan permai. Keindahannya diperkatakan seantero dunia.
"Wah...." perkataan yang serupa muncul dari setiap bibir. Semua terpegun tak terkata. Mata begitu asyik menyaksikannya.
Mahunya tidak, panoramanya sangat memikat jiwa. Tidak sia-sia menjejakkan kaki ke sini.
"Bestnya! Tak rugi kita datang kan? Oh My God! Cantiknya... Menyesalnya tak datang dari dulu..." Azrini melompat-lompat kecil kerana teruja sangat. Dia menikmati suasana dengan gembira.
Sebelum ini, mereka hanya mendengar cerita saja dari rakan senegara, sehingga memanggil-manggil mereka datang. Akhirnya sampai juga. Dari Universiti ke sini, mengambil masa hampir kira-kira 50 minit. Mereka menaiki kereta yang disewa beramai-ramai.
Haziq membalas, "kan saya dah kata, tempat ni memang best gila. Tapi korang asyik hold je. Kan dah rugi? Setahun dah belajar baru nak datang sini." Bahan orang pula mamat ni, tahulah dia yang sampai dulu.
Lily mencelah, "ala, kitorang bukan tak nak. Ikutkan hati memang nak sangat datang sini. Tapi awak tahu lah, kami ni tak macam awak. Semulajadi bijak. Kalau buang masa sikit, habislah.
So dah berapa kali awak datang ke sini? Datang dengan siapa sebelum ni?" Lily memandang Haziq sekilas.
Haziq bahagia. Rasa macam Lily ambil berat, "dah dua kali. Pertama kali datang dengan Faroq. Yang kedua, datang dengan Angelina yang cantik tu. Awak jeles tak Lily, kalau saya dengan dia?" Amboi, minah salih yang diusungnya. Kemain lagi. Hurmm, playboy biasalah. Semua dia nak try.
YOU ARE READING
ABANG BOMBA I LOVE YOU! {CETAKAN BARU 2016}
AcakPERTEMBUNGAN ANTARA DUA KERJAYA BERBEZA, TERIKAT DALAM SEBUAH CINTA YANG SEJATI