BAB 8

610 7 1
                                    


Dalam perjalanan pulang ke rumah atok, abang bomba singgah sekejap di farmasi untuk membelikan Lily ubat. Terharu Lily melihat sikap mengambil beratnya itu. Berbunga-bunga hati.

Masa yang ada digunakan Rayqal untuk memberikan kata-kata semangat pada Lily.

"Ingat pesan abang, jangan sesekali simpan dendam atau rasa benci pada ibu dan abah. Adik tak bersalah, tapi Allah tahu. Serahkan segala-galanya pada Allah kalau adik teraniaya. Insha Allah, akan ditunjukkan jalan yang benar." Hari ini jadi kaunselor pula Rayqal. Eh, bomba pun memang belajar tau kaunseling orang. Ada sesetengah kes kecemasan, memang kena jadi kaunselor.

Lily angguk patuh. Banyaknya kepakaran abang bomba ni kan? Jadi tukang penasihat pun pandai. Segala masalah Lily, jadi mudah bila jatuh ke tangannya.

"Baik abang..."

Mereka sampai di rumah atok. Kelihatan Atok sedang mengaji Al Quran di pondok di hadapan rumah. Sebaik saja ternampak mereka, Atok berhenti membaca lalu menghampiri mereka.

Lily turun dari jeep kemudian bersalaman dengan atok. Atok nampaknya tertanya-tanya apabila Lily dihantar pulang oleh seorang lelaki. Manakala Rayqal menurunkan basikal Lily.

Mahunya Haji Mustafa tak risau, baru tadi anaknya Khalid menghubunginya dan mengadu tentang Lily. Itu yang membuatkan dia fikir yang bukan-bukan. Betul ke Lily gagal SPM kerana rosak akhlaknya?

"Assalamualaikum.." Rayqal memberikan salam. Atok menjawab salam dibibir dan tangan yang dihulurkan.

"Waalaikumussalam." Atok nampak risau. Lebih-lebih tengok muka Lily yang lebam dan bibir yang bengkak berdarah.

"Atok..." Lily bersalam dengan atoknya.

"Eh...Kenapa bengkak dan lebam ni? Tak kan jatuh basikal?" Telahan atok, mungkin cucunya jatuh basikal atau terlanggar jeep ni lalu anak muda ni datang menghantar cucunya dengan basikal sekali. Betul ke tak? Jadi beritahu cepat, sebelum telaah di buat lagi.

"Err, panjang ceritanya atok..."

"Jadi pendekkanlah, atok risau ni. Yang anak ni siapa? Kenapa hantar cucu saya ni? Awak ni, pakwe dia ya?" Soal Haji Mustafa bertalu-talu.

Lily dan abang Bomba saling berpandangan. Pakwe pun boleh juga. Senang hati Lily mendengarnya tu.

" Bukan pakcik. Macam ni ceritanya. Saya, Rayqal. Bomba yang, melawat Lily hari tu kat hospital kalau pakcik ingat. Kebetulan je ni, saya jumpa cucu pakcik. Err, macam ni ceritanya pakcik, sebenarnya saya jumpa dia di Ulu Kenas.." Atok nampak terkejut.

"Apa? Ulu Kenas? Buat apa Lily ke sana? Jauh tu? Naik basikal?" Tanya Haji Mustafa bertalu-talu. Lily mengaru kepalanya. Dia tak mahu atok bertambah risau pula.

"Atok, kan Lily cakap panjang ceritanya. Nanti Lily beritahu atok lah. Abang bomba ni, tolong hantar Lily balik je," cerita Lily.

Lalu dia mendapatkan basikalnya dan mendorongkan ke dalam. Meninggalkan atok dan abang bomba sebentar.

"Hurrm, baiklah. Walaupun cerita tak habis tapi tak apalah. Lepas ni kita sambung. Rayqal masuklah dulu, minum, boleh kita cerita panjang," pelawa atok ramah.

"Err, maaflah pakcik. Saya terpaksa balik. Sebab saya kerja malam ni." Rayqal menolak dengan baik.

"Ye ke? Oh, kalau macam tu tak apalah. Lain kali datang lagi.."

"Baiklah pakcik. Insha Allah.. Lily, abang balik dulu ya. Jaga diri ya? Ingat segala pesan abang tau." Lily tersenyum tawar lalu angguk. Sah kena siasat kaw-kaw dengan atok sebentar lagi.

ABANG BOMBA I LOVE YOU! {CETAKAN BARU 2016}Where stories live. Discover now