"Wah, takde angin takde ribut tetiba aku nampak kau pergi honeymoon. Bila kau kahwin ni? Sampai hati tak jemput aku pun *emoji sedih*"
Dia balas, "Merapu. Takdenya bulan madu, aku pergi kursus tu," Hm. Pernah ada suatu hari tu, dia membalas, "Haa, ni honemoon *5 penumbuk* aku hempuk pakai kuali pantat hitam kang" terkedu sebentar.
Cut! Cut! dialog diatas cuma contoh saja. Sebagai rumusan dari keseluruhan dialog diatas adalah berkaitan kahwin. Ya, kahwin.
Awak, kalau seseorang itu selalu bertanyakan soalan kepada awak,
"Bila kau nak kahwin doh? Kawan-kawan kita yang lain semuanya dah kahwin, kau tak teringin langsung ke nak mendirikan rumahtangga? Tak teringin langsung nak ada zuriat sendiri?"
"Wah! hidup dengan kemewahan. Semuanya dah lengkap. Pergi holiday sana-sana, check in hotel 3 bintanglah, kekadang tu sampai 5 bintang aku nampak! Kau honeymoon dengan siapa?"
Usah mengeluh. Usah memendamkan perasaan itu. Katakanlah, 'Alhamdulillah'. Allah masih memberi peluang kepada kau untuk terus berbakti kepada ibu bapa dan adik-beradik kau yang lain. Peluang yang diberi itu nikmatnya tiada nilai. Disaat kau masih diberi peluang keemasan itu, maka rebut dan peliharalah dengan baik. Kerna Dia kasih kepada kau, Dia mahu melatih kau untuk hidup berbakti kepada ibu bapa dan adik-beradik kau. Ingatlah, sebaik sahaja akad nikad dilafazkan, tanggungjawab kau.. masa kau, sepenuh keringat kau perlu dibahagikan. Tika itu kau akan mula merindui kehidupan bersama mereka. Masa kau tika itu sudahpun memasuki gelungan yang lain.
Tidak ada fungsinya jika kau terus menenung masa hadapan sebaik pertanyaan itu ditanyakan. Bersyukurlah, kau masih diberi peluang. Bangkitlah dari dunia gelap! Berdiam diri mungkin bukan jalan yang terbaik tetapi itu mampu menghindarkan dari tercetusnya ketegangan.
Biar jodoh lambat, jangan masa kau disingkatkan.
Peliharalah hubunganmu bersama ibu dan bapa. Bahagiakanlah mereka selagi nyawa dikandung di badan. Jangan biarkan kau menyesal dikemudian hari.
Sebelum mengundur diri, maafkanlah kekhilafan diri ini. Diriku ini cuma mahu membangkitkan semangat diri sendiri dari kata-kata 'emas' tersebut.
SEMENJAK KAWAN-KAWAN KAHWIN AWAL NI LAA, BANYAK MULUT BERTANYAKAN PASAL JODOH. AKU BARU 19 TAHUN OIII!! BIARLAH MEREKA KAHWIN AWAL. AKU TAK PUAS HIDUP DAN BERMANJA DENGAN MAK. BELAJAR MEMASAK PUN ALA KADAR AJE. KALAU BOLEH NAK LENGKAPKAN DIRI DENGAN SEGALA ILMU ASAS SEPERTI MENJAHIT, MENYULAM, MENGHAFAZ BEBERAPA SURAH DAN ... ahaks! takleh mention kat sini. Kantoi! Okey, gerak dulu. Tak larat nak membebel sejak petang tadi. KESETIAAN ROAD TO UCAPKANLAH 'ALHAMDULILLAH'
SALIR !
YOU ARE READING
Bangkit! [ COMPLETED ] EDISI #1
General FictionJatuh dan bangkit kehidupan manusia ini diibaratkan seperti ekonomi. Kala hidup didatangi pancaroba, usah mengeluh. Bangkit dari kegagalan! Bangkit dari segala tohmahan anasir luar ! Kita adalah kita. Kita mampu melakar kejayaan dan keluar dari kepo...