Perlu gagal untuk mencipta kejayaan yang sempuna.
Kata-kata ini Lily cuba guna pakai atas kegagalannya dalam peperiksaan SPM yang diumumkan diseluruh negara hari ini. Tapi berguna ke, terpakai ke? Tak pernah terdetik, yang dia bakal mencipta sejarah mendapat mendapat keputusan yang sungguh mengecewakan ini.
Slip SPM ditenung berulang kali sampai mata juling. Ini bukan cobaan, ini betul-betul.
BM, MATH, BI, PI, dia dapat C? Empat mata pelajaran ini yang bikin musnah satu slip, walaupun mata pelajaran yang lainnya Lily memperoleh A. Memang tak gagal dimata sesetengah yang biasa, tapi bagi Lily dan abahnya ini dikira kegagalan kerana A itu kebiasaan bukan B apatah lagi C. Lebih-lebih lagi dalam mata pelajaran teras.
Astafirallahalazim. Lily beristighfar berulang kali. Dia sedih dan kecewa sangat. Sungguh, dia tak kuat nak menerima dugaan ini. Dua tahun belajar bersungguh-sungguh sampai garing segala nota di dalam mulut.
Tapi segala-galanya hancur bila Lily boleh pula mengalami cirit birit selama seminggu sehingga demam pada minggu peperiksaan. Kerjanya berulang alik ke toilet sehingga tidak punya banyak masa dan tumpuan untuk menjawab kertas soalan. Seminggu berikutnya, dia menjawab peperiksaan di hospital pula kerana demam.
Lily menyandarkan diri ke kerusi. Dia benar-benar kecewa. Orang yang paling dia takut untuk berhadapan adalah, ibu dan abah yang sangat tegas dalam soal pelajaran. Sah dia akan dimarahi kaw-kaw silap haribulan makan penampar lima jari.
Kadang-kadang sangat tertekan apabila kehidupan yang sepatutnya berwarna tapi diprogramkan. Hanya ada perkataan 'belajar' 'belajar' 'belajar'. Bila result exam, semua mesti 'A' dan mesti dapat nombor satu dalam kelas. Nombor dua boleh dimaafkan tapi perlu beri alasan. Lily diletakkan harapan mengunung oleh ibu dan abah agar bergelar seorang doktor suatu hari nanti setelah kak Mawar lebih cenderung dalam bidang perakauanan. Tapi nak jadi doktor apa macam ni? Result hampeh. Arghhh, macam mana nak berdepan dengan ibu abah berdua dengan result hampeh ni? Mati Lily, mati!
"Lily, sabarlah. Aku tau kau kecewa. Tapi nak buat macam mana kan? Kau kan sakit hari tu. Relaks okey, aku pun cukup-cukup makan jer. Aku pun kecewa juga. Mungkin Lily, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita?" Pujuk Wanie rakan sekelas Lily yang memahami keadaan Lily. Kesian sungguh tengok wajah Lily yang menyedihkan. Matanya merah menahan tangis.
Lily melepaskan keluhan. Kalaulah ibu dah abah boleh memahami keadaannya seperti Wanie alangkah indahnya. Nasib tak menyebelahi Lily, semasa dia sakit ibu dan abah ke luar Negara menghadiri seminar antarabangsa. Jadi mereka tidak tahu dan tidak nampak. Itu yang akan menjadi masalah untuk diterangkan.
"Ibu dan abah aku mesti marah. Aku dah kecewakan harapan mereka," ujarnya takut.
"Kan kau sakit? Sampai masuk hospital. Bukan kau minta jadi macam tu. Lagipun kau bukannya tak pandai. Tak kan parents kau tak boleh nak faham? Dah lah jangan risau, kau terangkan baik-baik pada parents kau. Tentu mereka boleh terima punyalah." Wanie memujuk. Lily melepaskan keluhan lagi.
YOU ARE READING
ABANG BOMBA I LOVE YOU! {CETAKAN BARU 2016}
De TodoPERTEMBUNGAN ANTARA DUA KERJAYA BERBEZA, TERIKAT DALAM SEBUAH CINTA YANG SEJATI