BAB 9

1.5K 31 8
                                    

Pulang dari perpustakaan awam, Lily tidak tahan ingin membuang air kecil lalu dia singgah ke tandas stesen minyak petronas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pulang dari perpustakaan awam, Lily tidak tahan ingin membuang air kecil lalu dia singgah ke tandas stesen minyak petronas. Tertancap dia pada signboard yang dilekatkan di pintu tandas.

'Diijinkan Kincin dan dilarang verak. Lubang itu najis, ada sumbat. Sila amik fahem.'

Hah? Apa ni? Haishh, rosak bahasa kebangsaan. Pepandai je, mengeja sendiri ikut suka diorang. Kalau pelancong datang ke tandas ni, pening kepala dia nak mencari dalam google translet.

Tanpa menunggu lagi, Lily menolak pintu tandas. Namun dia terkejut besar melihat ular tedung berwarna hitam sedang berlingkar di dalam mangkuk tandas.

Dia menjerit dan berlari keluar dengan panik.

" Tolong! Ular! ular!" Jerit Lily membuatkan beberapa orang datang meluru padanya.

"Aiyak amoi, pasal apa lu jerit?" Tauke stesen minyak ni agaknya. Suasana jadi cemas. Lily lantas memberitahu.

"Ada ular besar tauke, dalam itu mangkuk tandas." Terkejut besar tauke cina itu. Dia pula panik.

"Aiyak, ular besar dalam mangkuk tandas? Banyak bahaya itu boleh kasi patuk masa kincin masa verak! Apa mahu buat ini? Kasi sembur itu, sheltox, ada mati ka? Jangan kita pula yang mati! Untung saya punya bini, dapat saya punya harta!" Tauke cina itu pula yang lebih takut dari Lily.

Sekarang baru Lily faham, ayat sigboard tadi tu datangnya dari siapa.

Lily pantas memikirkan sesuatu. Yes, telefon bomba. Bomba boleh tangkap ular.

"Tauke jangan bimbang, saya telefon bomba datang angkut itu ular, kasi buang." Lily segera menelefon balai bomba. Lily mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail 999.

"Bomba? Aiyak, cepatlah telefon. Berapa mahu bayar, saya akan bayar. Saya manyak takut! Tolong amoi, nanti itu ular datang sini kasi patuk saya!" Apek itu terketar-ketar ketakutan.

"Sabar tauke... Ni tak perlu kita bayar, mereka datang tolong saja. Kalau mahu bayar, kasi duit sama saya lah!" sempat lagi Lily mengusik tauke itu.

Setelah menelefon dan melaporkan pada pihak bomba, Lily menenangkan tauke itu yang semakin panik. Rimas Lily dibuatnya. 5 minit menanti dengan penuh debaran akhirnya van bomba sampai.

Muncul lima orang anggota bomba yang lengkap beruniform menghampiri Lily dan pemilik stesen minyak yang turut sama panik itu tanpa henti itu.

"Adik ke, yang membuat laporan tadi?" Soal salah seorang bomba itu yang kacak dan segak bergaya memakai uniform celoreng bomba.

Lily terpegun seketika lalu mengamati. Rasa seperti kenal saja? Rasa seperti pernah tengok saja?

"Adik?" Soal abang bomba tersebut. Tauke cina itu lantas menyampuk.

ABANG BOMBA I LOVE YOU! {CETAKAN BARU 2016}Where stories live. Discover now