BAB 6

572 6 1
                                    


"What?" Khalid dan Syafiqah terkejut serentak. Keputusan SPM Lily yang diberitahu oleh Mawar benar-benar mengejutkan mereka.

Mawar tersenyum puas dalam hati. Inilah masa terbaik untuk jatuhkan Lily. Nampak macam sikit punya hal, tapi bagi anak remaja seperti Lily ini adalah tekanan berat dan masalah yang besar. Segalanya baru bermula. Lama benar Mawar menanti saat-saat ini, akhirnya tiba juga.

"Iya abah, ibu. Lily gagal. Tadi dia beritahu Mawar dalam telefon." Khalid terhenyak atas sofa. Hatinya begitu sakit, harapannya hancur.

"Macam mana Lily boleh gagal? Padahal, Lily pelajar harapan sekolah, cemerlang setiap kali peperiksaan? Ibu dah merancang nak dia sambung matrik kemudian ambil kos perubatan." Soal ibu Lily, Syafiqah.

"Itulah, dah banyak kali Mawar cerita pada ibu, yang Lily ni dah tak macam dulu. Dia dah banyak berubah sejak bercampur dengan kawan-kawan dia yang tak senonoh tu. Malas belajar, suka berpeleseran ikut jantan sana sini, keluar balik malam sesuka hati, tapi ibu dan abah tak ambil peduli. Percaya sangat dengan anak kesayangan abah tu.

Mawar perhatikan, Lily ni tak macam nak periksa. Sepanjang Mawar balik bercuti pun masa minggu peperiksaan tu, tak ada Mawar nampak Lily belajar. Kerja dia, asyik tengok TV dan Facebook je. Petang merayau entah ke mana. Balik pun lewat malam. Siap ada jantan hantar. Tengoklah hari ni, dah pukul 12.30 tengah hari pun belum balik lagi! Entah kemana merayaunya. Jangan-jangan takut nak balik sampai lari ikut jantan!

Bila Mawar marah, selamba je dia cakap, dia akan gagal sebab exam susah. Ada ke patut, dia suruh Mawar tipu abah dan ibu yang dia cirit-birit dan demam masa exam? Sebab dengan alasan tu, dia boleh selamat kalau dia fail. Ishh, tak ingin Mawar nak bersubahat!" Mawar menokoh tambah bahan cerita. Menyalakan api yang sedang marak dengan melontar minyak tanah.

Air muka Khalid dan Syafiqah merah padam, menahan ledakan yang mahu meletus. Keputusan peperiksaan Lily benar-benar mengecewakan mereka. Rasa kecewa kini bertukar marah yang amat. Lily memang harus diberi pengajaran. Hah, elok sangat Lily pun sampai tepat-tepat di depan pintu.

"Lily!!!" Kuat nama Lily dipanggil. Mawar tersenyum kemenangan. Yes! Yes!

Pang! Satu tamparan kuat hinggap ke pipi tanpa isyarat dari abah. Rasa hendak pecah gegendang telinga. Lily benar-benar tidak menyangka begini penerimaan ibu dan abahnya. Agresif dan menakutkan.

Dr. Khalid dadanya turun naik. Menahan marah. Ikutkan hati, mahu saja dipukulnya Lily dengan rotan sebagai habuan.

Manakala Mawar tersenyum puas. Ini yang dia mahukan. Penampar sulung untuk anak bongsu yang ditatang lebih dari dia selama ini. Mana aci? Asyik dia saja yang kena. Semua dia buat, semua tak betul.

Kali ini, giliran Lily pula. Bukan bagus sangat Lily ni, pandai tunjuk baik je. Menyampah. Mawar pun anak juga, tapi kenapa Lily yang dapat kasih sayang lebih? Sekarang Mawar nak tawarkan dan buang terus kasih sayang itu menjadi benci.

"Where is your result? I want to see. Now!" Tengking Khalid kuat. Terketar-ketar Lily dibuatnya menahan sakit memegang pipi yang dirasakan berbekas.

Tak pernah abah marah sedasyat ini. Lily mengeluarkan slip peperiksaan dengan tangan terketar-ketar. Lalu dihulurkan buat abah.

Khalid membelek keputusan peperiksaan dengan perasaan marah yang terlambung tinggi. Dia merasakan kepalanya mahu meletup. 'C' yang kelihatan sangat menyakitkan hatinya.

Pang! Dapat satu hadiah lagi. Kali ini pipi kiri pula. Sakit, menyengat sampai ke urat kepala. Pening.

"Why so bad? Hah? Haishhh budak ni! Ikut hati, memang mati aku kerjakan. Anak tak kenang budi! Aku penat-penat cari duit, sekolahkan kau ini hasil yang kau bagi? Memalukan aku saja. Kalau orang tahu, anak Dr. Khalid, macam ni teruk keputusan SPM, mana aku nak letak muka? Hah? Sekarang ni, kau makan. Kau telan keputusan peperiksaan kau ni, aku tak hingin nak tengok!" Tengking Khalid tidak mampu menahan perasaannya. Slip SPM Lily dikoyakkan dan cuba disumbat ke dalam mulut Lily yang tertutup.

ABANG BOMBA I LOVE YOU! {CETAKAN BARU 2016}Where stories live. Discover now